KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Biobax

EXCHANGEFEDGROUP


Wednesday, 28 September 2016

Kenapa Ramai Call Kita Cari Kerepek



Dua hari lepas sorang wanita call..Tanya "Ada jual kerepek lagi tak.."Aikk bila pulak kita jual kerepek..Kita cakap laa kita tak jual..Pastu dia cakap Ok takpe laa..Habis kat situ.Semalam pon ada jugak orang call cari kerepek.Tapi tak sempat tanya banyak..Bila kita cakap takde jual..dia dah letak phone...Pagi tadi dapat satu call lagi.."Saya nak order kerepek boleh ?.. " Aikk apasal minggu ni orang duk call cari KEREPEK jer ni.Musykil pulak rasa.Terus tanya camne dapat no ni.Dia cakap blog akifimtiyaz.com Ada baca pasal kerepek..Puan jual kerepek lagi ke..nak beli untuk letak dalam goodies bag kenduri kawen katanya...


 Kerepek Murah , Kerepek Sedap , Sata Jual Kerepek , Kerepek Sedap Dan Lazat , Orang Jual Kerepek , Jual Kerepek Online , Cara Buat Kerepek , Kerepek Pisang Tanduk , Kerepek Ubi



Ha aaa baru ingat ada buat Review Kerepek dulu..Tahun 2014...Lama dah tu,kita pon ingat2 lupa dah... Kita cakap laa kita tak niaga kerepek..kita buat blogpost review jer..kalau nak beli boleh contact owner kat nombor tertera...Tak sangka ramai jugak orang cari kerepek kat blog kita..Rezeki owner kerepek laaa ni..Alhamdulillah..Terima kasih jugak sebab sudi buat REVIEW kat akifimtiyaz.com ... Sapa2 sapa yang berminat nak kita REVIEW produk boleh contact kita okey..Klik detail kat blog kita .. segala detail ada kat blog..Nak PM fb pon boley..Nak call pon boleh..WhatsApp pon boleh..Mana satu ulyang korang rasa mudah..boleh jer..

Sekian Terima Kasih ...

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital.Dua  hari lepas kat dalam group whatsapp gang gang zaman belajar dulu..Ada sorang kawan yang baru pertama kali mengandung duk tanya mengenai barang apa yang perlu di bawa ke hospital waktu nak bersalin..Makanya ramai jugak la kawan kawan yang bergelar mommy,ibu,umi,mak,mama,bonda dan seangkatan dengannya bagi respon kat soalan member ni...Macam macam senarai  la yang keluar,hinggakan barang yang tak logik bawak pon disenaraikan sekali..Hahaha part paling best kitaorang gelak berjemaah..Apa taknya sorang masuk gtau suruh bawak benda ni..sorang lagi masuk gtau suruh bawak benda tu..Orang kata kalau buat senarai memang tak lulus laa jawapnya..Makanya,sebagai seorang kawan aku offer diri untuk si kawan yang baru first time nak g bersalin ni..Aku cakap kat dia nanti aku up kat blog senarai barang keperluan bersalin untik dibawa ke hospital...Makanya gigih pulak laa aku ngadap lappy nak update blog memalam buta sambil ditemani kipas siling yang bertiup sepoi sepoi bahasa jer..sebab aku bukak kipas no 2 jer..Ujan oiii sejukkk nauuu..

Tak yah cakap banyak la bab kipas umah aku tu..Meh sini aku nak citer,...apa barangan yang perlu dibawa ke hospital waktu nak pergi bersalin..Ni untuk kawan aku dan jugak bakal ibu di luar sana yang baru pertama kali bersalin....Pasti korang nak tau,apabenda barang nak bawak pergi hospital.Seelok eloknya semua kelengkapan dipersiapkan awal agar tidak kelam kabut waktu nak berangkat ke hospital.Letak kat satu tempat supaya senang untuk kita dikemudian hari..Nanti takde la kelam kabut jadinya..mana nak cari barang lagi ngan sakit lagi..nak capai itu capai ini..Kalau letak setempat semua barang alhamdulillah senang cepat dan selamat..

