Uniknya Rumah Botol Di Terengganu | Wow 'Rumah Botol'. Dengar nama Rumah Botol pon dah unik. Belum tengok lagi keadaannya camne tapi bila sebut jer Rumah Botol, dah terbayang keunikannya. Dengar dengar cerita kat Rumah Botol ada lebih kurang 5,000 botol yang berlainan jenis termasuk botol minyak wangi dan juga cawan . Wowww 5,000 botol dah buat KakYa terkesima, inikan pula 5,000 botol yang berlainan jenis. Kat mana nak cari tu. Memang gigih la sapa sapa yang boleh cari. Semua tu tak mustahil dengan adanya kesungguhan.
Balik kampung sempena raya cina baru baru ni, KakYa dan suami sempat bawak anak anak jalan jalan melawat Rumah Botol di Kampung Baru Penarik, Setiu Terengganu. KakYa dapat tahu mengenai Rumah Botol ni melalui kakak ipar KakYa. Kakak ipar KakYa cakap kawan dia dari Kemaman ada duk bercerita mengenai Rumah Botol lepas diaorang pergi melawat. Camno la orang luar boleh tahu sedangkan kami ni yang selalu balik kampung umah mertua tak tau pon mengenai Rumah Botol. Hehehe, dah alang alang balik kampung kami pon rasa teruja nak pergi melawat Rumah Botol. Rumah Botol dekat jer dengan rumah mertua KakYa, dalam 10 minit jer ambil masa nak ke Rumah Botol.
Pemilik Rumah Botol, Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Ku.
Rumah Botol Satu Keunikan
Mula mula KakYa masuk kat dalam Rumah Botol ni kan, KakYa rasa cam terpegun kejap bila melihat deretan botol yang disusun kat atas lantai. Pelbagai bentuk, saiz dan juga jenis. Semuanya botol yang berlainan. Menurut pemilik rumah botol Tengku Mohd Ali atau lebih suka membahasakan diri beliau sebagai Ayah Ku. Kesemua botol yang dikumpul adalah berlainan jenis dan bentuknya. Bila di tanya bagaimana beliau boleh mengingati bentuk botol botol yang ada dalam koleksi beliau. Beliau mengatakan, semua itu adalah kelebihan yang Allah bagi untuk beliau. Alhamdulillah semua yang ada milik Allah.
Ayah Ku sedang memberi penerangan mengenai botol botol koleksi beliau. Kebanyakan botol botol koleksi beliau diperolehi dari kawasan pantai sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Botol botol ini kebanyakannya dikutip pada musim tengkujuh di pesisir pantai kerana pada musim ini banyak botol yang hanyut terdampar di persisiran pantai.
Pelbagai jenis dan bentuk botol tersusun di atas lantai.
KakYa tengok pon rambang mata. Macam macam jenis, saiz dan bentuk botol ada kat dalam Rumah Botol.
Buat masa sekarang menurut Ayah Ku, beliau belum berkesempatan untuk membina rak pameran untuk botol botol yang ada.
Koleksi 99 botol berlainan jenis dan bentuk telah dilabelkan dengan nama nama Allah.
Pelbagai warna botol dari pelbagai negara.
Antara botol botol koleksi Ayah Ku yang tersusun kemas di atas rak.
Surat berusia 14 tahun dikatakan dari Korea tersimpan kemas dalam botol yang hanyut dan terdampar pantai.
Selain mengumpul botol, Ayah Ku turut mengumpul cawan dari pelbagai negara
Kakak Insyirah nak posing jap.
Berdakwah Menggunakan Botol
Menurut Ayah Ku beliau ingin berdakwah dengan menulis ayat ayat al quran dan hadis pada botol koleksi beliau. Buat masa sekarang hanya 99 nama Allah yang telah berjaya disiapkan. Untuk tulisan lain, masih dalam proses. Walaupun pernah dianggap gila dengan hobi pelik ini, beliau masih meneruskan minat mengumpul pelbagai jenis botol. Bagi Ayah Ku, ianya satu kepuasan di samping niat untuk berdakwah melalui penggunaan botol.
Masa KakYa jumpa Ayah Ku, KakYa ada la tanya bab bab botol ni.. bukan apa sebab Ayah Ku ada cakap kebanyakan 60 ke 70 peratus botol koleksi Ayah Ku adalah botol arak. Jadi bagaimana cara Ayah Ku bagi botol tu bersih. Menurut Ayah Ku, beliau mendapat nasihat daripada seorang kadi dari Setiu mengenai botol arak dan cara untuk mencucinya. Botol perlu dibasuh bersih dengan air biasa hingga hilang bau dan sisa. Kata kadi, yang haram tu arak. Bukan botol. Jadi kalau nak simpan untuk koleksi atau berdakwah kena la basuh bersih bersih. Takde masalah kalau dah basuh bersih bersih.
Dak kecik siap tinggalkan tandatangan kat buku pelawat.
Posing kat tangga sebelum pulang.
Alhamdulillah sepetang kat Rumah Botol, banyak cerita dan kisah botol yang dikongsi oleh Ayah Ku. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. Insyaallah panjang umur kami datang lagi.
Posing dulu. Tak cukup gang ni .. Mana lagi yang lain..
Sempat mengabadikan kenangan bersama Ayah Ku. Terima kasih, insyaallah ada masa kami datang lagi.
26 Ulasan
Minat,kesungguhan..inilah hadilnya...
BalasPadamHa aaa mmg dia btol2 minat..
Padamsalam ziarah & follow sini..banyakknya koleksi botol dia... tp serius botol arak mmg cantik2..pernah tengok kawan non muslim kumpul koleksi dia.. hehehe
BalasPadamjemput singgah blog kite yer..
julsjulie80.blogspot.com
Salam.. hai .Tq sudi singgah
Padamrajin ayahku mengumpul btol2 tu..:)
BalasPadamSemangat hehehe
PadamBanyaknya botol, rajin sungguh Ayah Ku menyimoannya yer
BalasPadamBukan calang2 org blh minat benda2 gini..
Padammenarik! first time tahu ada pengumpul botol tegar macam ni. =)
BalasPadamHehehhee..
Padambotol pon ade orang bt koleksi kan
BalasPadamtu la kalau dah katekan minat dan hobi..
tak boleh nak jangka
Hobi yang tak payah keluar duit...
PadamOhh, ada jugak ehh..ok, baru tahuu
BalasPadamAda ...
PadamWahhh menarik ni, koleksi unik. Nanti kalau sampai Terengganu nak pergi jugak.
BalasPadamBereh2.. jgn lupa singgah rumah botol
Padammak aihhh uniknya..
BalasPadamMmg unik mummy
PadamTapi kalo nak pergi , kena pergi dgn budak2 yg tak berapa lasak sangat.. mau terlanggar botol dan pecah..jenuh!
BalasPadamHehehhehe.. takpe kena hati2 laa
PadamTanya tak apa maksud Surat dlm Botol dr Korea tu.. Surat cintakah?
BalasPadamAyahku cakap surat tu irang korea tulis suruh doakan kebahagiaan perkahwinan dia sbb dia kawen keluarga tak restu..
Padamrajinnya dia...kalau ada ruang yg lapang mmg best buat koleksi botol2 yg menarik dan unik..nnt boleh la singgah kalau sy ke TGG nanti..
BalasPadamHehhehe..insyaallah blh dtg sendiri.. tgk sendiri nanti..
Padamwahhh dari kecik tempat bermain di penarik tak pernah taww pun ade rumah botol... haha
BalasPadamHahahhaa nampak tak nampak tak kat situ.. sapa yang dulu tau hahhahaa
PadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.