Chilli Steamboat BBQ Grill Pilihan Steamboat Terbaik Di Kemaman Terengganu..Ok ni nak citer sikit kisah minggu lepas.Kami satu family kecik lima orang,rasa sangat nak makan steamboat..Tapi nak terjah kat mana tak tahu..Makanya mencari la kat Mr Google,jumpa satu restoran steamboat yang orang duk cakap best sesangat dan berbaloi baloi makan kat situ..Makanya misi mencari Chilli Steamboat BBQ Grill berjalan seperti perancangan..Sebelum tu nak bagitau jugak ini bukan food review berbayar okey..Tulisan dan segala yang tercatat kat sini adalah dari mata hati Lya takde kena mengena ngan orang lain okey...Hope korang enjoy baca entri Lya..Chilli Steamboat BBQ Grill Pilihan Steamboat Terbaik Kemaman Terengganu.
Chilli Steamboat BBQ Grill Kemaman
Chilli Steamboat BBQ Grill Kemaman terletak di kampung Mak Chili Kemaman berhadapan dengan Surau Kampung Jaya Mak Chili.Konsep makan kat sini,korang boleh makan sampai kenyang aka sampai lebam hahaha..Sampai korang rasa perut korang dah takle nak isi baru korang berenti...Ha aaa tu konsep dia,makan sampai kenyang..Boleh makan semua yang ada tanpa rasa bersalah dan dipersalahkan..
Chilli Steamboat BBQ Grill Kemaman..Ok nak citer dulu mengenai kedai..Kedai ni sebenarnya simple dimple jer..Memang sesuai sangat untuk aktiviti makan makan sambil bersantai bersama ahli keluarga dan juga rakan rakan.Layan makan makan sambil borak borak santai..
Pilihan Terbaik Chilli Steamboat BBQ Grill Kemaman Buffet Style
Kalau korang nak tahu konsep makan kat sini ala buffet style.Bayaran rm25 untuk dewasa dan rm13 untuk kanak kanak berusia enam tahun ke 12 tahun.Antara pilihan HIT ITEM MENU yang tersedia :
- Lamb Shoulder western marinated
- Lamb curry marinated
- Beef marinated malay and western
- Seafood
- Mushroom soup
- 6 pilihan aiskrim
- 12 pilihan sos
Pelbagai jenis sayur disediakan..Tunggu pilih jer mana satu korang nak makan..pilih pilih jangan tak pilih..Rambang mata la jugak bila dah banyak camni..
Pilihan untuk grill pon banyak,ada daging,kambing dan juga ayam.Paling tak menahan semua pilihan yang ada telah diperap siap dengan pelbagai jenis perapan ..memang terbaik laaa...Dah laa sedap dan menyelerakan..
Pilihan yang ada kat sini memang banyak atau dengan kata paling best TERLAMPAU BANYAK PILIHAN hinggakan Lya sendiri dah naik pening mana satu nak pilih dulu..Walhal dalam hati nak makan semua..hahaha ada hati nak makan semua macam ler perut besar sangat..Makan jer laa tak de limit hingga jam 11..Makan apa saja yang korang nak makan..
Untuk yang suka seafood..Haa kat sini tersedia pelbagai pilihan seafood untuk yang memang suka seafood..Macam macam ada,lala,kerang
,udang,sotong dan pelbagai lagi..Tunggu pilih mana yang berkenan di hati..Pilih jangan tak pilih..
Korang nak tau tak..kat sini dia punya pilihan memang boleh rambang mata..bahagian cendawan saja...macam macam jenis cendawan yang ada..Pilih jer korang suka yang mana..Lya dan anak anak memang hantu cendawan..kami ambik semua pilihan cendawan yang ada rasa sikit sikit..yang tak pernah makan pon kami cuba..Ya la banyak rupanya jenis cendawan..