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital




Barangan Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital



Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital


Nak pergi bersalin bukan macam nak balik kampung semua benda nak kena bawak..Bawak yang perlu sahaja..Kalau tak cukup nanti lepas bersalin time suami datang melawat boleh minta bawak lagi..Ni bawak yang asas jer...Ok aku senaraikan barangan ibu yang perlu ada waktu nak berangkat ke hospital.

Barangan Ibu 

- Buku merah aka buku mengandung tu laaa..jangan buat buat lupa bawak pulak..
- Kad pengenalan 
- Handphone
- Kamera
- Kain batik atau skirt labuh 2 helai 
- Blouse atau tshirt menyusu 3 helai
- Stokin 2 pasang
- Shawl atau tudung ikut mana yang korang rasa selesa bawa 2 helai
- Sweater
- Selipar atau sandal pastikan yang tak licin dan selesa dipakai
- Maternity pad
- Seluar dalam dan baju dalam secukupnya
- Alatan mandian dan pengurusan diri
- Minyak panas untuk sapu pada dahi kaki perut dan juga tapak kaki selepas mandi..Takut nanti masuk angin susah


Barangan Bayi

Untuk barangan bayi..korang simpan siap siap dalam satu beg kecil sebab barang barang ni nanti suami akan bagi pada nurse untuk siapkan bayi korang...Apa yang korang perlu letak kat dalam beg kecil tu..

- Baju lengan panjang berbutang depan – 1 helai
- Baju lengan pendek berbutang depan – 1 helai
- Mitten & booties – sepasang
- Kain bedung – 1 helai
- Lampin pakai buang – 2 keping
- Tuala
- Peralatan mandi

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital



Untuk barangan bayi yang lain,korang boleh masukkan sekali dalam  beg kelengkapan korang..Apa yang korang perlu bawa...

- Sepasang baju lengan panjang / pendek berbutang depan – yang ni untuk pakai masa nak balik rumah  nanti
- Mitten & booties – dua pasang
- Barut 3 helai
- Lampin pakai buang 5 – 10 keping
- Kain bedung – 2 helai
- Topi
- Selimut
- Tuala mandi bayi
- Tisu basah
- Minyak telon

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital , Senarai Barang Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital , Senarai Barang Keperluan Bayi , Barang Baby Ke Labour Room , Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Beli , Keperluan Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital Semasa Bersalin , Barang Yang Perlu Di Bawa Ketika Bersalin , Persiapan Barang Baby , Barang Baby Yang Perlu Ada Masa Bersalin , Bersalin Di Hospital



Bakul Untuk Ibu
Bakul untuk kelengkapan ibu semasa dalam wad juga penting untuk dibawa...Apa yang perlu korang bawak dalam bakul tu..Bawak yang asas jer tak perlu bawak macam nak pergi berkelah ok......

- Termos
- Air masak / air mineral
- Susu
- Biskut/roti/oat/bijiran
- Kurma/kismis
- Air zamzam
- Sudu dan juga garfu
- Cawan

Ok ni jer senarai barangan yang korang perlu standby kat tepi pintu bilik,senang nanti dah ada rasa sakit nak bersalin terus capai barangan yang dah tersedia..Satu lagi jangan lupa charger phone..Senang nanti nak charge phone..

K laa tu jer la aku nak kongsi kat korang..Harapan aku perkongsian aku ni dapat dimanfaatkan oleh korang dengan sebaik baiknya..Kalau korang rasa apa yang aku tulis ni bermanfaat..korang kongsi kongsi laa ngan kawan kawan korang jugak ya..Manala tau kot kot ada antara kawan korang tu first time nak g bersalin kat hospital..mesti dia tengah cari cheklist barangan yang nak di bawak ke hospital waktu nak bersalin nanti.


