❤ Sayur Lemak Jambu Golok aka Sayur Lemak Buah Gajus ❤

May 14, 2014


Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Taraaa ..Saper kenal ni masakan apa? 
Apa nama masakan nie ??? Hehehe sajer jer tanya nak test sikit ..

Lya nak bgtau kat sahabat ni la dia SAYUR LEMAK  BUAH GAJUS aka SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK ...

Sayur lemak ni akan kita jumpa time musim buah jambu golok berbuah jer ,..Kalau tak sampai musim dia mmg takder la nak makan sayur ni ..Takkan jumpa punyer lahh ... Kalau yang mengandung tu time tu jugak nak makan tapi tak tiba musim dia alamak kempunan la dia ...

Masakan ni biasanya ada kat Terengganu ngan Kelantan jer ..Kat negeri2 lain mmg susah la jumpa .Buah jambu golok ni berbuah sama musim dengan musim candat sotong ..Time musim candat sotong time tulah buah jambu golok berbuah ..Sebab tu jugak la kot kalau orang masak sayur lemak jambu golok ni diaorang akan letak sotong kat dalam sayur ni ...

Tu la serba sikit mengenai sayur jambu golok yang Lya tahu  ..Bukan tahu sangat pon sikit2 boleh la ..Boleh la kalau nak tulis entri sikit2 huhuhuhu ... 

Dah kenal dah jambu golok tu camner kan ..Ok dah kenal ..sekarang ni kita belajar pulak cara nak masak buah ni hingga jadi sayur mcm yg Lya sediakan kat atas tu ..Lya pon tak biasa tulis resipi sebab Lya punya resipi main campak2 jer tak ikut resipi ni bila nak bg resipi rasercam kekok sikit la huhuhu ..

Bahan2 Yang Perlu Ada ..
~ Buah jambu golok aka buah gajus la ..Mmg kena ada kalau tak camno nak masak.
~ Sotong besar aka Sotong candat org Ganu panggil ikiu suka la nak letak berapa ekor pon ..
Lya suka letak byk2  dalam 5 ekor ..
~ Santan kelapa ikut banyak mana buah yang kita nak sayur tu 
~ Tiga ekor ikan untuk pekatkan kuah dan lg sedap (ikan selayang @ ikan kembung) rebus dan tumbuk.
~ Bawang merah mayang cara letak dalam sayur 
~ Lada hidup aka cili merah atau cili hijau mayang jer 

Cara Nak Buat ..
~ Buang biji jambu golok  pastu hiris atau cincang jambu golok ..Dah siap hiris ramas buah jambu golok diramas bersama air garam untuk buang air buah ... Dah siap ramas dan keluarkan air buah basuh bersih2 ..
~ Pastu siapkan sotong ..Sotong hendaklah dihiris membulat dan masukkan kedalam periuk bersama dengan santan..masukkan sekali ikan yang dah ditumbuk.
~ Lepas sotong dah hampir nak masak baru masukkan buah jambu golok yang dah diramas tadi bersama  cili merah/hijau dan bawang yang telah dihiris.
~ Kacau rata sehingga semuanya masak sempurna ..
~ Masukkan garam dan juga gula secukup rasa.
~ Siap untuk dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk yang anda suka ..Tambah umpphhh kalau ada budu atau sambal belacan ..Mmg TERBAIK la ..


Artikel Menarik yang Lain

20 sang pencerita

  1. wah nampak cam sedap jeee ! ^^

    ReplyDelete
  2. wah meleleh tgk kak...ingtkan kerabu sotong..hihihih
    tak pernah makan..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org teganu kena makan ni Ikhwan hehehe

      Delete
  3. wahh ..tak pernah mkn pun..nmpak bes ni ^^ harrus cuba ^^

    ReplyDelete
  4. selamat malam..jalan2 sini dlu sebelum tidur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat malam Syira ..Akk pon nak Off dah ni nak tdo dahh ..Selamat malam

      Delete
  5. 1st time dengar..msti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ct ..sedap hingga menjilat jari hehehe

      Delete
  6. Tengok gambar pun dah membuka selera... Teringin pula nak rasa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la datang umah Zumal hehehe ..

      Delete
  7. kenapa rasa macam x pernah tau pulak ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lepas ni kena tahu laaa..hehehe

      Delete
  8. tak pernah makan,,tapi nampak sedap huhuhu,,rindunya pokok gajus,,.,zaman kanak2 je pnah makan buah gajus time kat kg arwah opah....huhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.