Doa Dhuha Dan Makna Bacaan | Sepertimana yang kita tahu , Solat Dhuha adalah antara amalan untuk menarik rezeki . Ada juga yang mengenali Solat Dhuha sebagai amalan murah rezeki . Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan seorang muslim ketika waktu Dhuha . Waktu Dhuha adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya ( kira-kira pukul 7 pagi ) hingga waktu zohor . Jumlah rakaat solat Dhuha biasa dengan 2 , 4 , 8 atau 12 rakaat dan dilakukan dalam satuan 2 rakaat sekali salam.
ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA , WAL BAHAA-A BAHAA-UKA , WAL JAMAAL JAMAALUKA , WAL QUWWATA QUWWATUKA , WAL QUDRATA QUDRATUKA , WAL ISHMATA ISHMATUKA .
ALLAHUMMA INKAANA RIZQI FISSAMA-I FA ANZILHU , WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU , WA INKAANA MU’ASSIRA FAYASSIRHU , WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU , WA INKAANA BA’IDAN FA QAHRIBHU , BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA , WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA , AATINI MAA ATAITA MIN ‘IBAADIKASSOLIHIN .
” Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu , kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu , kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu , perlindungannya perlindunganMu .
Ya Allah jika rezeki masih di langit , turunkanlah , Jika di bumi keluarkanlah , Jika sukar,permudahkanlah , Jika haram sucikanlah , Jika jauh dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha , kecantikanMu , keindahanMu , kekuatanMu , kekuasaanMu , Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh . ”
* Semoga Allah mudahkan segala urusan rezeki kita . Ya Allah Ya Tuhanku kau bukakanlah pintu rezeki untukku , ibubapaku , keluargaku , sahabatku , jiran jiranku dan seluruh ummat islam di dunia ini dengan seluas luas rezeki . Aamin aamin .
Kebaikan Membaca Surah Al Waqiah | Surah Al Waqi’ah adalah salah satu surat Al Quran yang dikenal sebagai surah penuh berkah dan memiliki banyak khasiat dan keutamaan yang besar . Kebanyakkan antara kita ramai yang mengalami masalah kewangan , duit tidak cukup untuk menampung kehidupan . Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al Waqi’ah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki .
Surah Al Waqi’ah merupakan surah ke 56 pada juz ke 27 terdiri atas 96 ayat termasuk golongan surah Makkiyah. Surah ini dinamai dengan Al Waaqi’ah (Hari Kiamat) , diambil dari perkataan Al Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama .
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih .
1. Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam , maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya . Sa’ad Al Mufti mengatakan , bahawa hadis ini sahih .
من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا
“ Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya .”
2. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari , ia tidak akan ditimpa kefakiran .”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. , Rasulullah SAW bersabda : “ Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam , maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya .” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda : “ Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu . Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan .” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda : “ Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya . Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan , maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua .”
6. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki .
Sumber : Perkongsian di group WhatsApp
Sumber : Perkongsian di group WhatsApp
Kelebihan Surah Al Insyirah | Surah Al Insyirah atau kita biasa sebut surah Alam Nasyrah selalu kita dengar orang baca waktu solat wajib atau solat sunat kerana surah ini tergolong dalam surah pendek dan mudah sekali untuk dihafal . Al Insyirah adalah surah ke 94 dalam Al Quran dan surah ini terdiri daripada 8 ayat . Surah Al Insyirah adalah salah satu surah yang patut kita amalkan kerana banyak manfaat antaranya murah rezeki , hidup tenang , dilapangkan hati dan bahagia .
Bacaan Surah Al Insyirah Dalam Rumi
Alam Nashrah Laka Sadrakh , Wa Wada‘na Anka Wiz-Rakh , Allazii Anqada Zahrakh , Wa Rafa' Nalakazikrak , Fa Inna Ma Al Usri Yusra , Inna Ma Al Usri Yus Ra , Fa Iza Faraghta Fansab Wa ila Rabbika Farghrab .
Terjemahan Surah Al Insyirah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)
Keterangan Surah Al Insyirah
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya , dan tenteran jiwanya , kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya . Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah , iaitu namanya mahsyur di mana-mana. . Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad . Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad .
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian , jika ditimpa musibah , ia teringat akan firman Allah ini , iaitu "Di samping kesusahan ada kesenangan , di samping kesempitan ada kelapangan . Sesudah bala menggoda , di belakangnya nikmat berlipat ganda . Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu . Kerana ia mempunyai kepercayaan , bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan , jika tidak hari ini mungkin esok hari . Inilah orang yang berhati sabar , yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya . Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah , maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala , kadang-kadang ia membinasakan dirinya sendiri . Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah . Dan kepada Allah , berharaplah !
Kelebihan Surah Al Insyirah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : " Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku " .
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu , nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya .
Sesiapa yang membaca Surah Al Insyirah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya . Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu , serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat .
Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu , nescaya hilang dukacitanya dan Allah SWT akan mengurniakan rezekinya dengan banyak.
Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya , senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang , nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya .
Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut , nescaya Allah SWT mengurniakan kepadanya kekayaan .
Kelebihan membaca surah Al Insyirah ketika susah:
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan , hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini , nescaya sampai maksudnya , iaitu:
- Sembahyang sunat dua rakaat
- Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al Fatihah dan surah (mana-mana surah)
- Lepas sembahyang , duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah SWT dan baca Surah Al Insyirah sebanyak bilangan hurufnya
- Sesudah membaca Surah Al Insyirah , pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah SWT
Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah SWT kepadanya perkara-perkara yang ajaib .
Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara , bacalah Surah Al Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya , nescaya beroleh apa-apa yang di hajati .
Siapa-siapa menulis Surah Al Insyirah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum , nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut .
