❤ Tips Elakkan Bayi Kuning ( Jaundice) ❤

January 22, 2014

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...


Tengahari ni Lya nak kongsikan sedikit tips untuk 
••••► Elakkan Bayi Kuning 

Ramai ibubapa yang risau apabila bayi baru lahir mereka mendapat penyakit kuning atau ” jaundice “. Walaupun bayi yang mendapat penyakit ini kerap dijumpai, tetapi hakikatnya tahap ” jaundice” yang teruk boleh menyebabkan pelbagai masalah pada bayi contohnya madalah pendengaran dan kecacatan otak.

Macam Lya jugak la ..dua daripada tiga  anak Lya... Insyirah & Iman  kena jaundice dan dua2 kena letak bawah lampu biru ..huhuhuhu ...Susah jugak bila anak kena jaundice ni sebab masa tu kita baru jer lepas bersalin dan tak kuat lagi nak menjaga bayi..tambahan jaundice ni bila dah kena ..dan tahap teruk kena la bawak ke hospital.....kat hospital semua kita yg kena buat ...Susah sikit la tambah2 kalau yang bersalin cara pembedahan ...Ok Lya sertakan cara mudah untuk sahabat2 bagi mengelakkan bayi mendapat jaundice.

Berikut adalah 3 cara mudah yang boleh diambil untuk mengelakkan bayi mendapat “jaundice”:

1. Susukan bayi dengan susu ibu seawal dan sekerap yang boleh. 
Susukan bayi sebaik sahaja bayi lahir dan apabila bayi mahu menyusu, tanpa mengira jarak waktu, kerana ini akan menggalakkan pengeluaran susu ibu. Susu ibu adalah sejenis julap ( laxative) yang akan mengeluarkan sisa bilirubin yang berlebihan dan mengurangkan penyakit kuning bayi.

2. Elakkan dari mengambil jamu. Herba tradisional telah terbukti menyebabkan penyakit kuning kerana hati bayi yang belum matang belum dapat memproses herba dan ubatan tradisional.


3. Ikuti jadual pemeriksaan bayi seperti yang ditetapkan. Penyakit kuning yang dikesan awal dapat mengelakkan komplikasi yang teruk pada bayi seperti terpaksa melalui pertukatan darah ( exchange transfusion) bagi mengurangkan kadar bilirubin dalam darah.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.