❤ Kelebihan Bulan Rejab ❤

May 01, 2014

Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah masih lagi diberi ruang juga peluang untuk terus menulis diruangan yang terhad ini .. Pagi ni Lya nak kongsikan bersama sahabat semua tentang ''Kelebihan Bulan Rejab''.


Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan
Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Beberapa hadis Rasulullah SAW menunjukkan kelebihan bulan rejab:

❤ Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
 Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan ummatku.
 Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
❤ Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
 Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
 Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
❤ Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
❤ Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
 Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
  • Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
  • Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
  • Terlepas daripada dahaga di akhirat.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
 Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut kemampuan masing-masing,jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya .....

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. Moga kita manfaatkan kedatangan bulan Rejab ini sebaiknya...

    ReplyDelete
  2. Bila masuk rejab mknanya makin hampir Ramadhan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.