InsyaAllah , semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Buffet Ramadhan 2018 | Jom Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan . Salam Ramadhan ke 10 untuk semua pembaca blog KakYa . Tambah tolak tambah tolak dah masuk hari ke 11 kita semua berpuasa . Setiap kali Ramadhan pastinya korang akan tercari cari tempat best untuk berbuka puasa bersama keluarga dan juga teman teman . Okey apakata kali ni korang ikut KakYa , kita berbuka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan . Swiss Garden Beach Resort Kuantan membawakan konsep masakan Citarasa Ala Kampung .
Hidangan Utama Buka Puasa Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Sempena Ramadhan 2018 , Swiss Garden Beach Resort Kuantan telah menampilkan kelainan dalam masakan tradisional melayu dalam setiap menu yang di hidangkan . Antara menu lauk pauk popular yang menjadi hidangan utama di Swiss Garden Beach Resort Kuantan antaranya Rendang Ayam Kelantan , Daging Opor , Ikan Masam Manis , Kupang Masak Lemak Cili Api , Terung Berlada dan pelbagai pilihan lagi . Setiap hari disajikan lauk pauk berlainan untuk pengunjung .
Selain nasi putih dan lauk pauk ala kampung , pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan turut menyediakan pelbagai menu tambahan untuk pengunjung berbuka puasa antaranya Kambing Bakar , Mee Goreng , Bubur Lambuk , Satay , Ikan Bakar , Murtabak , Laksa Johor dan pelbagai pilihan makanan lagi .
Pencuci Mulut Dan Dessert
Untuk pencuci mulut pula pihak Swiss Garden Beach Resort Kuantan menghidangkan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut antaranya Pengat Pisang , Sagu Honey Dew , Bubur Carca , Tapai , Kuih Talam , Keria , Puding , Agar Agar , Jelly dan juga pelbagai jenis kek yang pasti menambat selera korang . Korang yang minat sangat layan dessert kena datang berbuka kat sini okey . Apa yang pasti dengan pilihan yang cukup banyak korang pasti rambang mata mana satu pilihan yang terbaik . Kalau tanya KakYa opkos la semua sedap sedap . KakYa kurang makan nasi jadi KakYa layan pencuci mulut dan juga dessert .
Harga Buffet Ramadhan 2018 Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Semua menu ala kampung pastinya menarik minat korang yang suka makan ala ala balik rumah mak ayah kat kampung kan kan kan .. Ok KakYa nak bagitau kat korang Buffet Ramadhan di Swiss Garden Beach Resort Kuantan telahpun bermula sepanjang bulan Ramadhan pada 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 dari jam 7 petang hingga 10 malam . Harga Buffet Ramadhan Swiss Garden Beach Resort Kuantan adalah seperti di bawah ;
Dewasa :
RM60 / nett : bermula 17 May hingga 31 Mei 2018
Kanak - kanak :
RM45 / nett bermula 17 Mei hingga 31 May 2019
Bermula 1 Jun harga akan di tolak 6% GST .
Bermula 1 Jun harga akan di tolak 6% GST .
Untuk maklumat lanjut dan tempahan Buffet Ramadhan 2018 Swiss Garden Beach Resort Kuantan , sila hubungi Cik Syarifah Amin di talian 60175509181 .
Lokasi Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Swiss Garden Beach Resort Kuantan
2656~2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, 26100 Beserah, Kuantan,
Pahang Darul Makmur Malaysia
Pilihan Makanan KakYa Dan Keluarga Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Walaupun terdapat banyak pilihan makanan kat sini sempena Buffet Ramadhan 2018 , KakYa nak suggest kat korang beberapa juadah istimewa yang korang kena cuba . Rasa dia opkos la sedap dan menambat hati keluarga KakYa sebab tu la KakYa cadangkan korang cuba . KakYa paling suka Laksa Johor kat sini . Memang sedap dan menepati citarasa KakYa dan family . Korang kalau datang sini kena cuba Laksa Johor . Sedap tak terkata . Satay ayam dan daging pon sedap . Kuah kacang meletup dan kena dengan selera KakYa sekeluarga . Makanan lain pon sedap sedap tapi yang KakYa dan anak anak paling suka opkos la Laksa Johor kat sini . Sorang semangkuk jugak la kami makan . Cecepat datang sini bersama family dan kawan kawan untuk berbuka puasa okey .
Jadi apa tunggu lagi jom la buka puasa di Swiss Garden Beach Resort Kuantan . Pelbagai pilihan makanan yang pasti memikat hati dan selera perut anda . Selamat berpuasa dari KakYa dan family . Semoga puasa kita semua diberkati . Aamin aamin .
Tips Buka Pintu Rezeki | Assalamualaikum buat semua pembaca blog Akif Imtiyaz . Salam 10 Ramadhan buat semua . Alhamdulillah dah 10 hari kita menjalani ibadah puasa . Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini kita semua di berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak pernah putus . InsyaAllah sama sama kita doakan . Aamin aamin .
Pagi ni KakYa nak kongsikan dengan sahabat KakYa beberapa tips dan amalan agar kita semua sentiasa murah rezeki dan rezeki yamg kita dapat diberkati Allah SWT .
Apa Maksud Rezeki Yang Berkat
Maksud rezeki yang berkat " Sedikitnya cukup , banyaknya boleh diagih agihkan . Manakala rezeki yang tidak berkat , sedikitnya tidak cukuo , banyaknya tidak puas . Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut , semakin diminum semakin haus " .
Beberapa tips yang KakYa kongsikan di bawah adalah hasil perkongsian yang KakYa dapat di group WhatsApp , group Telegram dan juga perkongsian daripada sahabat facebook KakYa . Semoga kita semua dapat mengamalkan tips ini agar pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka seluas luasnya . Aaamin aamin .
Tips Buka Pintu Rezeki
- Sentiasa menjaga solat di awal waktu . Pastikan solat kita 5 kali sehari tak tinggal . Ikut masa yang telah di tetapkan . Solat awal waktu insyaallah berkat hidup .
