❤ Resipi Kuih Onde Onde @ Buah Melaka ❤

July 26, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Resipi Kuih Onde Onde @ Buah Melaka


BAHAN-BAHAN 

250g (2 cawan) tepung pulut
Air pandan secukupnya
1sk air kapur
1keping gula melaka (didadu kecil)
Kelapa parut putih (utk menggaul onde-onde)
Secubit garam
2 liter air (utk masak onde-onde)


CARA-CARA MEMASAK 

1. Didihkan air terlebih dahulu. Sementara itu, sediakan doh onde-onde.
2. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk dan bubuh air daun pandan bersama air kapur tadi. Uli sehingga menjadi doh.
3. Kemudian, perasakan kelapa parut putih yg telah dikukus terlebih dahulu dengan secubit garam. Ketepikan.
4. Setelah air mendidih, bulat-bulatkan doh, masukkan inti gula melaka, dan bulatkan kembali. Masukkan kuih tadi ke dalam air yg mendidih.
5. Setelah kuih mula terapung lebih kurang 3-5 minit, bolehlah angkat kuih tadi menggunakan penapis besi dan masukkan ke dalam pinggan yg berisi kelapa parut putih.
6. Setelah semua selesai, kuih onde tadi bolehlah dihidangkan sementara tunggu waktu berbuka..

SELAMAT MENCUBA ❤ ❤ !!!

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.