❤ Tolong Ya !!! Jaga Pandangan Mata Anda ❤

March 24, 2014


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sarjana Islam telah menegaskan,apabila pandangan mata tidak dikawal,ia boleh membawa kepada kerosakan.Banyak manfaat yang boleh kita dapat apabila kita menahan pandangan.Antaranya:

  • Menahan pandangan dapat menepis panah beracun yang dilontarkan oleh syaitan.Panah ini dapat merosakkan hati manusia.
  • Menahan pandangan boleh membuat hati kita tenang.Sebaliknya,apabila kita membiarkan pandangan kita meliar ke sana ke mari,hati kita akan berbelah bahagi sehingga akhirnya kita malas mendekatkan diri kepada Allah
  • Menahan pandangan dapat menimbulkan rasa senang kerana ia memberikan kita kesempatan untuk bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah.
  • Menahan pandangan dapat membuat hati kita bercahaya kerana hati kita bersih daripada pandangan-pandangan yang menjurus kepada maksiat.
  • Dengan menahan pandangan membuat amalan baik untuk diri sendiri.Untuk itu Allah akan memberikan balasan berupa pahala.
  • Menahan pandangan membuat kita memiliki keteguhan,keberanian dan kekuatan di dalam hati.
  • Menahan pandangan dapat menutup jalan syaitan daripada menyelusup ke hati.Sesungguhnya syaitan itu masuk ke dalam hati melalui mata,lebih cepat daripada udara yang bergerak memasuki ruangan.
  • Menahan pandangan dapat memberikan kita kesempatan bagi berfikir dengan jernih,murni dan memberi sepenuh tumpuan dalam memikirkan perkara-perkara yang baik.
  • Mata dan hati itu saling berhubung kait.Oleh itu,apabila pandangan mata kita baik,hati pun akan menjadi baik.Begitu juga sebaliknya...

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. alhamdulillah dgn perkongsian sebegini ; ..takutnya dengan zina mata ! sesuatu yg amat sukar dikawal... namun sentiasa berusaha dan istiqamah dlm memelihara pandangan.

    ReplyDelete
  2. great piece of reminder lya...thanks for reminding...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.