- Berzikir , Bertasbih, Bertahmid dan Bertakbir 33x setiap kali selepas solat ( Subhanallah , Alhamdullilah , Allahu Akbar)
- Memperbanyakkan Istighfar dan solawat . Semasa menjalankan kerja , belajar atau perancangan bisnes banyakkan beristighfar kepada Allah . Kita manusia yg sentiasa buat kesilapan, maka sentiasalah mohon keampunan dariNya .
- Sedekah . Sedekahkan Al-fatihah kepada kedua orang tua dan ahli keluarga sama ada yang masih hidup atau sudah tiada . Beri sedekah ikhlas dengan senyap tanpa mengheboh-hebohkan kepada org lain.
- Berbakti kepada kedua ibubapa . Jika ibu bapa masih ada , sedekahkan setiap awal pagi seberapa ringgit yang anda mampu untuk mereka . Mereka tidak mengharapkan wang ringgit , tapi itulah salah satu untuk buka pintu rezeki kita . Kumpulkan berapa jumlah sedekah dan berikan pada mereka setiap minggu atau pada awal bulan .
- Solat Dhuha . Setiap pagi amalkan Solat Dhuha . InshaaAllah dengan usaha dan amal berterusan , pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya dan memudahkan urusan hidup anda .
- Bantu yang memerlukan . Jika kita ada terjumpa sesiapa sama ada manusia atau haiwan yang memerlukan dan dalam kesusahan, bantulah mereka . Jika ada orang minta sedekah , berilah sedikit yang termampu mana yg anda ada . Kerana dalam setiap rezeki kita , ada terselit rezeki orang lain .
- Banyakkan berdoa pada Allah untuk apa sahaja yang kita lakukan . Boleh juga amalkan doa ini sebelum kita mula berniaga atau buat sebarang kerja .
" Ya Allah, kau lembutkanlah hati orang yang berurusan denganku hari ini . Semoga kami diberi manfaat yang baik dari hasil urusan dan kerjasama kami . Amiin . "
- Membayar Zakat . “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56) .
- Membaca Al-Quran dan terjemahannya setiap hari agar kita lebih memahami maksud setiap ayat yang di baca .
- Membaca Surah Yassin setiap pagi mohon agar dipermudahkan segala Urusan harian kita.
- Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang di beri.
- Membaca surah Al Waqiah diri akan terpelihara daripada kita dari kemiskinan
- Sentiasa berdoa agar rezeki itu halal lagi berkat .
- Jika ingin cepat kaya dan merasakan duit tidak pernah putus-putus dalam dompet silakan amalkan ayat ini.
Semoga apa yang KakYa kongsikan di sini bermanfaat untuk semua sahabat KakYa yang singgah kat blog KakYa . Kita buat ikut kemampuan dan mulakan sikit demi sikit hingga kita terbiasa dan dapat memjadikan tips di atas sebagai amalan harian kita .
Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah >> Download workbook 100 Hari Magnet Rezeki di sini>>>
Montcabana.my Pasaran Terbaik Minyak Wangi Mont Cabana | Wow ! Ada minyak wangi baru la sekarang ni . Mont Cabana ! Mont Cabana ! Mont Cabana ! sudah datang . Bila bercakap mengenai minyak wangi , tak kira lelaki dan juga perempuan semua pasti suka . Jangan tipu la korang tak suka minyak wangi . KakYa tak caya la kalau korang tak suka . Korang mesti suka bila dapat beli minyak wangi dengan pelbagai pilihan botol yang cantik dan menarik dengan bau yang memenuhi citarasa korang . Korang pasti lagi suka dan teruja kalau minyak wangi tersebut diperagakan oleh artis atau public figure kesukaan korang . Macam Mont Cabana ni la , Zul Ariffin kot model diaaaaaa .. Teruja ke idok teruja ke idok . Ramai la yang duk kira duit nak beli minyak wangi ni karang ! Penangan Zul Ariffin la katakan .
Minyak Wangi Mont Cabana Kekal Bertahan 24 Jam
Mont Cabana Eau De Parfum merupakan minyak wangi yang kekal bertahan sehingga 24 jam . Wow ! Wow ! Wow ! 24 jam gitu . Mana nak cari sekarang ni minyak wangi kekal mewangi 24 jam . Sekarang ni korang tak perlu tercari cari lagi sebab Mont Cabana dah muncul . Memang sesuai sangat kalau korang dapatkan sebotol untuk kegunaan raya nanti . Mewangi la korang dari pagi hingga ke malam kalau guna minyak wangi Mont Cabana ni . Kalau korang memang sukakan minyak wangi dan penggemar minyak wangi , korang kena beli ehhh wajib beli . Wajib beli minyak wangi Mont Cabana . Nak wangi dan mewangi lebih 24 jam takyah risau okey , Mont Cabana kan ada ! Kata suka wangi wangi beli ler sebotol untuk makwe ke pakwe ke , suami ke , isteri ke atau untuk orang tersayang . Nak beli kat mana ? Boleh terjah online jer , beli kat sini okey www.montcabana.my
Minyak Wangi Mont Cabana Best Sangat Ke ?
Bila cakap bab bab best ke tak best ni memang ramai nak tahu best sangat ke minyaj wangi Mont Cabana ni . Korang kena tahu ni dulu ialah minyak wangi premium dan eksklusif dengan bauan unik serta menarik dengan citarasa mewah dan elegan . Mont Cabana Eau De Parfum bukan inspired parfum bukan juga minyak wangi biasa biasa okey . Ini kerana Mont Cabana adalah minyak wangi yang di blend sendiri dan di kilangkan sendiri .
