❤ Kisah Ini...Buatkan Aku Menangis ❤

May 06, 2014


Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Subhanallah ..tadi Lya singgah kat satu blog ... Perasaan bercampur baur saat membaca kisah coretan Nini Marini ..Sedar campur tak sedar air mata Lya mengalir laju..Sebak sedih sayu semuanya bercampur aduk dalam satu perasaan yang sukar untuk Lya gambarkan..Betapa hebat dugaan Allah pada Nini & juga suami..Tabahkan hati wahai sahabat ...

Lya kongsikan sedikit coretan hati Nini diatas pemergian putera tersayang ...

Sedikit coretan dari ibu tabah ini..Nini Marini ..Sesungguhnya Nini dan suami insan terpilih untuk menerima dugaan ini .....Allah hanya menguji insanyang tabah menghadapinya ...Semoga baby Armand bahagia di Syurga ..

'' Hasil dari post-mortem, anak kami Mas Armand Saiff disahkan meninggal kerana tersedak susu. Doktor masukkan tiub ke dalam peparunya dan memang keluar susu. Cuma bagaimana boleh terjadi begitu hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang fikiran saya tak tenang memikirkan macamana susu boleh masuk ke dalam paru-parunya. Sedangkan kali terakhir Armand menyusu adalah dengan saya, terus dari badan saya sendiri. Beberapa hari sebelum Armand pergi, setiap pagi Hana SMS saya mengatakan Armand tak mahu menyusu dengannya pagi-pagi. Armand hanya akan tidur lena sampai ke pukul 12, kemudian Armand akan minum sampai 2 botol.

Kalau dilihat dari fizikal Armand sewaktu dia ditemui kaku, memang tak ada tanda-tanda seperti tersedak susu. Mukanya tak biru seperti kelemasan. Di mulut Armand juga tak ada susu. Cuma ada sikit lelehan air liur dan hingus. Hana cerita, memang Armand nampak seperti sedang lena tidur. Kebiasaannya pun memang Armand tidur lena waktu pagi. Mulanya saya syak carseat sebagai punca. Sebab Armand memang suka tidur dalam carseat. Pagi itu pun masa kami tinggalkan dia di rumah Hana, Armand tengah nyenyak tidur dalam carseat. Di merata-rata negara dah banyak kes kematian bayi sebab tertidur dalam carseat, yang sebenarnya sangat bahaya sebab laluan pernafasan baby boleh terhalang kerana posisi tidurnya dalam keadaan duduk. Tapi rupanya pagi itu Hana dah pun alihkan Armand dari carseat, dan baringkan dia flat, tak ada bantal atau benda-benda lembut yang boleh melemaskan Armand. Sebab itu jauh di sudut hati saya dan suami, kami rasa Armand pergi dalam keadaan sudden death.

Walau sejauh manapun saya fikir, akhirnya saya perlu akur bahawa apa yang menimpa anak kami adalah satu ketentuan dan kekuasaan Allah yang tiada siapa pun berkuasa menghalang. Tersedak susu atau sudden death, itu hanyalah penyebab untuk dijelaskan dengan logik akal manusia. Yang sebenar-benarnya, memang sudah sampai tempoh tamat pinjaman kami. Memang, tak ada siapa pernah menyangka Armand akan pergi secepat ini. Belum sempat untuk saya lihat dia meniarap. Belum sempat untuk saya curahkan sepenuh kasih-sayang dan cinta buat Armand. Tapi takdir Allah mendahului segala harapan dan impian saya. Walau amat berat untuk saya telan, harus untuk saya akur dan yakini, bahawa sesungguhnya inilah yang terbaik untuk kami. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan kami langsung tidak tahu rencana hidup ini. ''

  

 


Dalam kenangan..
Allahyarham Mas Armand Saiff
13 Januari 2014 - 16 April 2014

BOLEH BACA KISAH INI DI SINI 



Artikel Menarik yang Lain

8 sang pencerita

  1. Hati ibu mana yg tak sedih kannn

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah, moga Nini dan suami tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  3. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    saya ingat kata pepatah dari almarhumah nenek tercinta
    " JODOH RIZQI KEMATIAN ALLAH YANG PUNYA DAN YANG MENENTUKAN "
    Ade hanya bisa berdo'a semoga Allah menerima arwah adik tercinta dan kedua orang tuanya diberi kekuatan, keikhlasan dan ketabahan atas ujian yang menimpanya..
    آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ReplyDelete
  4. tak mahu baca, sebab ada kawan mama dah share semalam... mama tak boleh baca kisah gini, 2 3 hari nanti terbayang....

    ReplyDelete
  5. sedihnya..moga ibu arwah armand dan juga ayahnya tabah hadapi ujian Allah.

    ReplyDelete
  6. Sedih sangat baca kisah ni.. Menangis teresak2 saye.. Sedih betul.. Berat sungguh dugaan buat ibu n ayah nye..

    ReplyDelete
  7. Memang sedih... Allah lebih menyayangi Mas Armand. Pasti ada hikmah disebalik kejadian.
    Benar...berat mata memandang berat lagi bahu yag memikul. Semoga Nini Marini dan suami tabah menghadapi ujian dari Allah ini.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..