❤ Bawa Kereta Pon Boleh Dapat Pahala. Jom Belajar !!! ❤

May 01, 2014


Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Bawa kereta pun boleh dapat pahala. Jom belajar :

Sebelum ke mana-mana (walaupun dekat), baca doa naik kenderaan
Baca doa pelindung sekali (Bismillahillazi La Yadhurruhu .....)
 Rancang perjalanan, berserta Plan B dan Plan C sekali, kot-kot jalan yang asal kita nak lalu tu kena block atau ada masalah lain.
 Empathy bila memandu. Gunakan signal bila masuk ke simpang. Kita tak suka, bila orang membelok dengan mengejut kan? So, kita jangan buat macam tu juga.
Empathy bila memandu. Kita tak suka orang follow rapat sangat dengan kita kat belakang kan? So, kita pun jangan buat perkara yang sama. Jaga jarak.
 Jika orang beri laluan, senyum, angkat tangan (kalau siang), atau sekurang-kurangnya doakan kebahagian orang yang berikan kita laluan tu.
 Rendahkan ego. Kita bukan pergi berperang. Masing-masing pun ada urusan yang hendak diselesaikan. Kalau perlu letgo, letgo lah. Kalau dia macam kurang ajar atas jalan, fikirkan ini je, "kesian. Orang ni kurang kasih sayang"
 Kita mungkin betul, tapi tidak rugi jika kita beralah. (beralah dengan bijak, dan ikut kenderaan).
❤ Khusus buat wanita. Tolong fokus kepada pemanduan. Masalah di tempat lain tu, fikirkan apabila sampai ke destinasi nanti. Kita tak dapat buat apa-apa pun, jika kita masih belum sampai ke destinasi kita.
❤ Khusus buat lelaki. Saya tahu anda tough, anda kuat. Tapi, kata Nabi, orang yang paling kuat, ialah orang yang kuat menahan marah.

Maaf, saya pun bukan pemandu yang bagus. Tapi, tidak salah rasanya, jika kita saling ingat mengingati kan ?



Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. Moga jadi panduan setiap pengguna jalan daya :))

    ReplyDelete
  2. good reminder..

    betul..jadikan setiap kerja kita as ibadah termasuk lah memandu .

    sabar ketika jem..byk2 kan berzikir..=)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.