MONT CABANA 1 - GOLD EDITION
Mont Cabana 1 - Gold Edition menampilkan wangian khusus mempesona hasil dari interpretasi keghairahan cinta . Wangian di ekstrak dari bungaan segar dan rempah ratus eksotik . Wangian feminin yang mengasyikkan dengan bunga bungaan pelbagai yang mengasyikkan dan menggoda
MONT CABANA 2 - BRONZE EDITION
Mont Cabana 2 - Bronze Edition menampilkan keghairahan jejaka dan jelitawan dengan haruman mempesona dengan campuran buah buahan Sicily , Crispy Lavendae dan ekstrak gaharu mengekalkan hasil tulen dan mewah . Campuran kompleks pelbagai kombinasi bunga menghasilkan wangian unisex ikonik yang pasti disukai lelaki juga wanita
Keistimewaan Minyak Wangi Mont Cabana
Ok dah tahu best ke tak best minyak wangi Mont Cabana , ni KakYa nak citer pulak keistimewaan minyak wangi Mont Cabana . Setiap keluaran minyak wangi Mont Cabana akan di gandingkan dengan artis artis atau public figure terkenal . Setiap keluaran akan ada signature artis artis yang dipilih . Untuk keluaran pertama gandingan Mont Cabana bersama Zul Ariffin . Gandingan Mont Cabana dan Zul Ariffin ini adalah keluaran pertama 1 dan 2 yang telahpun dipasarkan pada bulan Mei 2018 . Terdapat dua pilihan untuk lelaki dan juga wanita . Ni nak habaq sikit kat korang , packaging dia lawa giler dengan casing besi ekslusif dan botol unik yang mengancam gitu . Nampak mewah sesangat kan kan kan ...
Untuk tahun 2018 sebanyak 24 jenis minyak wangi lelaki dan wanita akan dikeluarkan . Untuk pengetahuan korang , Mont Cabana 1 dan 2 telahpun di pasarkan pada bulan Mei 2018 dan akan menyusul 22 jenis lagi di pasarkan secara berperingkat :
• Mont Cabana 3 , 4 , 6 - June
• Mont Cabana 7 , 8 , 9 , 10 - July
• Mont Cabana 11 , 12 , 13 , 14 - Ogos
KakYa tunjuk sikit Mont Cabana yang akan menyusul kemudian ..
Mana Nak Dapatkan Minyak Wangi Mont Cabana
KakYa dah citer banyak tentang minyak wangi Mont Cabana kat atas sana , korang mesti tertanya tanya mana nak dapatkan minyak wangi Mont Cabana ni ya ? .. Ok korang boleh dapatkan Mont Cabana dengan harga promosi di https://www. montcabana.my . KakYa ulang lagi sekali HARGA PROMOSI ! HARGA PROMOSI !! .. Kalau korang beli kat sini korang akan dapat harga promosi . Beli jangan tak beli . Ingat Mont Cabana ingat jugak montcabana.my .
Tawaran Istimewa Dari Montcabana.My
- Pihak Montcabana.my membuat pengeposan ke seluruh Malaysia , Sangapura , Brunei dan juga Indonesia .
- Montcabana.my mempunyai team member di seluruh Malaysia untuk urusan Cash On Delivery (COD) . Boleh buat permintaan untuk penghantaran terus ke rumah atau pejabat korang . Korang boleh rujuk https://montcabana.my/senarai-ejen/ untuk perkhidmatan penghantaran PERCUMA di kawasan korang .
- Montcabana.my berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam menguruskan perniagaan online - Korang tak perlu takut barang order tak sampai , mesti sampai punya dan pihak Montcabana.my akan bertanggunjawap atas apa saja yang berlaku semasa tempoh penghantaran .
- Korang boleh beli dengan menggunakan kad kredit , bank transfer , debit card dan lain lain di website .
Montcabana.my Mencari Wakil Jualan
Berminat untuk menambah pendapatan? Montcabana.my ada berita baik untuk korang
-.Pihak Montcabana.my sedang mencari wakil jualan di seluruh Malaysia , Singapura , Indonesia dan Indonesia .
- Berminat untuk menjadi wakil jualan ? Jika berminat korang tak perlu risau cara nak promote jualan korang . Ini kerana pihak Montcabana.my akan membantu korang dari segi marketing samaada secara online ataupon offline.
- Pihak HQ memperuntukkan lebih 2 juta untuk marketing Mont Cabana dengan menaikkan 60 billboard di seluruh Malaysia iklan radio dan televisyen , surat khabar dan lain lain .
- Montcabana.my turut mencari agen dan juga kedai kedai yang berminat untuk memasarkan minyak wangi Mont Cabana . Semua bahan pemasaran akan disediakan sepenuhnya .
- Sistem jualan yang canggih dengan bonus dan juga reward untuk wakil jualan .
Korang yang berminat menjadi wakil jualan boleh rujuk sini https://montcabana.my/daftar-ejen-mont-cabana/
Untuk sebarang maklumat dan info lanjut korang boleh WhatsApp atau layari laman tertera di bawah :
Website : https://montcabana.my
Whatsapp : 012-3377045
Instagram : https://www.instagram.com/montcabana.my/
Facebook : https://www.facebook.com/montcabanamy/
Cara KakYa Ajar Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan | KakYa pasti ibubapa kat luar sana mesti nak anak anak diaorang puasa penuh selama sebulan. Begitu juga KakYa . KakYa mulakan amalan berpuasa untuk anak anak di usia mereka 4 tahun . Tiga tiga anak KakYa mula berpuasa masa umur diaorang 4 tahun . Walaupon tak penuh pada usia 4 tahun tapi menginjak ke tahun berikutnya diaorang dah boleh puasa penuh . Satu satunya anak KakYa yang puasa penuh di usia 4 tahun adalah anak bongsu Muhammad Akif Imtiyaz . Kakak Insyirah dan Abang Iman tak dapat puasa penuh waktu umur empat tahun di sebabkan masalah kesihatan pada masa bulan puasa .
Cara KakYa Ajar Anak Puasa Penuh
Macam mana KakYa buat untuk anak anak KakYa puasa penuh . Bercakap mengenai puasa penuh , untuk usia anak anak KakYa sekarang 9 , 11 dan 14 tahun memang diaorang semua puasa penuh . Solat dah betul terjaga kena la usahakn puasa penuh juga . Ramai juga tanya waktu Akif puasa penuh di usia 4 tahun , tak kesian ke suruh dia puasa , kecik sangat lagi lapar dahaga kesian dia .
