Jom ke Kota Bharu.Cuti dua tiga hari jumaat sabtu ahad..Lya dan en hubby bawak anak anak ke Kota Bharu,Kelantan.Kami ke sana untuk jalan jalan dan jugak lawat sedara mara kat Pengkalan Kubor..
Kami bertolak pada pagi Sabtu..Hajat di hati nak bersarapan kat Kota Bharu..Alhamdulillah tercapai hajat nak makan kat Kedai makan "Pok Loh Milo Tunggeng"..Anak anak yang nak makan kat situ sebab masa Lya dan en hubby pergi ke Kota Bharu dulu...tak bawak anak anak..Kali ni kami bawak anak anak makan kat warung yang pernah viral satu tika dulu...Nak tahu apa yang bestnya kat sini..Cara penyediaan Milo dia laaa..Diaorang tak guna sudu tapi diaorang terbalikkan (tunggeng) je tin Milo yang telah ditebuk kat dalam gelas..Haa aaa pelik kan cara diaorang buat Milo...Tapi kan Lya tak sempat nak ambik gambar masa diaorang tengah sediakan Milo..Sedar sedar Milo dah tersedia kat atas meja..Ralit sangat orang kata duk tengok dia duk tunggeng tin Milo.
This is Milo Tunggeng..Tudiaaaa Milo tabur..perghh penuh dengan Milo..Sedap dan lazat..Harga pon berpatutan..Satu gelas RM2.50 sahaja..
Anda yang nak datang jalan jalan ke Kota Bharu dan rasa nak singgah makan kat kedai makan "Pok Loh Milo Tunggeng"..Lokasinya adalah di belakang Hospital Pakar Perdana (KPJ) Kota Bharu,Kelantan.Nak senang lagi..kat tepi lorong sebelah Great Wall Iklan..
Kedai makan Pok Loh Milo Tunggeng adalah kedai makan untuk sarapan pagi yang sangat popular di Kota Bharu.Kedai makan Pok Loh Milo Tunggeng dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat selepas waktu subuh hingga ke jam 4 petang.
Kedai makan Pok Loh Milo Tunggeng adalah kedai makan untuk sarapan pagi yang sangat popular di Kota Bharu.Kedai makan Pok Loh Milo Tunggeng dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat selepas waktu subuh hingga ke jam 4 petang.
Untuk makanan kat sini..kesemua makanan yang disediakan adalah dibungkus siap.Ada pelbagai jenis nasi bungkus berlauk..antaranya nasi lemak sumatera,nasi ayam goreng,nasi ayam merah,nasi ikan aya,nasi daging goreng,nasi daging kerutut,nasi tumpang dan bermacam macam jenis lagi..Harga makanan sekitar RM3 dan RM3.50 untuk sebungkus nasi..Manakala RM0.30 untuk sepotong kuih muih.Sangat sangat murah dan berbaloi baloi harga makanan kat sini..
Anak anak dan Lya makan nasi berlauk ayam gulai dan ayam merah jer..En Hubby lebih suka makan nasi berlauk ikan aya..Satu lagi kami mintak dua bijik telur separuh masak..Telur separuh masak kat sini memang masak dia cantik jer..Ada rahsia tauuuu..Hehehe otai otai kat kedai Pok Loh Milo Tunggeng ni kan..diaorang masak telur kat dalam tin milo recycled dan kat bawah tin tuu ditebuk lubang..Tak tahu laa besar mana dan berapa lubang yang ditebuk sebab tak nampak.. Telur diisi penuh,dituang air panas ke dalam tin Milo dan ditutup rapat. Hasilnya...Telur separuh masak yang cukup sempurna....Lupa nak ambik gambar laa pulak..Dah siap masuk perut baru teringat..huhuhu..Apapon memang kami enjoy sarapan kat Pok Loh Milo Tunggeng..Makanan sedap dan lazat menepati citatasa kami satu keluarga...
8 Ulasan
teringinnya nak pergi, hehe nak tengok semua benda unik yang kak lya cerita tu..bukan senang nak tengok orang masak telur dalam tin milo ni..hehe
BalasPadammilo tabur memang terbaik..
BalasPadamdkna jarang balik klate, kalau balik sekali sekala pon blur nak makan kat mana... hahahaa
BalasPadamk.lya dtg kb xckp..:)
BalasPadamSedapnya tengok milo tabur tu.. Meleleh air liur :P
BalasPadammilo femes ni..meriah die tabur..kalau kat KL tak dapat harga rm2.50 tu..banyak betul pilihan sarapan ye..
BalasPadamBe Yourself, Love Yourself
Waaa.. bestnya... Selalu balik kelantan, tak jalan-jalan makan kat luar sangat :) InsyaAllah pasni boleh cuba..
BalasPadamnampakk sedapp milo tu huhuhu
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.