❤ Ayat Motivasi dan Mutiara Kata ❤

June 26, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

- ❤ Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. 
- ❤ Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
- ❤ Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
- ❤ Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
- ❤ Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
-Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
- ❤ Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
-Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
- ❤ Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
- ❤ Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
- ❤ Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
- ❤ Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
- ❤ Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
- ❤ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 
- ❤ Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
- ❤ Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. 
- ❤ Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. 
- ❤ Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. 
- ❤ Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
- ❤ Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
 - ❤ Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.


Artikel Menarik yang Lain

10 Sahabat Setia

  1. anis minat ayat nie.. "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji" .. sungguh mendalam maksudnye..

    ReplyDelete
  2. Selalu jumpe ayat2 kat atas kat twitter. Huhu

    ReplyDelete
  3. Thanks Lya diatas perkongsian...

    ReplyDelete
  4. semangat dah yakin pada diri.. inshaAllah..:)

    ReplyDelete
  5. harap ayat ini dapat menambahkan semangat kita menjadi lebih positive :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.