Tak paksa anak anak puasa . Ehh tak de la KakYa tak paksa Akif dan anak anak lain berpuasa di usia 4 tahun tapi KakYa galakkan diaorang berpuasa dan kalau rasa tak larat boleh buat setakat mana yang mampu tapi diaorang bertiga memang energi tinggi .. Semua boleh puasa hingga la masuk waktu berbuka .
Puasa sebab tengok semua ahli keluarga puasa . Akif ni mula mula dia puasa sebab tengok Umi abah , kakak , dan jugak abang berpuasa . Jadi bila dia tengok kami tak makan siang di bulan Ramadhan dia pon nak puasa juga . Setiap kali masuk bulan Ramadhan dia paling teruja . Edok dah nak puasa eaaa tak sabarnya ! Yeayy kita poser esok .
Anak suka dapat solat terawih . Bila masuk bulan puasa maka kita akan jumpa solat terawih . Akif dengan Iman dia suka pegi solat terawih kat rumah kami sebab dapat solat terawih dengan kawan kawan juga . Seronok dapat jumpa kawan dan dapat solat sama sama . Bulan lain takde solat terawih hanya Ramadhan yang special ni jer ada terawih . Selesai solat ada pulak moreh , lagi la diaorang suka . Jadi kita sebagai ibubapa galakkan anak anak kita pergi terawih bagi diaorang hayati indahnya ramadhan .
Umi kena rajin masak . Bulan Ramadhan bulan makanan jugak bagi anak anak . Hahaha takde la saja KakYa ni kan . Ok sebenarnya bulan Ramadhan ni bulan KakYa lebih lebih rajin masak pelbagai makanan berbuka dan sahur untuk anak anak . Biasa kalau bulan puasa anak anak akan listkan harini Akif nak makan ni , harini Iman nak makan ni . Masing masing ada lauk dan makanan kesukaan masing masing . KakYa akan pastikan apa yang diaorang request siap sedia kat meja makan waktu berbuka . Bila diaorang dapat berbuka dengan makanan kesukaan diaorang , lagila semangat nak berpuasa tu bertambah tambah . Sebulan puasa macam macam la menu Umi kena masak . Tapi takpe Umi suka anak Umi dapat puasa penuh .
Anak kena sahur jangan tak sahur . Kalau bersahur anak anak KakYa tak kisah sangat la makan ringan ringan jer . Bukan selalu ambik nasi kalau sahur . Mula mula puasa jer ambik nasi pastu diaorang dah tak nak nasi lagi dah . Cukup segelas air manis , segelas air putih suam dan juga kurma . Kekadang diaorang makan buah , kismis dan juga madu . Seeloknya bagi anak anak makan makanan sahur yang boleh bagi diaorang rasa kenyang dan kurang sikit rasa lapar . Susu pon ok .
Bungkus elok elok makanan dan minuman dalam peti ais . Ok korang KakYa nak tanya , anak korang suka tak buka tutup buka tutup peti ais . Bila tiba jer bulan puasa , maka bermulalah kekerapan berganda anak anak KakYa bukak peti ais . Hadoi la ntah apa yang di cari pon tatau . Sekejap bukak peti sekejap tutup peti . Pepagi hari dah start buka peti ntah hapa hapa la diaorang ni . Bila dah start buka peti ais maka nampak la makanan makanan yang ada kat dalam peti tu kan kan kan . Sesekali telan air liur la jugak tengok makanan nak nak kalau diaorang bukak peti ais time balik sekolah . Masa tu dah la tengah dahaga , kalau ternampak air putih pon dah macam air tembikai laici dah jadinya . Mula la iman tak kuat tu datang . Nak berbuka nak berbuka .. Apa KakYa buat nak bagi diaorang rasa peti ais tu tak seronok mana untuk di lihat .. KakYa bungkus makanan dan minuman yang ada dalam peti ais dengan surat khabar . Air kotak ke , coklat ke biskut ke semua berbalut . Bila diaorang bukak peti takde la nampak makanan tu semua . Puasa pon terjaga laa . Senang jer nak tutup semua tu . Kena rajin buat jer insyaallah berjaya .
Kurangkan tengok gambar makanan . Bulan puasa ni kan takyah la bagi anak anak duk tengok gambar makanan sangat . Kita pon takyah la tunjuk gambar gambar makanan yang best best kat anak anak waktu berpuasa . Boleh jadi nak berbuka time tu jugak bila tengok makanan sedap apalagi kalau tengok tv rancangan masakan . Hadoi laa boleh bikin terliur anak anak . Sebaiknya takyah tengok depan anak anak . Nak tengok sangat waktu anak anak tidur ke , pegi sekolah ke .. boleh la tengok waktu tu . Kita nak ajar dan nak latih anak puasa sebulan tapi kita duk tayang macam macam makanan sedap kat depan mata diaorang non stop . Opkos la tak sampai sebulan anak kita tu puasa sebab tergoda dengan makanan .
Amalkan bermain dengan anak anak . Kalau anak anak KakYa diaorang suka main permainan uji minda contoh isi tempat kosong silangkata ataupon main tanya dan jawap soalan kat atas kertas . Ok contohnya gini binatang huruf S , sayur huruf G , negara huruf L , nama orang huruf T ... Gitu la lebih kurang . Bila duk main gini dapat isi masa diaorang dengan benda benda yang berfaedah dan diaorang lupa sekejap bab bab lapar . Adatla kan puasa kita ada rasa penat rasa lapar tapi bila kita isi masa dengan bermain bersama anak anak insyaallah boleh lupakan rasa lapar bila dah datang keseronokan bermain . Gelak tawa gembira waktu bermain boleh hilangkan stress anak anak .
