❤ Kerana Terpaksa Aku Relakan ❤

July 06, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

''Kerana Terpaksa Aku Relakan'' adalah drama Melayu adaptasi daripada Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan oleh Umie Nadzimah .

Sumber Gambar : Mr Google 

Sinopsis Pada Kulit Novel ''Kerana Terpaksa Aku Relakan''


Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata.Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang,sebatang kara dan tidak punya apa2.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu,lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina 

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


Drama ''Kerana Terpaksa Aku Relakan'' adalah terbitan Primeworks Studios ditayangkan di TV3 pada 2014 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam.

Sumber Gambar : Mr Google 
Drama ini dibintangi oleh Amar Baharin dan Izreen Azminda sebagai watak utama.


Sinopsis  Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan


Mengisahkan kehidupan Indah Halina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’ Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato’ Sofiya menganggap Indah adalah Angeldalam hidup Dato’ Sofiya.

Dato’ Sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato’ Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato’ Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato’ Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato’ Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato’ Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Barisan Pelakon Drama ''Kerana Terpaksa Aku Relakan''


Izreen Azminda  sebagai Indah Halina
Amar Baharin sebagai Tajul Razin
Syafiq Kyle sebagai Tajul Fahin
Ika Nabella sebagai Hasma
Nadia Aqilah Bajuri sebagai Zawati
Afzan  sebagai  Saiful Azam
Siti Ellizad  sebagai  Ilyana
Aedy Asyraf  sebagai  Tajul Zahin
Dian P. Ramlee  sebagai Datin Safiya
Hairi Safwan  sebagai  Yazid

Lagu Tema Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan


OST Kerana Terpaksa Aku Relakan 
Tajuk : Patah Sayap
Penyanyi : Nadia Aqilah Bajuri
Komposer : Hafiz Hamidun
Penerbit : Arteffect Sdn. Bhd.


Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari-cari dimana matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah...


Artikel Menarik yang Lain

10 Sahabat Setia

  1. ayie memang layan cerita ini.. hehe
    seronoklah juga cerita ini.. hehe

    perepuan yg kalut.. teringt member..

    ReplyDelete
  2. Best rupenye cite ni. Ana tak layan pun. Sebab dah pukul 7. Siap2 nk maghrib kan.

    ReplyDelete
  3. Tak sabar menanti kesudahan kisah ini ;)

    ReplyDelete
  4. skarang ni mood tgh sedih..encik zain mainkan prasaan indah..:(

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum lya...mmg sedih cite ni..

    ReplyDelete
  6. Happy ending..ape yang berlaku ade hikmahnya..yang penting kuat dan sabar hadapi ujian yang Allah berikan

    ReplyDelete
  7. Ramai pula dok layan... Sy x smpat nk layan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.