1 September 2021 Selamat Hari Pengakap Malaysia Ke 113 | Alhamdulillah 1 September menjengah lagi. Pagi tadi Akif ada tanya, Umi tahu tak hari ni hari apa? Umi jawap ler hari ni hari Rabu hari pertama bulan September la nak. Allah Umi ni gak orang tahu la arini hari Rabu, tapi hari ni sambutan hari apa? Umi ni duk fikir la jugak hari apa la ya? Kalau semalam tanya 31 Ogos hari apa tahulah Umi hari Merdeka tapi 1 September hari apa pulak nak oi! Takyah nak main teka teki sangat laa ngan Umi royak jer la kat Umi ni... Hari Pengakap Malaysia la Umi ...
Akif pon tak tau jugak tapi tengok kat facebook Pengakap Malaysia tadi. Rupa rupanya hari ni Hari Pengakap Malaysia. Tak tahu pulak KakYa. Ni bila tahu ni duk sibuk la dia minta tolong buatkan satu poster sikit untuk ucapan pengakap. Terus tanya dia nak masuk pertandingan ke apa? Takla bukan pertandingan pon, nak masukkan kat facebook Akif jer takde pertandingan apa apa pon. Saja jer. Ok la Umi buatkan jer yang simple simple. Kalau nak masuk pertandingan tak kuasa Umi nak buat. Kena buat sendiri okey! Baik baik ..
113 Tahun Pengakap Malaysia Teguh Bersama
113 tahun Pengakap Malaysia teguh bersama dalam mentransformasikan pengakap dalam melahirkan insan yang berguna dan dapat membantu pada setiap masa.
PENGAKAP BERINTEGRITI, CEMERLANG ORGANISASI
Selamat Menyambut Hari Pengakap Malaysia
Tahun ni tahun ke 3 Akif bersama Pengakap Malaysia untuk kategori kanak kanak. Tapi yang sedihnya tak berapa banyak aktiviti pengakap yamg dijalankan kat sekolah di sebabkan Covid19 yang melanda Malaysia. Tapi Akif banyak join program program anjuran Pengakap Malaysia dan Pengakap Antarabangsa melalui online. Alhamdulillah dapat jugak dia luangkan masa berpengakap walaupon secara online jer. Yang penting dapat ilmu.
Bersempena Hari Pengakap Malaysia yang 113 pada 1 September 2021, Akif ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pengakap buat semua kawan kawan pengakap si sekolah dan juga di Malaysia. Sekali Pengakap Selamanya Berpengakap.
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.