Rezeki Iman Di AYTK

April 05, 2021

Rezeki Iman Di AYTK | Alhamdulillah sesi persekolahan 2021 untuk pelajar menengah rendah dan menengah atas telahpon bermula semalam 4 April 2021. Untuk sesi persekolahan kalini, Iman masih lagi belajar di sekolah yang sama tapi menetap di asrama luar sekolah bukan lagi asrama sekolah seperti tahun lepas. Kalini KakYa hantar Iman kat AYTK. 


Kalau ikutkan ni bukan kali pertama Iman dapat ke AYTK, masa masuk tingkatan 1 tahun lepas KakYa ada memohon juga untuk dia masuk ke AYTK tapi tahun lepas Iman dapat tawaran asrama sekolah. Jadi bila KakYa tanya nak mana satu dia cakap nak asrama sekolah. Jadi kami tolak AYTK.

Tapi kalini di sebabkan beberapa masalah yang berlaku sebelum ni dan KakYa sendiri inginkan perubahan untuk Iman agar lebih selesa, jadi KakYa ambil keputusan daftar Iman ke AYTK. Alhamdulillah sesi pendaftaran last minit sebenarnya kat AYTK.

Cerita sebenarnya cam gini, KakYa dapat tahu Iman tak dapat asrama sekolah masa nak daftar 3.4.2021 disebabkan beberapa masalah teknikal yang berlaku. Last minit dapat tahu, kelam kabut la KakYa sebab 4.4.2021 semalam kan dah nak mula sesi persekolahan. Esok sekolah harini baru dapat info tak dapat asrama. Allahuakbar ujian apakah??

Kalau takde asrama camne nak ke sekolah sebab rumah kami di Kuantan, Iman bersekolah di Kemaman, Terengganu. Jauh nak berulang alik.

Terkedu jugak la KakYa hingga menangis dibuatnya. Dugaan apakah ini Ya Allah. Iman senyap tak cakap apa apa. Diam seribu bahasa. Gitulah dia. Sama seperti selalu.

KakYa pulak bila dah tenang sikit terus minta en suami ke AYTK, kita try kat sana. Mana tahu kot kot masih ada kosong kat AYTK. Kita cuba dulu. Tawakkal jer la sambil dalam hati duk doa banyak banyak. Sepanjang perjalanan tu KakYa doa moga Allah permudahkan dan tunjukkan jalan terbaik buat kami.

Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami, dipermudahkan urusan kami. KakYa dapat jumpa dan bercakap sendiri dengan penyelia AYTK Tuan Haji Othman bin Ngah. Walaupon secara mengejut alhamdulillah Allah tunjuk jalan untuk kami. Syukur sangat sangat padaMU Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami.

Rezeki Iman di AYTK. Syukur alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang KAU kurniakan ini.

Untuk Iman, tahun ini 2021 buka buku baru, tulislah cerita indah yang baru wahai anak. Jadikan pengalaman lalu satu detik berharga buatmu. Sematkan di hati untuk jadi lebih baik di masa masa akan datang. Umi dan abah sentiasa mendoakan agar Iman terus berjaya dunia akhirat. Doa kami seiring perjalanan langkahmu wahai anak.

To my son, never forget that I love you. Life is filled with hard times and good times. Learn from everything you can. Be the man I know you can be Love u my lovely son. My son, you are my heart!

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.