Makan kat sini memang berbaloi dengan harga..Kiranya memang padan laa dengan apa yang kita dapat dengan bayaran yang kita bayar..Selain pilihan yang Lya sebut kat atas..Chili Steamboat BBQ Grill turut menyediakan spaghetti,nasi goreng,roti bakar mushroom soup cecah roti,aiskrim,tea o ,kopi o,air oren dan jugak air anggur..Memang berbaloi baloi dengan bayaran yang korang belanjakan..Kena cuba dulu baru korang tahu ..
Pilihan nasi goreng dan juga sphagetti..Sedap dan lazat..
Ok kat bahagian air..Antara air yang disediakan ialah teo o ,kopi o,air oren,air anggur dan jugak air putih..Boleh la pilih mana satu nak minum.Nak minum semua jenis pon boleh takde halangan..
Bread Station...
Kalau korang rasa nak makan roti bakar..Nak bakar roti pon boleh..Nak sapu jem pon boleh...Nak bakar roti dan letak aiskrim pon boleh..Ikut citarasa korang..
Ice Cream Station..
Kat dalam peti aiskrim ni tersedia enam jenis perisa aiskrim..Ada keladi,milo,vanila,jagung dan dua lagi Lya tak rasa jadi tatau perasa apa..Hehehe kena datang dan rasa sendiri baru tau..Hahaha ni kekonon nak ngajak datang makan kat sini laa kekonon..
Ok sambung balik pasal steamboat..Nanti kan bila korang dah siap pilih memilih mana yang korang suka..bawak ke meja korang dan siap sedia nak merebus dan menggrill ..Untuk pilihan kuah ada dua pilihan iaitu Tom Yam dan juga Sup..Masa pergi baru ni Lya pilih Tom Yam ..
Ok jom kita main rendam rendam bakar bakar jom..Nampak tak nampak tak..Semua jenis ada..ada yang nak makan seafood ada yang nak makan daging, ayam dan jugak kambing..Pilih pilih bakar jer ..
Ni round kedua dah ni..Hehehe memang sedap sesangatsss steamboat dan jugak pelbagai pilihan BBQ Grill yang disediakan..sampaikan kami rasa nak makan dan terus makan..
Ada lagi lagi lagi dan lagi...Hehehe ntah berapa kali duk ulang alik dah lupa dah..
Budak berdua ni memula tak berapa nak makan sangat..
Lama lama bila dah kena rencah rencah dia..terus diaorang suka..
Orang sibuk layan BBQ dia sibuk duk layan nasi goreng..
Tu senyum gitu tu tanda kenyang laa tu..Alhamdulillah syukur dah kenyang dah perut kami satu family...
Korang takkan nak tengok jer..Lya cadangkan korang bawak ahli keluarga dan jugak kawan kawan korang datang ke Chilli Steamboat BBQ Grill.Nak makan steamboat sedap sini laa tempatnya..Pilihan terbaik untuk korang..Jom laa jom laaaa....
Dah siap makan kekenyang.Jom kita tangkap
gambar.Opkosss laa nak tangkap gambar.Backdrop siap sedia kat dinding..Layan jer laaaa..ada backdrop menarik yang disediakan untuk korang tangkap gambar nak selfie ke nak wefie ke silakan silakan tak kena bayar pon.
Disebabkan masing masing dah kenyang Iman sorang jer ada minat nak bergambar..Memula jer laaa pastuuu..
Kakak Insyirah pon masuk sekali..posing jer laa nak..nak posing lagu mana tadak hal..
Bila dah siap nak gerak balik..barulaa dak kecik ni nak bergambar..Tangkap jugak la sekeping gambar bertiga..
Restoran Chilli Steamboat BBQ Grill beroperasi bermula jam 6.00 PETANG - 11.00 MALAM.Korang boleh Call 0139735752 for booking and any detail..Nanti takde la korang datang tempat takde sebab dah penuh..Kan kempunan pulak nanti..Jemput datang cuba dulu keenakan dan kesedapan steamboat kat sini..InsyaAllah sedap, kenyang dan korang pasti tersenyum Puas Hati .EAT ALL WHAT U CAN !!
3 Ulasan
best dan nampak sedap. Tersesat ke kemaman nanti bolehlah try
BalasPadamterliur tengok...
BalasPadamwahhh sdp tgk..
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.