❤ Amalan Ibu Mengandung ❤

January 09, 2014

✿ Amalan Suami Dan Isteri Semasa Isteri Mengandung ✿

-Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
-Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
-Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat)
-Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
-Banyakkan berzikir
-Banyakkan membaca Al-Quran
-Banyakkan baca buku ilmiah (i.e. kisah-kisah nabi,kisah-kisah para sahabat dll)
-Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
-Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
-Tidak terlalu tertekan atau stres.
-Menjaga adab dan emosi terhadap suami/isteri
-Makan makanan yang baik (i.e. makanan dpd bahan-bahan yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal)
-Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
-Rajin mengukirkan senyuman
-Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.


✿ Amalan Bacaan Surah Semasa Ibu Mengandung 

-Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)-Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
-Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
-Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
-Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
-Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
-Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
-Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.