Zikir Pelembut Hati

Zikir Pelembut Hati | Salam korang, malam ni KakYa nak kongsikan satu zikir untuk korang amalkan. Zikir tersebut adalah Zikir Pelembut Hati. Zikir pelembut hati ini elok sangat diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut. 

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir 

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan pada suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya.

Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) 

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Tanda Sayang,
KakYa ⚘
12 November 2020 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.