❤ Baby Kedua ~ Tahniah Ayu Raudhah & Zaquan Adha ❤

May 05, 2014


Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Tahniah kepada Ayu dan Zaquan! Pasangan merpati sejoli ini telah diberitakan mendapat zuriat kedua pada 2.15 petang Jumaat lepas pada 2 Mei 2014. Kegembiraan ini dizahirkan oleh Ayu apabila telah memuat naik gambar bayinya di laman sosial Instagram.

Bayi lelaki seberat 2.73 kg ini turut berada dalam keadaan sihat dan selamat begitu juga dengan ibunya. Antara foto dan doa yang telah dimuat naik adalah “ALHAMDULILLAH BERKAT DOA DR KELUARGA KWN2 DAN KALIAN SEMUA… PD JAM 2.15 PTG AYU SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY SEBERAT 2.73 KG ALHAMDULILLAH SYUKUR SYUKUR SYUKUR”

Suami Ayu iaitu Zaquan juga melahirkan kegembiraan dan bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan. Bertambahnya bilangan ahli didalam keluarga mereka bakal mengukuhkan lagi hubungan yang telah dibina semenjak Januari 2011. Ucapan tahniah turut disampaikan oleh peminat mereka di laman sosial Instagram, ramai yang gembira dengan kelahiran anak kedua dan tidak kurang yang sudi memberikan hadiah berupa pakaian serta peralatan kegunaan harian bayi.

Terdahulu, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun. Menarik mengenai kelahiran bayi kedua pasangan ini ialah kedua-dua mereka lahir pada petang jumaat dan hanya 2 minit masa kelahiran yang  membezakannya abangnya Aisy Qaiser pada 2.17petang dan adiknya 2.15 petang. 

Instagram Ayu Raudhah 


Artikel Menarik yang Lain

15 sang pencerita

  1. wah baby boy jugak...best best bola buat team bola...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha team bola ker Farah ..kena cukupkan lg ni untuk dpt satu team hahaha..

      Delete
  2. Wahhh , comelnya baby tuh... semoga bertambah kebahagian buat keluarga ayu raudah dan pasangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 berkekalan hingga hujung nyawa..

      Delete
  3. Besar nanti ikut jejak ayah dia la :))

    ReplyDelete
  4. tahniah buat ayu dan suami..
    sukanya tengok baby.. lagi suka baby boy.. :p

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. selamat mlahirkn .. =D. comel sgt !!

    ReplyDelete
  6. hmm..adik beradik kembar ni memang lahirkan 'kaki bola ' lah nampaknya..pelapis ni...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah.. Buat mereka...

    ReplyDelete
  8. Comelnya baby dorang..ade geng la abgnya bermain nanti..congrats untuk mereka

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.