❤ The Wedding Breaker ❤

December 24, 2013

Tengok Tajuk Kat Atas Tu ... Haa Dah Tengok Kan ...
Ni Ler Citer Yang Bakal Menggantikan Citer ''Playboy Itu Suami Aku''
Yang Sekarang Dahpon Masuk Minggu Akhir ...
Tapi Bukan Tajuk The Wedding Breaker Yang Di Gunakan ..
Tajuknya Dahpon Di Tukar Kepada '' Ariana Rose'' ...

Novel The Wedding Breaker  ❤


Ariana Rose  ❤

Antara Pelakon2 Yang Terlibat Dalam Drama Nie Adalah :-

  • Keith Foo - Datuk Wira Tengku Adam Kamil
  • Nur Fathia - Ariana Rose
  • Hisyam Hamid - Harith
  • Arja Lee - Ramzul
  • Nabila Huda - Liyana 
  • Syatilla Melvin - Sophie
  • Tasha Shilla - Tengku Juwita 
  • Ziela Jalil - Datin Asra
  • Jalaluddin Hassan - Datuk Wan Jusoh
  • Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Mukhriz
  • Liza Abdullah - Puan Sri Lisdania
  • Dayana Amerda - Amalina
  • Atikah Suhaime - Tasha
  • Anne Abdullah - Mak tiri Ariana
  • Jasmin Hamid - Tengku Marsela
  • Rahim Omar - Tengku Sudin
  • Wan Sharmila - Linda


Ni Dia Pelakon2 Yang Berlakon Dalam Drama Ariana Rose ❤


Sinopsis Penuh Drama The Wedding Breaker Slot Akasia TV3


The Wedding Breaker mengisahkan tentang Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal. 
Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana.

Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan .

Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

Sinopsis Belakang Kulit Novel:


“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Ok La Tu Serba Sikit Tentang DRAMA Ariana Rose ... The Wedding Breaker ...
Tak Sabar Dah Nak Tunggu Drama Nie Kat Slot AKASIA TV3 ...
Tik Tok Tik Tok Tik Tok Tik Tok ..
TUNGGGUUUUUUUUUUUUUU !!!!!!!!!!!!

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

2 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..