Gerhana Bulan Penumbra 23 Mac 2016
Gerhana pada 23 Mac 2016 ini merupakan gerhana bulan yang pertama pada tahun 2016 dan diameter Bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata Bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi atau kedudukan ”Apogi”. 77.5% daripada Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.
Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 5:39 p.m. waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula berlaku pada 7:47 p.m dengan Bulan berada pada ketinggian 5.6 darjah dari ufuk timur. Fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:21 p.m. sehingga jam 9:55 p.m apabila Bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (P4).
Kenampakan Gerhana Bulan Penumbra adalah berkemungkinan kurang ketara kejelasannya jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra Bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra Bumi yang lebih gelap. Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih baik atau lebih jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular atau pun menggunakan teleskop. Kenampakan gerhana ini adalah dianggarkan berlaku kira-kira jam 7:30 p.m. hingga 9:30 p.m sahaja. Anda perlu menghadap ke arah Timur iaitu arah ketika Bulan terbit untuk menyaksikan fenomena tersebut.
Sekiranya anda terlepas menyaksikan fenomena ini, anda perlu menunggu sehingga 17 September 2016 untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra sekali lagi di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini , sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 / 4303 / 5484 atau email kepada lau@angkasa.gov.my husna@angkasa.gov.my.
Sumber : Angkasa
3 Ulasan
nak tgok lah malam ni
BalasPadameeeh hari ni la kan ?? tak tahu pun pasal ni..
BalasPadamMalam ni eh.. thanks sharing Lya...
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.