✿ Muhasabah Diri ✿

January 12, 2014

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ... 

Sebuah perkongsian  berguna untuk kita semua 
Muhasabah Diri 



✿ ''Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. 
Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, insyaAllah hidup akan lebih 
terisi dan bererti.
Dalam sunyi ada muhasabah. Dalam ramai ada ukhwah.
Dalam sedih ada tarbiah.
Dalam ceria ada mahabbah.''

''Tanpa iman, tiada amanah. Tanpa amanah, tiada aman. 
Iman, amanah dan aman... tiga serangkai yang tidak dapat dipisahkan.
Untuk beriman itulah perlunya pengorbanan.''


✿ ''Kadangkala ada suatu masalah yang Allah takdir dalam hidup ini bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk kita 'hidup bersamanya'. Itulah saluran kita merintih dan berdoa kepadaNya.. ''✿

✿ ''Tegakkanlah kebenaran... di situ ada kejayaan.
Carilah ketenangan... di situ ada kebahagiaan...
Kebenaran itu dari Allah. 
Ketenangan juga dari Allah. 
Justeru, di sisi Allah sahajalah ada kejayaan dan kebahagiaan!''✿

''Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, 
Tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain... 
Nescaya hidup kita akan ceria...
Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira.
Jabir ra berkata, "aku melihat Rasulullah sentiasa tersenyum."

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

0 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..