❤ Hidup Kita DiDunia Ada 2 Hubungan,"Habluminallah" & "Hablumminannas" ❤

July 01, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Hidup kita di dunia ini ada 2 hubungan, " Habluminallah" & "Hablumminannas" yakni hubungan kita dengan Allah & hubungan kita sesama manusia, kita buat dosa dengan Allah, kita boleh minta ampun dengan Allah dengan bertaubat nasuha & menangis menyesali kekhilafan kita.Tapi kalau kita berbuat dosa sesama manusia hanya maaf darinya yg dapat menyucikan dosa kita.Kalau tidak,berlari2 tercari2 lah kita dipadang mahsyar nanti akan orang yg perlu kita mohon maaf tu ..

Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah priority.
Namun, Allah juga menciptakan manusia untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain, walaupun kecintaan manusia kepada Allah itu adalah priority, namun hubungan manusia dengan manusia tidak boleh dilupakan.

Nabi SAW pernah menjawab persoalan para sahabat tentang konsep ''hablumminallah hablumminannas'' ini, Baginda Rasulullah pernah berkata ("walaupun aku adalah seorang Rasul Allah, namun aku juga seorang ayah dan juga suami" )

 Hubungan manusia dengan manusia yang mana menjurus kepada kecintaan kepada Allah SWT adalah hubungan yang terbaik.Manusia tidak mampu hidup keseorangan diatas muka bumi ini kerana manusia memerlukan satu sama lain (konsep khalifah diatas muka bumi)

Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah Prioriti atau keutamaan kita, namun harus tidak dilupakan hubungan sesama manusia kerana manusia diciptakan untuk saling memerlukan.binalah hubungan sesama manusia yang mana menjurus kepada ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah SWT dalam mengharungi ujian dan dugaan di dunia ini.

Artikel Menarik yang Lain

7 sang pencerita

  1. Yang penting, kat dunia ni satu perkara yang kita perlu jaga iaitu habluminallah. Insya-Allah, habluminannas kita segalanya baik2 je.

    ReplyDelete
  2. masih belajar untuk kuatkan hablumminallah wa hablumminannas..inshaAllah..

    ReplyDelete
  3. Betul tu... Jaga hak Allah, tapi tak jaga hak manusia blm tntu kita layak ke syurga Allah...

    ReplyDelete
  4. betul-betul,,kena jaga dua2 kan

    ReplyDelete
  5. yup...
    buat baik dengan Allah
    buat baik jugak dengan manusia :)

    ReplyDelete
  6. semoga kita menjaga kedua dua perhubungan ini..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..