❤ Petua Untuk Isteri Yang Tidak Pandai Memasak ❤

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Petua Untuk Isteri Yaang Malas atau Tidak Pandai Memasak

1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.

2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi itu untuk mencuba memasaknya di dapur.

3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.

4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.

5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang pada anda.

7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, atau karipap. Masak dan sediakan untuk suami anda.


8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.

9. Dalam sehari, sesibuk mana pun anda, adalah wajib anda meluangkan masa untuk menyediakan masakan untuk suami anda. Jangan biarkan sampai ke satu tahap nanti pembantu rumah memasak untuk suami anda.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tak pandai masak tak apa, janji rajin ke dapur... lama2 pandailah masak...

    BalasPadam
  2. jgn jadikan alasan tak pandai masak sebab tak nak ke dapur pulak...kalu rajin mencuba mesti pandai..

    BalasPadam
  3. btl2..msk ni kne asah..klau slalu msk insyaAllah pndai la lame2.. =)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.