❤ 13 SIFAT SUAMI YANG BERTANGGUNG JAWAB DALAM KELUARGA ❤

October 05, 2013

SIFAT SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAP

1. Ia sentiasa mengajak isterinya untuk menjadi wanita yang selalu beriman dan bertaqwa kepada-Nya.

2. Ia sentiasa berusaha menjadikan rumah sebagai syurga bagi isteri dan anak-anaknya.

3. Ia sentiasa berusaha untuk bertanggungjawab atas segala keperluan nafkah isteri dan anaknya dengan rezeki yang halal.

4. Ia sentiasa membimbing isterinya menjadi seorang isteri yang selalu taat kepada suami.

5. Ia sentiasa bersikap ramah dan penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.

6. Ia selalu menjaga cinta dan kasih sayangnya hanya kepada isterinya,pantang baginya untuk mudah berpaling kepada wanita lain.

7. Ia sentiasa berusaha untuk menasihati isterinya disaat khilaf dan berbuat kesalahan dan tidak segan-segan ia memafkannya.

8. Ia sentiasa berusaha bersabar dalam menyikapi (misalnya) sifat buruk isterinya.
Ia dengan tenang akan mengarahkannya untuk berubah menjadi lebih baik.

9. Ia sentiasa berusaha untuk lebih mengingati kebaikan isterinya dibanding dengan mengungkit-ngungkit keburukannya.

10. Ia sentiasa berusaha menyelesaikan setiap permasalahan rumah tangga dengan sebaik-baiknya dan tak mudah menceritakannya kepada orang lain.

11. Ia sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang baik dan bijak serta menjadi contoh yang baik bagi isteri dan anak-anaknya.

12. Ia selalu punya waktu untuk berkumpul santai bersama isteri dan anak-anaknya.

13. Dan ia tidak merasa berat hati untuk memberi maaf kepada isterinya jika berbuat khilaf,serta tidak merasa rendah diri untuk meminta maaf kepada isterinya jika ia berbuat khilaf.



~ Lya 


Artikel Menarik yang Lain

0 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..