Terkini Dari Sidang Media #MH370 di KLIA


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Terkini dari sidang media #MH370 di KLIA ...


1. Setakat sidang media ini diadakan, pesawat telah hilang 60 jam lamanya.
2. Pencarian dilakukan sehingga ke Laut China Selatan
3. Pencarian juga dilakukan di Selat Melaka, kerana pesawat dicurigai melakukan air turn back
3. Lebih 100 anggota telah dikerah mencari pesawat tersebut dari pelbagai negara dengan menggunakan pelbagai aset
4. Pencarian melaui udara dilakukan pada siang hari dan diteruskan dengan kapal laut pada waktu malam
5. Sehingga kini pesawat masih belum dijumpai
6. Serpihan pesawat yang dilaporkan media tentang serpihan pintu pesawat tidak disahkan oleh media rasmi Vietnam
7. Melalui pencarian semalam, beberapa kapal terbang yang mencari MH370 telah menjumpai beberapa objek yang dicurigai merupakan dari pesawat yang hilang tetapi satu pun boleh disahkan dari pesawat Malaysia Airlines yang hilang
8. Terlalu banyak teori dan spekulasi dilakukan oleh media tetapi kami perlu melihat bukti yang sebenarnya
9. Kami telah meningkatkan usaha untuk mencari pesawat tersebut dan dibantu oleh MAS dan agensi lain
10. Maklumat tentang 2 penumpang yang menggunakan pasport palsu sedang disiasat
11. Kemungkinan pesawat ini dirampas...kami masih menyiasat dan perlu ada bukti yang kukuh
12. Semua pihak diminta bersabar kerana kami sedaya upaya akan mencari pesawat tersebut
13. Tiada sebarang signal dapat dikesan oleh kapal-kapal yang mencari dan menyelamat
14. Foto penumpang yang menggunakan pasport curi masih belum dapat disiarkan lagi, masih dalam siasatan
15. Semua bagasi yang masuk ke dalam pesawat dilaporkan 'bersih' dan tiada barang yang mencurigakan
16. Keluarga penumpang-penumpang dari China akan dibawa ke Kuala Lumpur, setiap 2 orang waris dari setiap keluarga akan diterbangkan hari ini dan esok
17. Siasatan ini bukanlah mudah, banyak perkara perlu dilihat untuk mecari pesawat tersebut
18. Tiada had masa dalam misi mencari dan menyelamat ini
19. Isu sekuriti di KLIA - ciri keselamatan di lapangan terbang ini mengikut standard antarabangsa.

#PrayForMH370

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

0 Ulasan