Pembayaran Zakat Secara Online Lebih Mudah Menggunakan Kad Kredit Islamik

Pembayaran Zakat Secara Online Lebih Mudah Menggunakan Kad Kredit Islamik | Sepertimana yang kita tahu, zakat adalah satu bentuk tanggungjawap yang wajib dilaksanakan tapi masih ramai lagi dikalangan kita tak begitu cakna untuk belajar selok belok tentang zakat secara lebih detail. Sesetengah daripada kita hanya tahu bab zakat fitrah yang dibayar setiap tahun dan kita lupa masih ada lagi zakat lain yang perlu kita tunaikan. 


Zakat ni pelbagai tau, bukan hanya zakat fitrah jer yang perlu dibayar. Masih ada lagi zakat lain yang perlu ditunaikan seperti zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan banyak lagi. Cuba kita bayangkan sekejap. Apabila kita membayar zakat kita dapat membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Sedikit bagi kita segalanya buat mereka. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." (Surah at-Taubah, ayat 103). Membayar zakat tidak akan menjadikan harta kita berkurang tapi dengan membayar zakat kita akan mendapat ketenangan hati dan jiwa alam menjalani kehidupan di bumi Allah yang luas ini. 

Bayar Zakat Online Di Portal LZS Menggunakan Kad Kredit Islamik 


Tahukah korang pembayaran zakat boleh dilaksanakan secara online menggunakan kad kredit islamik? Bayaran zakat secara online di portal LZS dengan menggunakan Kad Kredit Islamik adalah mudah, pantas dan berkesan untuk korang sama sama membantu asnaf. 

Sekarang ni kan dah mudah,  online jer zakat selesai. Tak perlu susah susah lagi nak ke kaunter zakat.  Apa yang korang perlu buat, klik jer https://fpx.zakatselangor.com.my dan isi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dah selesai urusan pembayaran zakat korang. Mudah jer kan? Hanya di hujung jari jer!


Cara pembayaran zakat melalui kaedah online menggunakan Kad Kredit Islamik yang diperkenalkan ini diharapkan dapat menarik lebih ramai umat islam kat sana untuk sama sama menunaikan zakat. InsyaAllah. 
Untuk pengetahuan korang jugak, bukan semua kad kredit boleh digunapakai untuk pembayaran zakat tau. 

Pihak LZS hanya menerima Kad Kredit Islamik dan memenuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sahaja bagi pembayaran zakat menggunakan kad kredit.

Bagi memudahkan korang, KakYa senaraikan Kad Kredit Islamik yang diterima oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) :

- Kad Bank Islam (Visa & Master)
- Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)
- Kad I-Bank Rakyat
- Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic
- Kad Caj Al-Rajhi Bank
- Kad Al-Aiman BSN

Kebaikan Dan Manfaat Berzakat 


Jika kita hitung dan kira, terlalu banyak sebenarnya kebaikan dan juga manfaat yang boleh kita dapat dengan menunaikan zakat.  Antaranya ialah:
 
- Berzakat menjadikan harta yang kita ada menjadi lebih berkat.
- Berzakat dapat mensucikan harta dan meningkatkan nilai keimanan seseorang.
- Berzakat melatih diri kita untuk ikhlas dalam melalukan kebajikan. 
- Berzakat dapat membantu sesama saudara dan  golongan asnaf yang memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
- Berzakat mampu mengeratkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dan orang lain.

Marilah kita bersama-sama untuk menunaikan zakat bagi membantu mereka di luar sana yang memerlukan. Bersama sama kita hulurkan tangan ringankan beban. InsyaAllah semoga dengan menunaikan zakat, kita dapat membantu lebih ramai asnaf di luar sana 
menambah baik kehidupan mereka. Aamin aamin Ya Mujib. 

Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi


Kempen tunaikan zakat kini kembali dengan Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi. Kali ini pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama rakan sinergi Tabung Haji (TH). Hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi.



Peraduan ini menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk para pemenang dan yang paling best sekali jika korang memenangi hadiah, korang dapat berkongsi hadiah yang dimenangi dengan asnaf. Alhamdulillah dengan cara ni dapat juga korang berkongsi hadiah dari kemenangan korang tu bersama asnaf yang memerlukan. 

Berkongsi rezeki kemenangan korang dengan asnaf yang memerlukan, subhanallah besar maknanya buat mereka dan pahala buat korang juga. Jadi apa tunggu lagi joinlah sekarang!

Langkah Langkah Untuk Menyertai Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi


Untuk menyertai peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi, korang hanya perlu ikuti 2 langkah mudah seperti tertera di bawah. Jika korang bertuah insyaallah korang berpeluang untuk  memenangi hadiah menarik dalam peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi. 

1. Tunaikan zakat di mana mana platform Lembaga Zakat Selangor LZS (online, ejen LZS, cawangan LZS).
2. Imbas kod QR untuk mengisi borang penyertaan. 

Hadiah Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi


Nak bagi semangat kat korang untuk join peraduan ni, KakYa warwarkan jugak kat sini apa hadiah yang bakal di menangi nanti.

Hadiah Utama untuk peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi adalah;
1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM5000

Hadiah Kedua adalah;
1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM3000

Hadiah Ketiga adalah;
1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM2000

Hadiah Keempat adalah;
1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM1000

Hadiah Saguhati;
10X Simpanan Tabung Haji bernilai RM600

Tarikh tutup penyertaan untuk peraduan ini adalah pada 31 Disember 2021.

Berminat nak join, boleh klik kat sini http://my2point5.zakatselangor.com.my/

Untuk sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut berkenaan peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi, anda boleh menghubungi talian zakat Selangor seperti tertera:

TALIAN ZAKAT SELANGOR
1-300-88-4343
 
Di dalam harta kita, sebenarnya terdapat hak-hak orang miskin yang harus dipenuhi dengan membayar zakat. Berzakat akan membuat harta yang kita ada menjadi lebih berkat. 

Jangan lupa untuk tunaikan zakat di kaunter kaunter berdekatan atau guna cara paling mudah dan pantas dengan melaksanakan pembayaran zakat secara online.

Jika korang mempunyai sebarang persoalan berkenaan zakat sila layari laman sesawang kat bawah: 

Laman Web Lembaga Zakat Selangor:
https://www.zakatselangor.com.my/

Alamat Lembaga Zakat Selangor:
Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Talian Zakat Selangor:
1-300-88-4343

Email:
maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Nice. Senang Pusat Zakat memudahkan urusan orang ramai dengan perbankkan internet.Senang sikit nak bayar zakat lepas ni

    BalasPadam
  2. nak bayar sekarang memang mudah sangat, macam2 cara, nak ke tak nak jer

    BalasPadam
  3. baru tahu pakai kad kredit pun boleh..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.