Baby & Kidz Fair Akan Datang Ke Terengganu | Wah menarik ni. Untuk korang yang berada di negeri Terengganu, KakYa ada satu berita baik nak bagitau kat korang. Baby & Kidz Fair akan datang ke Terengganu pada 1 Februari 2018 hingga 3 Februari 2018 bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu, Terengganu. Jadi KakYa nak ingatkan kat korang, jangan lepaskan peluang ini dan kunjungi Baby & Kidz Fair Terengganu. Baby & Kidz Fair Akan Datang Ke Terengganu.
Baby & Kidz Fair Terengganu
Baby & Kidz Fair Terengganu menyediakan pelbagai promosi dan juga diskaun hebat serta aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program berlangsung selama 3 hari. Pastinya inilah yang dinanti-nantikan oleh semua terutamanya bakal ibubapa dan yang sudah bergelar ibubapa. Jangan lepaskan peluang korang untuk merebut pelbagai barangan ibu dan bayi dengan harga paling rendah yang menawarkan diskaun sehingga 80%. Wow! wow!! wow!!! diskaun sehingga 80% gitu. Pastinya korang teruja nak datang. Jadi jangan lupa save the date yaaaa !
Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang 3 hari Baby & Kidz Fair berlangsung. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti dan pertandingan yang menarik juga hadiah hebat terjamin untuk semua peserta. Tak lupa juga, pihak Baby & Kidz turut menyediakan pelbagai sampel percuma untuk pengunjung yang akan hadir.
Jangan ketinggalan untuk sama sama berkunjung ke pameran ini pada 1 Februari 2018 hingga 3 Februari 2018 yang akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma!. Pengunjung berpeluang mendapat goodies bag apabila mendaftar di pintu masuk. Pastikan korang daftarkan diri di kaunter pendaftaran semasa mengunjungi Baby & Kidz Fair Terengganu. Jangan lupa bawa kad pengenalan untuk pendaftaran. Jangan cakap KakYa tak payung.. Ni KakYa dah payung cecantiks untuk korang. Jangan lupa tarikh pulak nanti.. Mark sesiap kat kalendar korang. Kita jumpa di sanaaa sanaaaa sanaaaaa !!! ..
6 Ulasan
wow... leh la bw anak2 ni... yg mana dkt sana ambil peluang k...
BalasPadamuntung sapa duduk terengganu :)
BalasPadamwahhhh...bestnya ...untung orang terengganu...huhuhu
BalasPadambestlah org Terengganu boleh shopping barang baby..hehhee
BalasPadamFuyoo.. macam best je tu
BalasPadamAlah kenapa tak ada di Negeri Sembilan juga
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.