Ok tu jer la tips yang KakYa amalkan untuk tetapkan dalam diri diaorang puasa penuh . Alhamdulillah diaorang semua ok takde masalah bab bab nak puasa penuh . Syukurlah ...
Kempen Raya Bersama Traveloka | Woww wow wow Kempen Raya Bersama Traveloka kini kembali . Jangan tak percaya , Traveloka akan memberikan tambahan sebanyak 10% dari harga hotel dan juga penerbangan untuk semua laluan , semua destinasi dan semua tarikh perjalanan dalam Kempen Raya Bersama Traveloka melalui Kod Kupon Traveloka. Biasa la kan musim perayaan sememangnya musim yang di tunggu tunggu oleh kita semua untuk urusan percutian dan juga balik kampung. Tambahan lagi kalau tiba perayaan hari raya, pastinya permintaan perjalanan dan juga penginapan hotel semakin bertambah . Masing masing pastinya berlumba lumba mencari alternatif terbaik untuk perjalanan dan juga penginapan.
Bila tiba jer musim perayaan memang ramai la orang ramai kat luar sana berlumba lumba mencari altetnatif terbaik untuk perjalanan balik kampung samaada tiket penerbangan ataupon penginapan di hotel hotel terpilih. Sesekali balik kampung di musim perayaan samgat sangat seronok kalau dapat diskaun untuk tiket dan juga penginapan.
Kod Kupon Traveloka
Traveloka turut tidak terkecuali menawarkan kod kupon bagi menggalakkan lebih ramai orang di luar sana merancang perjalanan terbaik mereka . Kod Kupon Traveloka yang diperkenalkan pastinya menarik minat orang ramai di luar sana untuk membuat tempahan hotel dan penerbangan ke destinasi pilihan lebih awal agar perjalanan lebih teratur dan berbaloi memandangkan kod kupon yang disediakan adalah dalam kadar terhad.
Untuk makluman , Kod Kupon Traveloka akan dapat di akses lebih awal oleh pelanggan yang berdaftar dengan Traveloka. Kalau korang memang dah melanggan surat berita dari Traveloka, anggaran masa korang akan dapat Kod Kupon Traveloka awal 48 jam pada 21 hingga 22 Mei untuk promosi jika korang mendaftar sebelum 21 Mei jam 3 petang. Pengguna berdaftar sebelum 21 Mei akan menerima kod kupon mereka pada pagi 21 Mei bagi menikmati akses awal promosi yang sedang dijalankan .
Jangan Terlepas Promosi Hebat Dari Traveloka
Jadi korang yang tak nak terlepas promosi hebat dari Traveloka kena la daftar awal awal . Klik www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama . Kalau lewat takut nanti terlepas kod kupon tak dapat la harga menarik dan berbaloi baloi bersama Traveloka. Jangan lupa daftar okey. Sebenarnya kalau korang terlepas akses awal promosi, korang masih boleh mengakses promosi yang berlangsung melalui akses awam pada 23 hingga 29 Mei 2018 . Cumanya kalau korang lewat subscribe , lewat la korang dapat kod kupon . Jadi jangan lupa dan jangan ketinggalan subscribe okey.
Tempah Tiket Penerbangan Dan Hotel Guna Aplikasi Traveloka
Korang kalau nak jimat banyak dan untuk kemudahan lebih baik apakata korang install jer aplikasi Traveloka kat telefon pintar korang. Kalau korang install aplikasi Traveloka , korang boleh dapat harga lagi rendah daripada laman web. Tempahan lebih mudah dengan menggunakan aplikasi Traveloka. KakYa memang dah biasa guna aplikasi Traveloka untuk buat tempahan penginapan. Setakat ni memang KakYa puas hati la dengan harga yang ditawarkan . Memang berbaloi baloi untuk wang yang kita keluarkan. Boleh la berjimat sikit .
Korang boleh tempah hotel atau tiket flight dengan mudah melalui aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel . Sign up bagi mendapatkan harga terbaik yang dikhaskan untuk ahli berdaftar Traveloka sahaja . Siapa tak nak bial dapat harga murah dan berbaloi baloi kan ? ..
Ni KakYa nak bagitahu kat korang , jika korang muat turun aplikasi Traveloka di telefon pintar korang, korang tak perlu lagi bersusah payah untuk mencetak e-tiket dan juga baucer hotel . Dengan menggunakan aplikasi Traveloka korang boleh mengakses semua butir butir tempahan , e-tiket dan juga baucer hotel hanya melalui peranti korang bilamana korang log masuk ke akaun Traveloka . Mudah kan ? Sekarang ni semua di hujung jari jer . Semua lebih mudah dan senang dengan aplikasi Traveloka .
Ok KakYa nak bagitau kat korang kelebihan aplikasi Traveloka ni kan , aplikasi ini membolehkan korang menempah, membayar dan mendapatkan e-tiket atau baucer hotel dalam masa tak sampai satu minit . Sangat sangat mudah dan cepat , pantas dan terbaik. Bila bila masa hanya di hujung jari korang. Mudah kan ? Lagi mudah lagi la senang untuk korang tempah penginapan dan tiket penerbangan . Apa tunggu lagi , bertindak lebih pantas untuk muat turun aplikasi Traveloka bagi memudahkan korang membuat tempahan tiket penerbangan dan juga penginapan.
Jangan lupa dapatkan Kod Kupon Traveloka nanti . Jadilah yang terawal dan jangan lupa jadi pengguna berdaftar untuk mendapat lebih banyak keistimewaan . Traveloka memudahkan perjalanan saya dan awak juga ..
Kelebihan Bersahur | Alhamdulillah pagi tadi sahur pertama kami sekeluarga untuk Ramadhan 2018. Syukur pada Allah untuk kali ini kami sekeluarga masih lagi di beri ruang dan juga peluang oleh Allah SWT bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. KakYa sekeluarga mengharapkan agar Ramadhan kali ini penuh makna untuk kami. Semoga kami sekeluarga dapat menjalani puasa dengan penuh rasa syukur. InsyaAllah aamin aamin ..
