Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia Boleh Menyebabkan Strok Haba
March 14, 2016
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia
Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia.Sejak minggu lepas lagi bahang panas sudah mula terasa.Panas yang boleh di katakan luar biasa daripada hari hari sebelumnya.Berdiri di luar rumah semasa menyidai pakaian,boleh buat mata berair dan pening kepala.Inikan pula berdiri lama atau bekerja di tengah panas.Fenomena ini bukan pertama kali berlaku sebenarnya,malah berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan juga September,yang mana matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Dalam tempoh masa panas dan kering,orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti luar yang boleh menyebabkan mereka terdedah kepada cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku terutama pada waktu puncak 12 hingga 3 petang kerana suhu pada masa itu sangat tinggi..Warga emas,kanak kanak dan mereka yang sensitif kepada cuaca panas tidak digalakkan berada di luar di rumah.Orang ramai juga digalakkan untuk meminum lebih banyak air kosong bagi mengelakkan masalah kekurangan air dalam badan.Minum air dalam kuantiti yang banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Strok Haba
Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.Strok haba berlaku apabila terdapat pendedahan berpanjangan kepada cuaca panas di samping kekurangan minum air dan dehidrasi badan.Sekiranya ada individu terkena strok haba,langkah langkah yang perlu kita lakukan dengan menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan mereka,
Tanda Tanda Strok Haba
Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut,mual,kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, tangan dan kaki menjadi sejuk,kulit kering dan kemerahan,sawan serta pitam.Suhu tinggi juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Cara Pencegahan Strok Haba
- Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
- Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
- Minum minuman isotonik atau air kelapa kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
- Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
- Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
- Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
- Pakai cermin mata hitam dan gunakan losyen pelindung matahari
10 Sahabat Setia
kusangka panas sampai ke petang..rupanya panas hingga ke malam..hehe
ReplyDeleteHa aa kan ingatkan pagi petang je panas..rupa rupanya sampai ke malam ..
Deletecuaca mmg panas sgt..sian anak-anak kecil
ReplyDeleteTu laa ..mmg cuaca panas sekarang ni
DeleteBanyakkan minum air jugak....
ReplyDeletememang kena lebihkan minum air
DeleteMembalas kunjungan sis tempohari...
ReplyDeleteTq dear sudi singgah blog sis
DeleteSemua orang pun merungut cuaca panas sangat sekarang ni huhu
ReplyDeletetolong jgn hujan lagi...padi baru masak dan menuainya 2 minggu...klu hujan padi akan patah dan padi yg terendam air akan bertunas..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.