11 Tips Elak Pergaduhan Dengan Pasangan


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

11 Tips Elak Pergaduhan Dengan Pasangan

Kita kadangkala mudah sangat bergaduh sesama pasangan kita walaupon benda yang nak ''DIGADUHKAN'' adalah benda yang paling kecik.Sikit2 nak gaduh sikit2 nak gaduh ..Ingat bila gaduh masalah boleh SELESAI ke.Tak kan ? Biasanya kalau dah BERGADUH bukan akan menyelesaikan masalah tapi menambahkan lagi masalah yg sedia ada.

Tadi Lya ada baca tips untuk elak bergaduh..Lya kongsikan untuk sahabat2 semua,tips untuk elak pergaduhan dengan pasangan ...

1-Kawal Emosi
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

2- Jangan Cari Pasal
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu di ingatkan jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

3- Jujur Dan Saling Percaya-Mempercayai
Dua perkara tersebut begitu penting dalam sesebuah perhubungan. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

4- Berterus-Terang
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

5- Bersikap Terbuka
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

6-Jangan Ungkit Perkara Lalu
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

7- Jangan Bandingkan Dia
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

8- Buang Sikap Ego
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

9- Jangan Bersikap Mengongkong
Kadangkala sikap terlalu suka mengongkong boleh menyebabkan pasangan tidak puas hati. “itu tak boleh ini tidak boleh” Sebagai pasangan yang bijak kamu perlu tahu menanggani pasangan masing-masing. Jangan terlalu mengongkong pasangan kamu. Berikan si dia kelonggaran untuk bersendirian atau keluar bersama teman-temannya. Tetapi awas! Jangan terlalu memberikan kebebasan dan sebagai pasangan yang bijak kamu perlu tahu dengan siapa dia keluar, dimana dia pergi dan atas urusan apa dia keluar.

10- Setia
Jangan sesekali berlaku curang terhadap pasangan kamu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Tanpa rasa setia terhadap pasangan, hubungan tersebut tidak akan kekal lama. Setiap pasangan memang mengimpikan pasangan yang setia untuk dia terus mencintai. Jadi mengapa perlu curang?

11- Pandai Ambil Hati & Bijak Pilih Waktu
Antara cara yang paling berkesan untuk meredakan kemarahan pasangan kamu. Pilih waktu yang sesuai dan kalau boleh pilih waktu yang pasangan kamu mempunyai mood yang baik. Elakkan dari memujuk pada waktu pasangan kamu masih dalam keadaan marah. Biarkan dia bersendirian untuk meredakan kemarahannya. Beli atau sediakan apa-apa sahaja yang disukainya seperti makanan kegemaran, barang peribadi, pakaian atau sebagainya dan si dia pasti akan gembira semula.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤ 

Catat Ulasan

0 Ulasan