Perkara Mudah Tapi Susah

Assalamualaikum...
Ahlan Wasahlan...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

 Perkara Mudah Tapi Susah 

Nak berjaya ni tak susah sebenarnya. Memang akan ada cabaran, dugaan, tetapi memang tak susah. Banyak perkara mudah yang kita boleh buat untuk berjaya, tetapi sangat susah untuk kita buat.

Perkara Mudah 1:

Bangun solat subuh. Mudah je perkara ni. Tapi nak angkat selimut, bangun pergi ambil wudhu pun susah nak dibuatnya.

Perkara Mudah 2:

Berzikir. Pun mudah juga. Tak perlu tenaga. Perlu lidah dan mulut. Kalau tak nak guna lidah dan mulut, boleh zikir dalam hati. Tapi susah untuk kita buat. Nyanyi gi karokay boleh pulak. 

Perkara Mudah 3:

Sedeqah. Rezeki tidak akan putus kalau kita sedeqah hari-hari. Tak perlu banyak, sikit pun boleh. Mudah je benda ni. Tapi kadangkala nak keluarkan dompet pun susah. Kita fikirkan perut kita. Kita tak yakin Allah akan ganti. 

Perkara Mudah 4:

Dhuha. Mudah sangat. Kalau kerja full time kita ada masa untuk minum teh kul 9 sebelum masuk ofis, apa kata ganti dengan dhuha. Kurang sikit berpolitik, lebih sikit bekalan akhirat. Paling best? Dhuha memang solat yang membuka pintu rezeki.

Perkara Mudah 5:

Bersangka baik. Mudah sangat. Tapi kita lagi suka gosip, bersangka buruk, mengata, mengeji, mencerca,menghina, mengomel dan segala macam meng.

5 perkara mudah, anda boleh amalkan hari ni jugak. Tak perlu modal duit, tak perlu modal tenaga. Hanya perlu modal hati sahaja.

Tolonglah, jom bersatu, kalau anda rasa post ni bagus, inilah dia perkara mudah no.6. 

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. hati yg baik dan ikhlas tidak akan menilai hati yg lain :)

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian..sama² kita amalkan..InshaAllah :)

    BalasPadam
  3. Terima.kasih atas peringatn bersama...

    BalasPadam
  4. singgah balas kunjungan..

    mmg yg mudah tu selalu dimudahkan sangat sampai jadi payah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.