❤ Peraduan Johnson's Baby Of The Year 2014 ❤

May 07, 2014


Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Peraduan Johnson's Baby of the Year! 


 Johnson's Baby of The Year kembali membuka peluang kepada ibu bapa berkongsi keletah comel si manja dan memenangi mahkota idaman serta hadiah keseluruhan bernilai RM100,000.

Tahun ini, pertandingan Johnson's Baby of The Year meraikan ulang tahun ke-22 pencarian bayi paling comel, sihat dan pintar.

Semua peserta yang menyertai peraduan Johnson's Baby of the Year tahun ini akan dipaparkan di majalah Mami & Baby! 

Terdapat 3 kategori baru dan hadiah bernilai RM100,000 untuk dimenangi! Jom hantarkan gambar bayi anda sekarang ..


Pemenang Johnson's Baby of The Year akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, hamper barangan Johnson's baby bernilai RM1,000 dan penampilan eksklusif pada kulit majalah tempatan.

Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan hamper bernilai RM1,000, manakala pemenang ketiga akan memenangi wang tunai RM3,000 dan hamper Johnson's Baby bernilai RM1,000.

Untuk saguhati pula tujuh peserta akan membawa pulang wang tunai RM500 dan hamper Johnson's Baby bernilai RM1,000.

INFO PERTANDINGAN

Pertandingan Johnson's Baby of The Year Terbuka kepada bayi berusia 1 bulan hingga 36 bulan.

 Penyertaan bermula dengan tiga langkah :-
❤  Rakamkan dua keping gambar terbaik si manja anda.
❤ Beli barangan Johnson's baby bernilai RM15 ke atas, simpan resit sebagai bukti pembelian.
❤ Akhir sekali, lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan resit pembelian serta gambar. Hantar penyertaan melalui pos atau talian.

❤ Boleh juga hantarkan penyertaan melalui kedai terpilih yang menyediakan sesi fotografi percuma.
❤ Tempoh penyertaan bermula 1 May sehingga 30 Jun 2014
❤ Maklumat lanjut layari i Love JOHNSON'S® baby

❤ Sebanyak 120 hadiah lumayan telah disediakan untuk para pemenang JOHNSON’S® Baby of The Year 2013! Sudahkah anda menghantar penyertaan anda? Jika belum, layarilah untuk mengetahui langkah-langkahnya! 

SYARAT & PERATURAN

KELAYAKAN
❤ Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat berikut dan para peserta bersetuju bahawa mereka telah pun membaca dan faham akan terma dan syarat tersebut dan akan terikat dengannya. Penyertaan adalah sukarela.
❤ Penganjur peraduan ini ialah Johnson & Johnson Sdn. Bhd., dengan pejabat berdaftar beralamat di Lot 3 & 5, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia ("Penganjur").
❤ Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia kecuali para pekerja Johnson & Johnson Sdn. Bhd. dan keluarga terdekat mereka, dan/atau syarikat gabungan, pengedar dan agensi-agensi pengiklanan Johnson & Johnson Sdn. Bhd..
❤ Kesemua peserta bayi mesti dilahirkan pada atau selepas 1 Ogos 2011.

TEMPOH PERADUAN
❤ Peraduan berlangsung dari 1 Mei 2014 hingga 30 Jun 2014.

PENYERTAAN & KRITERIA KELAYAKAN
❤ Setiap penyertaan mesti disertai dengan satu (1) atau dua (2) foto bayi berwarna terkini dalam saiz 3R atau 4R.
❤ Para peserta boleh menyertai peraduan ini melalui Pos Biasa, Sesi Fotografi atau melalui Internet. 
❤ Para peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan. 
❤ Salinan fotokopi borang penyertaan dibenarkan. 
❤ Setiap borang penyertaan mestilah disertakan dengan resit pembelian produk Johnson's® Baby bernilai RM15 dan ke atas sebagai bukti pembelian.

POS BIASA 
❤ Para peserta mesti kepilkan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian.
❤ Sesi Foto Di Pusat Membeli-belah:
❤ Gambar bayi akan diambil di kedai-kedai yang tersedia dengan sesi fotografi.
❤ Para peserta mesti kepilkan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian.

INTERNET
❤ Para peserta mesti melayari i Love JOHNSON'S® baby
❤ Di laman web, para peserta mesti melengkapkan semua ruang data kosong, muat naik gambar bayi, pastikan ada resit pembelian, klik ‘hantar' untuk menyertai peraduan ini. 
❤ Resit pembelian dengan tempoh pembelian 1 Mei 2014 – 30 Jun 2014 mesti ditunjukkan semasa bayi peserta disenaraipendekkan.

❤ Untuk peserta yang menghantar beberapa penyertaan, hanya satu penyertaan dengan foto-foto terbaik bayi akan dipilih oleh pihak Penganjur untuk kelayakan penyertaan.
❤ Semua foto yang disertakan tidak akan dikembalikan.
❤ Foto-foto dari semua pemenang tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan atau iklan untuk produk bayi tanpa kelulusan dahulu daripada Johnson & Johnson Sdn. Bhd..
❤ Bukti kiriman tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.