Selamat Bersahur Dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Sahur pertama kami sekeluarga KakYa rasa sedih sikit sebab tak cukup sorang anak di sisi. Anak perempuan KakYa, Kakak Insyirah kat asrama. Tahun kedua kakak berpuasa kat asrama dan tahun pertama sahur 2018 kakak takde kat rumah untuk hari pertama sahur. Tahun lepas kakak dah puasa kat asrama sebenarnya tapi masa masuk bulan Ramadhan sekolah cuti jadi kakak masih ada bersama kami masa awal awal puasa. Tahun ni kakak takde bersama untuk sahur sebab harini kakak kat asrama lagi. Umi doakan kakak baik baik saja sahur kat asrama bersama kawan kawan. Selamat bersahur kakak.. Naper rasa cam nak nangis jer ni .. Mak mak gini la mudah jer nak nangis bila teringat anak anak. Petang ni Kakak boleh balik.. Yeayy dapat la bukak puasa dengan kakak. Syukur ...
Bila sebut jer bab bab sahur ni kan. KakYa teringat la masa kecik kecik dulu susah benor nak bangun sahur nak anak awal puasa. Awal puasa sebab belum biasa lagi bangun awal untuk makan. Bila bangun jer duk kat meja makan mentido kerjanya. Tak lalu nak makan sangat pepagi. Kekadang bangun minum air putih segelas terus pegi tido.
Jom Sahur
Bila dah ada suami dan anak anak kena la bangun sahur dan siapkan makanan sahur untuk keluarga. Anak KakYa, Akif dia takle kalau lapar sangat mudah jadi gastrik dan sakit perut. Kot mana pon kena suruh jugak Akif makan. Kalau tak kesian kat dia seharian la sakit perut. Bila dah sakit perut dia ni tak nak bukak poser. Nak poser jugak. Kekadang lembik semacam pon tanak jugak berbuka. Jadi memang KakYa akan paksa la jugak Akif minum susu dan makan waktu sahur. Kekadang dia tak layan pon, mentido je kat meja makan hahaha macam Umi dia masa kecik kecik dulu. Sepesen la sangat.
Bersahur ni sebenarnya satu amalan sunat yang sangat digalakkan dan tidak sepatutnya ditinggalkan oleh setiap muslim kerana amalan ini mengandungi banyak kebaikan. Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Kelebihan Bersahur
Antara kelebihan dan kebaikan bersahur itu adalah seperti berikut:
1- Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
2- Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
4- Amalan bersahur akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.w.t pada malam hari khususnya 2/3 malam.
Oleh itu janganlah kita lupa bersahur walaupun dengan beberapa biji kurma dan juga segelas air putih. Ha aaa korang yang tengah baca ni ada ke yang tak sempat bersahur pagi tadi ... Terbabas tidur eaa. Ngantuk sangat ler tu . Biasa la kan hari pertama susah sikit nak bangun. Lama lama ok la kan ! ..
Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam | Alhamdulillah esok kita ummat islam semua, akan menyambut bulan Ramadhan. Bersediakah kita dalam mencari keredhaan Allah SWT di bulan Ramadhan ini? Sama samalah kita berdoa semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam apa jua yang dilakukan. Selamat berpuasa kepada semua sahabat dan pembaca blog KakYa. Semoga kita semua di beri kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan sempurna. Jom kita hayati Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.
Tips Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan
Sebelum KakYa duk pot pet terlebih, KakYa nak kongsikan beberapa tips kesihatan yang perlu korang amalkan di bulan Ramadhan ini. Untuk kekal sihat dan cergas sepanjang bulan Ramadhan, boleh amalkan tips kat bawah ni:
• Banyakkan meminum air terutamanya air kosong.
• Elakkan tidur yang berlebihan.
• Kurangkan makan makanan yang berminyak.
• Kurangkan makanan yang berempah dan pedas.
• Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur- sayuran dan fiber.
Sama sama kekal sihat dan bertenaga di bulan Ramadhan ini. Selamat berpuasa sahabat semua.
Min Kaffe : Kopi Pra Campuran Dengan Garam Buluh Kaya Pelbagai Khasiat | Min Kaffe, kopi dengan aroma istimewa berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Min Kaffe Hai-O bukan sahaja memenuhi citarasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi. Harga untuk satu kotak Min Kaffe adalah RM33 dengan isi kandungan 20 sachet dan setiap satu sachet beratnya 12 gram.
Kelebihan Dan Khasiat Min Kaffe Hai-O
• Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
• Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
• Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
• Melegakan tekanan.
Kebaikan Min Kaffe Hai-O
▪ ANTI PENUAAN – agen antioksida yang baik.
▪ MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik, gula dalam darah, kolestrol dan lain-lain.
▪ MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik, gula dalam darah, kolestrol dan lain-lain.
▪MENCEGAH dan MERAWAT penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggan, kencing manis, migraine, kanser dan lain-lain masalah kesihatan.
▪ MEMBAIKI MASALAH SISTEM PENGHADAMAN seperti gastrik, ulser perut, masalah usus,buasir sembelit, juga sebagai diet yang ekonomi.
▪ Mempunyai kesan DETOKSIFIKASI.
▪ Melegakan masalah ALAHAN, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit.
▪ Melegakan masalah ALAHAN, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit.
Cara Pengambilan Min Kaffe Yang Betul
• Bancuhkan sebungkus Hai-O Min Kaffe dengan 150ml air panas.
• Boleh diminum selepas dikacau dengan rata.
Siapa Yang Boleh Mengamalkan Dan Minum Min Kaffe ?
