Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sabtu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Pin pin,bunyi hon Mr Pos Laju kat luar pagar.Bukak pintu turunkan tandatangan dapat satu bungkusan .Alhamdulillah dapat Ephyra Skin Bar yang Lya menang dari Giveaway Ephyra Skin Bar Mialiana .
Wah cepat jugak sampai.Semalam baru Lya tengok kat blog blogger Mialiana,Update mengenai penghantaran Ephyra Skin Bar dari pihak Oceanlife Marketing Sdn Bhd untuk semua blogger yang telah berjaya.Tup2 jam 1 tengah hari tadi produk Ephyra Skin Bar dah selamat sampai kat rumah.

Terima kasih Mia dan juga Oceanlife Sdn Bhd.Bukan setakat dapat Ephyra Skin Bar jer tau,dapat jugak satu kalendar EPHYRA gambar Memey Suhaiza & Norman Hakim dari pihak Oceanlife Marketing Sdn Bhd.Kelendar kedua dari Ephyra untuk Lya .Hehehe tq so much.



Untuk pengetahuan sahabat Lya,Pihak Oceanlife Sdn Bhd sendiri yang telah menyemak dan memilih 50 orang blogger untuk ke peringkat seterusnya.Lya salah seorang yang telah terpilih dan memenangi Ephyra Skin Bar ini..

Jawapan Lya yang berjaya memikat hati pihak pengurusan Oceanlife Marketing Sdn Bhd :

Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Masalah kulit saya yang berjerawat halus dan meninggalkan kesan hitam pada kulit wajah.Setiap kali menggunakan sesuatu produk saya amat berhati hati kerana sedikit kesilapan dalam pemilihan produk untuk wajah,pasti jerawat akan timbul dan amat sukar untuk dihilangkan.Malahan apabila menggunakan sesuatu produk masalah jerawat yang dihidapi semakin teruk.Namun hati terdetik riang apabila mengetahui Ephyra Skin Bar mempunyai kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang sangat  berkesan untuk kulit,cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & dan yang pasti membuatkan saya tersenyum riang gembira adalah,produk ini dipercayai dapat memudarkan parut jerawat pada wajah saya.Saya amat teruja untuk mengenali produk ini dengan lebih dekat.Ephyra Skin Bar,pilihan hati saya..

Ok dah dapat produk ni kena la guna dulu pastu kena buat satu tugasan lagi untuk layak ke peringkat seterusnya.Tugasan terakhir adalah GUNA EPHYRA SKIN BAR DAN REVIEW.Tunggu REVIEW dari Lya nanti OK ...

Ok itu saja untuk kali ini... Jumpa lagi sahabat. !!!
Happy Blogging ❤❤