Akif Dah Potong Rambut

Akif Dah Potong Rambut | Cerita malam semalam. Akhirnya budak rambut kembang dah selamat potong rambut. Ya la, kan dah nak masuk sesi persekolahan kena la potong rambut bagi kemas. Sebelum potong rambut dia malam semalam, abah dia sempat lagi tangkap gambar dulu sekeping dua. Buat kenangan katanya, sebelum rambut kena potong. 

Sebelum potong rambut, posing dulu kat dalam kedai. Tangkap gambar sebelum rambut di pendekkan. 

Dah kemas dah. Ni baru imej contoh pengawas sekolah. 

Dia boleh pulak komplen lepas siap potong rambut. Dia tak complain kat tukang potong rambut dia tapi dia complain kat abah dia. Dia cakap abang tu potong pendek sangat la abah. Tak best plak nak sikat katanya. Aduhai dak kecik ni, pendek la okey. Nanti kalau panjang tak sampai seminggu kan kena potong balik. 

Mari kita lihat perubahan ketara selepas potong rambut. Lain benor jadinya lepas rambut kembang dah dipotong. Sebelum dan selepas, dia duk tanya mana lagi smart ni Umi. Rambut pendek ke rambut panjang. Kalau tanya Umi, Umi jawap smart belaka sebab anak Umi kan..

Rambut Akif ni cepat benor panjangnya. Biasa bia dah masuk musim sekolah dua minggu sekali abah dia akan awak pergi kedai gunting. Bagi maintain rambut. Kalau tak memang nampak sangat rambut dia panjang. 

Selalu kalau dia tak gunting rambut dalam masa dua minggu, Cikgu akan tegur. "Akif rambut dah panjang tu! Bila nak potong. Nak Cikgu potong ke? Kalau Cikgu potong takyah bayar .." Biasa ayat ni la yang selalau dia bawak balik, kalau rambut dia dah nampak panjang. Dia kan tak suka betul kalau Cikgu tegur rambut dia panjang dan acah acah nak gunting. Memang tang tang tu jugak la dia ajak abah dia pegi kedai gunting. Takut sangat kalau Cikgu yang gunting. Tahu pon takut ....


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. baru ensem berambut pendek..hihi

    BalasPadam
  2. Hensemlah Akif bila dah potong rambut.

    BalasPadam
  3. Perghh lama tak singgah blog akak (maaf baru aktif semula urus blog) akif pun dah besar dah haha

    BalasPadam
  4. Rambut panjang lagi hensem Akif :)

    BalasPadam
  5. Baru lah nampak macam hero Malaya. 👍

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.