• Semua golongan daripada lelaki, wanita, kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua. Semuanya boleh minum Min Kaffe takde masalah. Sebab kandungan Magnesium yang tinggi (menggalakkan proses penyerapan kalsium) dan memberikan energy, tampil ceria, cergas, cerdas dan bersemangat.▪ Sesuai sangat untuk ibu ibu dan seisi keluarga yang bekerja mahupun yang sedang belajar sebagai energy booster untuk kekal bertenaga sepanjang hari di tempat kerja, kelas (ketika belajar) dan juga di rumah.
• Mereka yang selalu sangat rasa letih dan sengal sengal sendi juga sesuai minum Min Kaffe.
▪ Mereka yang ada gastrik tapi dalam masa yang sama suka sangat minum kopi kerana Min Kaffe boleh kurangkan masalah sebu ulu hati disebabkan gastrik ni.
• Mereka yang ada migrain! Ha! Kafein memang boleh membuatkan migrain menjadi teruk. Tapi bukan Min Kaffe sebab ia boleh bantu kurangkan masalah sakit kepala akibat migrain.
▪ Untuk wanita yang ada masalah senggugut atau datang haid boleh cuab minum Min Kaffe.
• Untuk mereka yang ada masalah kulit seperti jerawat badan dan eczema.
▪ Mereka yang ada alahan resdung dan kulit.
• Mereka yang ada masalah tidur atau imsomnia.
▪ Sesiapa yang ada masalah buasir dan sembelit. Sangat sesuai untuk ibu ibu mengandung atau ibu bersalin yang ada sembelit.
• Mereka yang ada masalah kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.
▪ InsyaAllah.. Boleh bantu Mereka yang ON DIET, obesiti dan nak kurus!
Info Dan Testimoni Pengguna Min Kaffe Hai-O
Pregnant paling merisaukan >> HB LOW !!
Sahabat Puan Suhaila Muaz pon sama , dan paling seksa setiap hari kena pergi check dan ambik darah !!
Alhamdulillah rezeki HB Normal lepas jumpa & Istiqomah dengan MIN KAFFE . Syukur.
'BAU KOPI BEST'
( kredit to Athira Tun Teja )
Haa.. Nampak tak? My friend, Siti Rafiah sendiri mengaku tau kopi ni best. Walaupun masin sikit ( ada garam buluh kan) Min Kaffe memang terbaik sebab dah membantu dia...
✅ SEGAR SEPANJANG HARI
✅ TAK MENGANTUK
✅ MELAWASKAN SISTEM PENCERNAAN
Dia siap bagitau bau kopi ni sedap dan wangi guys.. SEDAP & WANGI .. Teruja nak try??
Baby kecik yang menyusu badan puas dapat minum susu sampai kenyang. Biasanya kejap2 terjaga je nak susu lagi.
Ni semua gara-gara ibu nya minum MIN KAFFE. Asalnya cuba kopi ni nak dapatkan badan yang cergas sepanjang hari. Tapi dapat pekej lain sekali .
Alhamdulillah dapat feedback positif dari Sis Adila,setelah mengamalkan Min Kaffe :
☆ Tak rasa mengantuk lagi, segar sepanjang hari.
☆ Tak rasa lapar
☆ Tiada lagi gastrik
☆ Badan terasa ringan & bertenaga
Baru minum seminggu dah nampak kesan!! Terbaiklah 5⭐
Min Kaffe juga sesuai digunakan semasa berpantang dan bagi ibu yang menyusukan bayi. Jom detox dengan Min Kaffe!!
Kredit to: Maizura Zakaria
Bestnya !! Baru 3 minggu Istiqomah minum Min Kaffe bacaan gula terus cantik !! Suami Sis Hanim Zufar terkejut bacaan gula dia 4.7 !! Walaupun sebelum check up tu dah makan macam macam.
Katanya selalu bacaan gula maintain 11 tapi terkejut ada perubahan positive dan bacaan gula dah cantik !! Alhamdulillah . Cepat cuba sebab confirm best sangat !!
Kalau korang nak campurkan sekali produl SHOM yang lain dengan Min Kaffe pon boleh takde masalah. KakYa sarankan korang ambil sekali Min Kaffe dengan Garlic Tablet Hai O. Gabungan Garlic Tablet Hai O dan Min Kaffe sangat berkesan untuk mengempiskan perut, menurunkan berat badan serta meningkat sistem imunisasi badan secara menyeluruh.
SEKOTAK MIN KAFFE:
RM33 (Semenanjung Malaysia)
RM35 (Sabah/Sarawak).
Setiap kotak Min Kaffe mengandungi 20 sachet.
SEBOTOL GARLIC TABLET :
RM44 (Semenanjung Malaysia)
RM46 (Sabah Sarawak)
Setiap botol Garlic Tablet mengandungi 80 biji/kapsul.
PAKEJ KEMPIS PERUT (PKP)
RM77 (Semenanjung Malaysia)
RM80 (Sabah Sarawak)
CARA PENGAMBILAN PAKEJ KEMPIS PERUT
Ambil 1 sachet Min Kaffe dan bancuhkan dengan 150ml air panas. Ambil 2 biji tablet garlic setiap kaliselepas menikmati Min Kaffe pada pagi dan petang.
Mana Nak Dapatkan Min Kaffe
Kalau ada apa apa pertanyaan, boleh WhatsApp KakYa di 019-9202004. Korang kalau berminat nak beli dengan harga ahli jom join ahli RM50 seumur hidup. Dah join ahli dapatla beli dengan harga murah. Satu lagi kalau join ahli dapat ilmu bisnes jugak tau.. Lagi best kan kan kan .. Ilmu bisnes PERCUMA okey !! .. Mana la tahu kot kot korang berminat nak tambah pendapatan. Apa apa nanti korang boleh WhatsApp KakYa lelaju okey .. Tak yah malu tak yah segan KakYa akan jawap setiap pertanyaan korang dengan penuh berhemah. Chewahhh angkat bakul plak dah. Ok siyes ni siyes kalau korang betul betul nak tambah pendapatan boleh terus WhatsApp KakYa ..