KRITERIA PENGADILAN TERDIRI DARIPADA
❤ Bayi-bayi yang menyertai akan dipilih sebagai calon berdasarkan seberapa comel dan sihat mereka kelihatan dalam foto-foto mereka.
❤ Tiga puluh (30) bayi yang terpilih akan dimaklumkan melalui telefon untuk menghadiri sesi pengadilan untuk satu hari di mana lokasi dan masa akan dimaklumkan kepada calon yang disenarai pendekkan.
❤ Semasa sesi pengadilan, satu panel profesional perubatan akan menilai kemajuan kesihatan bayi masing-masing (seperti berat badan, tinggi dan cahaya muka), serta kemajuan kognitif (seperti interaksi dan komunikasi) bertepatan dengan usia bayi masing-masing untuk menentukan kedudukan muktamad untuk tiga puluh (30) bayi tersebut.

Hantarkan semua borang-borang penyertaan ke :-
"Johnson's Baby of the Year 2014 Contest", 
Peti Surat 3186, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 

❤ Hanya borang-borang penyertaan yang dihantar melalui pos biasa ke alamat peraduan ini akan diterima.
❤ Penyertaan-penyertaan yang dihantar melalui kurier servis, perkhidmatan penghantaran ekspres, perkhidmatan penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan secara automatik.

HADIAH HADIAH
Hadiah-hadiah untuk peraduan ini adalah:
Hadiah untuk setiap Kategori
❤ Kategori 1 (0 – 12 bulan)
❤ Kategori 2 (13 – 24 bulan)
❤ Kategori 3 (25 – 36 bulan)

Hadiah Utama x 1  
  RM 10,000 Wang Tunai, Paparan eksklusif di muka depan majalah dan hamper Johnson's® Baby bernilai RM1,000

Hadiah Kedua x 1  
RM 5,000 Wang Tunai dan hamper Johnson's® Baby bernilai RM1,000  

Hadiah Ketiga x 1  
RM 3,000 Wang Tunai dan hamper Johnson's® Baby bernilai RM1,000  

Saguhati x 7  
RM 500 Wang Tunai, hamper Johnson's® Baby Hamper bernilai RM1,000

❤ Penyertaan mengikut kategori ditentukan mengikut umur bayi pada 1 Ogos 2014 dan ditentukan oleh panel professional perubatan pada sesi pengadilan. Bayi mesti dilahirkan pada tarikh tertentu untuk layak menyertai kategori berikut:
❤ Kategori 1: 1 Ogos 2013 – 31 Julai 2014
❤ Kategori 2: 1 Ogos 2012 – 31 Julai 2013
❤ Kategori 3: 1 Ogos 2011 – 31 Julai 2012

❤ Setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
❤ Semua pemenang akan diminta menunjukkan pengenalan diri apabila mereka menuntut hadiah. 
❤ Hadiah adalah hak peribadi dan tidak boleh ditukar milik.
❤ Para pemenang mungkin perlu memberi pengesahan penerimaan semua terma peraduan ini secara bertulis semasa sesi pengadilan serta pengesahan penerimaan bertulis bagi hadiah juga.
❤ Para pemenang bertanggungjawab terhadap semua cukai yang berkenaan dan perbelanjaan yang tidak dinyatakan dalam huraian hadiah.
❤ Sekiranya pihak penganjur, atas apa jua sebab, tidak dapat menghubungi pemenang dalam jangka masa yang munasabah, pihak Penganjur berhak memilih pemenang yang lain.
❤ Pihak Penganjur berhak memilih pemenang alternatif sekiranya mereka mempunyai asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemenang yang terpilih telah melanggar sebarang terma dan syarat yang ditetapkan.
❤ Sebarang kos untuk menghadiri sesi pengadilan perlu ditanggung oleh para peserta sendiri, termasuk kos penerbangan dan penginapan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos yang perlu dibayar oleh para peserta.

HAK PIHAK PENGANJUR
❤ Pihak Penganjur berhak memendekkan, melanjutkan atau membatalkan tempoh peraduan.
❤ Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan sebarang borang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang betul secara automatik.
❤ Pihak Penganjur berhak membatalkan pemenang peraduan bayi yang lain secara automatik.
❤ Pihak Penganjur berhak menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
❤ Serentak dengan penerimaan hadiah, para pemenang turut memberi kebenaran kepada pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan.
❤ Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi serta segala keputusan-keputusan pihak Penganjur.
❤ Pihak Penganjur berhak menukar, membatalkan atau menarik balik terma peraduan tanpa sebarang notis lanjut. Keputusan pihak Penganjur dan para pengadil dalam apa jua aspek mengenai peraduan ini, termasuk penentuan para pemenang dan pemilihan gambar peserta untuk dipaparkan dalam majalah atau dalam sebarang bentuk adalah muktamad. Sebarang pertanyaan mengenai keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
❤ Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, lewat, tersalah hantar, rosak atau tidak dihantar. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau sukar dibaca akan dibatalkan.
❤ Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang perihal surat-menyurat tidak akan dilayan.
❤ Terma dan Syarat peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan Terma dan Syarat di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Mak aii panjang lebar dah Lya ulas nie ..Pada sahabat yang mempunyai anak berusia seperti dinyatakan ..JOM LA CUBA..
Mana tahu rezeki anda di sini ..


Artikel Menarik yang Lain

7 sang pencerita

  1. Memang menarik hadiahnya Lya tapi zumal belum ada baby. Haha :)

    ReplyDelete
  2. wow menarik tuu..hehhe.. kak lya, maf ganggu, anis ade tag kak lya.. :) http://adnan-daughter.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  3. Laaaa saya lahir jun 2011 ruginya tak dapat join la..

    ReplyDelete
  4. Laa ruginya anak saya lahir jun 2011..teringin sangat nak bagi anak join..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.