❤ Tips Menjadi RAJIN ❤

December 23, 2013

5 tips bagaimana mengatasi sikap malas.Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa andalah, bagaimana ingin membuang sifat malas? Kat sini Lya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”
2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.
3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.
4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..
5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas.Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.
Ok.. moga2 tips ini berguna untuk anda ..
Lya sertakan satu doa untuk anda ..Doa berlindung dari sifat malas..Bersama kita amalkan ..
Bersama Kita Amalkan 

SaYaNg SeLaLu ,
 Lya ❤   

Artikel Menarik yang Lain

2 sang pencerita

  1. iera pun kalau dah malas tu memang tak buat dah kerja lain . tidur je , bila bangun mula lah rasa bersalah masa abes mcm tu jeh baik study T,T

    ReplyDelete
  2. Hehehe biasa la bila dtg rasa MALAS kita pasti tak nak buat apa2 ..tapi jgn camtu rasa MALAS tu sedikit sebanyak pasti akan merosakkan kita..Jadi cuba jauhi sifat MALAS tu ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.