Tuesday, 27 September 2016

Ingat Tak Macam Mana Kita Boleh Kenal ?

Ingat tak macam mana kita boleh kenal?..Bab bab nak ingat mengingat ni adalah bab paling susah sikit bagi sesetengah orang..Tapi bagi Lya takde laa susah sangat sebab Lya boleh ingat balik camne Lya kenal sahabat sahabat Lya terutama sahabat blogger..Baru baru ni Lya ada buat satu soklan untuk kawan kawan..Ni antara jawapan yang diaorang bagi .. Ada yang betul ada jugak yang tak betul jawapan diaorang hehehe...Tapi takpe laa jom kita pakat pakat baca..Ingat ke tak macam mana kita kenal?...



" Kita kenal kat efg. Ingat akifimtiyaz sebab bloggernya ramah, baik hati dan ada anak yg comei dengan lesung pipit. Cam nak cubit2 ja si akif tu.. " Blogger Yati Zul


" Alamak..daya ingatan ni macam tak bape nak ingat bila kenal kak lya..masa masuk efg...lamaaaa berkenalan di EFG, bertentang mata buat pertama kali di Hulu Langat..kemesraan kian mekar..kak lya dah macam kak irra sendiri...moga ukhuwah berkekalan..i love you.. "  Blogger Mommy Irra


" Mula confuse kak julia yg mne sebab ada julia johori. Tapi buatkan acik ingat adalah akifimtiyaz yang ada lesung pipit comel bru ingt kak lya. Kak lya wanita hebat dan tabah dan berani.. fuh superlya.." Blogger Acik Aku Penghibur


" CN kenal kak. Lya di fb sebab kak. Lya suka join contest macam CN, lepastu tersuka pulak baca blog hijau akak sebab banyak cerita ttg Akif 😉😉 " Blogger Cekgu Norazimah


" Kenal kat kbba rasanya..masa mula2 knal kak lya kat kbba mcm pelik ade dua nama julia johari..pastu bila masuk efg baru lah tahu perbezaan antara dua nama julia johari.. Kak lya dikenali sebagai Lya Akif Imtiyaz.. " Blogger Zatie Suhaidi


" kenal kak lya kat kbba.. lps tu. konfius sbb dua julia johari.. hehehe.. tp dpt beza sbb lesung pipit akif.. hahaha.. tergoda dengan senyuman anak bujang kak lya.. " Blogger Reena Sidek


" Kak lyaaaaaa. Ehem. Kc kenal kak lya time masuk EFG. Kak lya seorang kakak yg easygoing, mudah mesra, byk beri nasihat, dorongan, tunjuk ajar. Tak pernah lagi jumpa kak lya face to face. Hope to meet you one fine day😁 " Blogger Sayidah Napisah aka KC Comel


" Kak lya.. Kenal kak lya mse mula2 aktif berblog 2013.. Mse tu sme2 join contest semua tu.. Lepas tu kite jumpe di fb chit chat mintak resepi semua.. Hihi best baca blog kak lya yg mcm2 tu.. Lagi2 ade budak kenit berlesung pipit tu..Hensemm... 
Dan akhirnyeee kite berjumpa lagi dalam EFG.. Dan sehingga kini kak lya akak kite yg punyaaa.😘 " Blogger Anizz Anissa


" Kita kenal kak lya dr blog. Ada ternampak kak lya komen kat blog org. So kita pun buka blog kak lya. And wow warna hijau. Selalu tgk blog org warna merah je. Ni warna lain. And tiba2 kenal lak kat efg..Kita kenal masa kita slalu ushar anak2 kak lya kot. Semua ada lesung pipit. So dari situ baru kenal kak lya. " Blogger Amelia Jafri


