Kek Batik Biskut Marie Sedap Dan Mudah.Aku memang suka sangat makan Kek Batik Biskut Marie..Sejak kecik hingga la sekarang,Kek Batik Biskut Marie memang dah jadi makanan kesukaan aku.Pendek kata memang selalu ada Kek Batik Biskut Marie kat rumah terutama sekali Hari Raya Aidilfitri .Kek Batik Biskut Marie antara kek yang WAJIB ada di rumah dan kek nombor satu habis time raya..Memang feberet la orang kata..
Ok arini aku nak share resipi Kek Batik Biskut Marie mudah dan simple.Memang mudah dan senang,semua orang boleh buat..Antara nak dengan tak nak jer..Hehehe..Sebab apa aku cakap senang,sebab adik lelaki aku kat kampung pon boleh buat Kek Batik Biskut Marie..Tu laa sebab aku cakap senang.Dah la senang buat,sedap pulak tu..Aku ni kan bila nak masuk jer bulan puasa memang suka sangat up resepi yang mudah mudah dan simple..Bukan apa sebab aku sendiri kalau bulan puasa tak suka sangat nak masak resepi yang complicated dengan pelbagai jenis bahan..Aku suka masak yang simple simple jer..Mudah lagi senang..Sebab tu jugak la aku suka Kek Batik Biskut Marie sedap dan mudah ni.Memang senang giler nak buat.Semudah ABC jer..Sedap jugak ni makan waktu berbuka..Aku memang sukaaaa..Suka sangat sangat ..Anak anak pon suka..Cuma En Hubby kurang sikit la babbab kek..Tapi takpe dah aku suka,aku buat jer hahahaha..
Resepi Kek Batik Biskut Marie
Bahan bahan Untuk Membuat Kek Batik Biskut Marie
- 2 cawan milo
- 2 sudu besar serbuk koko ( tak nak letak pon takpe )
- ½ tin susu pekat manis
- 1 buku buttercup
- 1 paket biskut marie
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan Kek Batik Biskut Marie
- Cairkan buttercup kat dalam periuk..bila dah cair masukkan susu pekat dan gaul semua bahan bagi sebati dengan api yang sederhana.
- Setelah semua bahan sebati masukkan milo dan juga serbuk koko,gaul sebati dan pastikan milo dan serbuk koko tak berketul ketul.Kalau berketul nanti tak cantik.
- Masukkan esen vanila dan gaul lagi.
- Masukkan biskut Marie yang telah di patahkan kepada empat bahagian ke dalam periuk dan jangan lupa gaul lagi bagi rata.
- Bila dah siap masukkan dalam bekas atau loyang yang telah dialas dengan plastik.Tujuan alas dengan plastik,supaya senang nak keluarkan nanti takde la melekat kat bekas atau loyang kita.
- Tekan tekan permukaan adunan bagi padat menggunakan belakang sudu,bila dah nampak padat boleh simpan dalam peti sejuk bagi keras.
- Cara nak potong,keluarkan kek batik biskut marie dari peti sejuk..Biarkan seketika baru potong..
Ok aku takde pulak gambar kek batik biskut marie kat dalam simpanan..Jadi aku mengGOOGLE jer laa gambar yang ada kat Mr Google..Taraa jumpa pon gambar Kek Batik Biskut Marie.
Kredit Gambar : Mr Google
4 Ulasan
alahaaaiii akakk uiii...terliur laa tgk kuih2 ni..hadeyyy laa..ni yg nk cari ni
BalasPadamuish..ni mesti manis kan? saya kalau makan yang manis-manis..confirm gigi sakit..erks
BalasPadamDh buat sekali aritu hehehe
BalasPadammasa sekolah dulu suka sangat buat ni... sebab senang dan sedap kannn
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.