❤ Kenali Bendera Malaysia ..Jalur Gemilang ❤

June 24, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..


Kenali Bendera Kita


Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan- Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Makna Di Sebalik Jalur Gemilang


JALUR
Menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG
Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

TAHUKAH ANDA !!! Allahyarham Mohamed Hamzah adalah pencipta Bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia telah dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1947.


Pencipta Bendera Malaysia, Allahyarham Mohamed Hamzah adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. 

Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.

SUMBER :- Google 


Artikel Menarik yang Lain

15 Sahabat Setia

  1. pernah masuk dalam soalan sejarah spm 2011 "siapa nama pereka jalur gemilang" dan nama bendera malaysia..hihihih

    ReplyDelete
  2. pernah masuk dalam soalan sejarah spm 2011 "siapa nama pereka jalur gemilang" dan nama bendera malaysia..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yer ker ..dpt jwp tak msa tu ikhwan ..

      Delete
  3. Tapi kenapa sama macam bendera USA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang mana sama ngan bendera USA tu Arz..

      Delete
  4. Moga kita lebih kenal bendera kita... Lya, zumal tag Lya kat sini yer
    http://duniazumal.blogspot.com/2014/06/first-mini-giveaway-topup-by-mrsyatie.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Lya dah tengo nnt ada masa Lya join ..

      Delete
  5. tyy pun da x ingat sangat,,huhu,,,kena hayati & jgn lupa kibarkan jalur gemilang :)

    ReplyDelete
  6. barulah warganegara Malaysia macam ni kenali bendera Malaysia :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.