"Along kenal setelah kak lya berjaya menempatkn diri sebagai salah seorang ahli efg. Tidak sukar untuk kami berkomunimasi memandangkan kak lya seorang yang suka berkongsi cerita disamping kak lya lebih suka jujur tentang apa yang dia rasa terhadap satu-satu perkara... Sungguh pun kak lya tampak serius, namun, jika kita mengenali dia dengan lebih lama, kita akan tahu bahawa kak lya seorang yang boleh dibawa bergurau...🤓👌🏻." Blogger Rahim Aim aka Along


" Blog Akif Imtiyaz? Memula kenal pada 23 Nov 2014. Masa tu join Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz. Ni la firrst time kenal. Memang masa ni PapaG aktif join segmen dan giveaway kat blog. Yela, blog baru nao naik. Kena la mencapap kan? Hehehe .. " Blogger Faizal PapaGlamz


" 😅 haha..mcm mne ek kte knal?..haaa ingt3.Dyh knal kak lya start dyh bc blog akk..sbb akif omey tu.Lpas tu, dyh msuk EFG..then dri situ knal dri masa ke semasa... " Blogger Adk Dayah


' wat la ayat apa pun...cakap kenal sbb suruh folo blog...baru buat blog .. " Blogger Nizam


Ok dah lepas dah jawapan ringkas ringkas..Kali ni kita dapat jawapan paling panjang..Macam karangan dah dia bagi ..Hahahhaa..

" Saya mula mengenali akifimtiyaz.blogspot pada penghujung 2014. Ketika itu saya sibuk mengelolakan blog stylosport. Dan menjelang penghujung 2014, saya mahu mengembangkan rangkaian perhubungan atau dalam bahasa ibunda saya di panggil networking. Bila mula membelek blog akifimtiyaz (masa tu skip-skip baca) saya ternampak 1 post berkaitan bloglist. Ok, saya mula lebih fokus kepada penulisan itu. Dan bila membacanya, saya mula tertarik. Tetapi, saya pendam dulu hasrat itu ibarat seorang gadis yang malu-malu di pinang. Dan mulai 2015, saya mula mencari fb pemilik blog akifimtiyaz. Dan saya seperti ada suara yang membisik ke telinga saya untuk pm dia. Jari saya mula menaip di papan kekunci.......dan akhirnya..............

Dia membalas.....alhamdulillah. tetapi......

Ada pula tetapi, kenapa dia minta nombor telefon pula? Apa kaitan nombor telefon dan rakan bloglist? Sungguh musykil ketika itu ibarat Sir Isaac Newton memikirkan kenapa epal ni mesti jatuh ke bawah dari ranting pokok. Perlukah Sir Isaac Newton menyanyikan lagu hazama berjudul Tanya Sama Pokok?

Puas saya memikirkan tentang kaitang bloglist dan nombor telefon. Namun saya menolak segala pra-sangka. Saya beri sahaja nombor telefon saya.

Dan mulai detik itu.........

Saya ada group whatsapp blogger. Wah....bangga masa tu. Masa tu group itu tidak sampai 10 orang ahlinya....

Saya rasa saya perlu habiskan di sini dulu. Takut nanti akan menjadi sebuah novel yang mungkin di adaptasikan menjadi sebuah drama..... " Blogger Wayne Harraz

Ok selesai sudah sesi suai kenal...Ingat Tak Macam Mana Kita Boleh Kenal ?....Terima kasih buat semua sahabat yang sudi jawap soklan..Ada jugak yang kena paksa jawap ni..Ok segala ayat yabg tertera dia atas adalah tanpa olahan,semua ayat ayat yang terpapar adalah tulisan daripada mereka sendiri..Berminat untuk mengenali mereka..Sila klik link yang berwarna merah..Anda akan di bawa menjelajah terus ke blog mereka...Ok itu saja untuk kali ni..Jumpa lagi jika Lya berkelapangan menulis..Salam ukhuwah fillah ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Akif Imtiyaz Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah