Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Sumber Gambar :- Mr Facebook |
Nama aku DUIT,
Kadang2 orang panggil aku wang, fulus dan macam2 lagi.
Rupa aku biasa je, badan aku lemah
Tapi aku bolehmembuatkan satu dunia inginkan aku.
Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia,
Keranamanusia mengidolakan aku.
Banyak orang merubah keperibadiannya,
Mengkhianatikawan,memutuskan persaudaraan, menjual maruah,
Malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku !!!!
Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah,
Tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat,
Menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.
Aku bukan Iblis,tapi seringkali manusia
Melakukankejahatan demi mendapatkan aku.
Aku juga bukan orang ketiga,
Tetapi ramai suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.
Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku.
Sangat jelas juga aku bukan tuhan,
Tapi manusia menyembah aku seperti tuhan,
Bahkan kerap kali hamba- hamba tuhan lebih menghormati aku,
Padahal seringkali kita diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit...
Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun,
Tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.
Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh
Menjadi alat untuk membayar resit ubat,
Tetapi aku tidak mampu untukmemanjangkan jangka hayat hidup seseorang.
Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan
Kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.
Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam.
Walhal, tidak kah mereka sedar bahawa aku
Sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.
Andai aku digunakan untuk bersedekah,
Nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu.
Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dariNya.
Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.
Yang Benar,
Duit .. ❤
15 Ulasan
Kslau la duit tu betul2 pandai berkata2 kan...good sharing Lya
BalasPadamTq SA
PadamItulah duit pabila dia bercerita ttg dirinya...
BalasPadamTu la..
PadamKesian kat duit.. dia tak rasa dirinya kaya sedangkan dia duit..
BalasPadamHuhuhuhu..
Padamduit oh duit
BalasPadamDuit duit..
PadamKerana duit org sanggup bermusuhan. Kerana duit orang sanggup jadi jahat. Alahai..
BalasPadamBtul3
Padamduit oh duit...
BalasPadamDuit duit duit
PadamHuuuhuhuhu
BalasPadamrajin rajinkan sedekah...rezeki lebih dikongsikan sedikit kepada mereka yang memerlukan..
BalasPadamzaman sekarang nie keluar jer rumah ....duit..duit...
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.