Jus Asam Kunyit Madu Bagus Untuk Kesihatan | Baru baru ni ramai sahabat Lya yang duk bercerita mengenai Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) . Ramai yang cakap jus ni sedap sangat. Sedap tang mana pon tatau laa depa ni. Kunyit kot? Tang mana sedapnyer. Jadi semalam Lya cuba jugak minum Jus Asam Kunyit Madu ni ha. Fuhhh dia punya rasa tu kan, bukan saja sedap tapi sedap sangat sangat. Seyes tak tipu, memang sedap sebab ada rasa madu dan jugak masam manis asam jawa. Sekali korang minum takkan perasan pon ada kunyit kat dalam jus ni sebab korang akan rasa seperti minum jus asam jawa bermadu.


Korang mesti tertanya tanya kenapa Lya nak sangat cuba Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) ni. Sebenarnya sejak seminggu dua ni kan, badan Lya mudah sangat rasa letih dan lesu. Bila buat kerja berat sikit mudah jer rasa penat. Asal malam jer tangan dengan kaki ni selalu rasa sejuk dan belikat selalu lenguh lenguh hinggakan Lya duk fikir la jugak.. aku ni dah kenapa, ke sebab umur makin meningkat, maka simptom simptom ni muncul.. Satu lagi sekarang ni mata mudah pulak mengantuk, kekadang kalau solat isyak lewat sikit mata mudah jer nak terlelap. Pastu sekali pakej dengan sakit kepala. Lya ada terbaca, kalau ikutkan semua tanda tanda kat atas ni tandanya dalam badan kita banyak angin. Dek kerana masalah masalah ni la Lya rasa nak cuba Jus Asam Kunyit Madu sebab Lya baca kat laman sosial, Jus Asam Kunyit Madu boleh buang angin kat dalam badan. Alhamdulillah harap harap berkesan untuk Lya. Lya baru jer start minum dalam sebotol. Nampak ada sedikit perubahan terutama bab keletihan. Badan rasa lebih bertenaga bila bangun tidur dan kepala jadi ringan.


Kandungan Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) 

Jus Asam Kunyit Madu adalah produk homemade tanpa bahan pengawet. Jus Asam Kunyit Madu mengandungi ibu kunyit, halia, asam jawa, temukunci, madu, saffron, habbatussauda dan juga gula melaka.


  •  Ibu kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit dan juga anti bakteria. 
  • Halia boleh mengeluarkan angin. 
  • Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga, menghilangkan kelesuan dan letih letih badan. 
  • Saffron bagus untuk penjagaan dalaman dan kecantikan kulit. 
  •  Habbatussauda mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 
  •  Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula. 
  • Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Khasiat Jus Asam Kunyit Madu (JAKM)

- Membantu menurunkan berat badan
- Membantu rawat masalah kulit
- Membantu proses pencerahan kulit
-Membantu naikkan aura seri wajah
- Membantu rawat haid tidak teratur
- Membantu menstabilkan kolesterol dalam darah
- Membantu buang angin dalam badan
- Membantu rawat ibu ibu dalam pantang
- Membantu melambatkan proses penuaan
- Membantu rawat luka jahitan lepas bersalin
- Membantu rawat masalah rahim
- Membantu rawat masalah bau badan
- Membantu atasi masalah keletihan
- Membantu kurangkan masalah gastrik
- Membantu atasi migrain/kerap sakit kepala
- Menstabilkan gula dalam darah
- Tingkatkan kesuburan suami isteri
- Mencegah batuk/selsema/asma
- Melancarkan sistem pencernaan
- Menurunkan paras kolesterol


Cara Nak Dapatkan Jus Asam Kunyit Madu 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Jus Asam Kunyit Madu, korang boleh layari laman tertera atau kalau nak lebih cepat boleh WhatsApp nombor kat bawah :

WhatsApp : 0108181796 / 0193828369