Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Petua Untuk Menegur Orang
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.
3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:
1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur
Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; ‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.
#katakatanasihat #katakatamotivasi #ayatnasihat #ayatterbaik #peringatan #ingatanbuatsahabat #ingatanbuatsaya #samasamamuhasabahdiri #samasamaberkongsiilmu #blogger #bloggermalaysia #parentingblogger #blogakifimtiyaz #akifimtiyazdotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup
12 Ulasan
art of tegur menegur ni bukan senang nak belajar..tarik rambut tepung tak berselerak.
BalasPadambagus peribahasa FR
Padambagus bidalan FR
PadamNak tegur org ni mmg kena berhati2 juga dan cari cara yg terbaik.. klu tersilap boleh jadi salah faham dan berbalah pula kan..
BalasPadamkena berhemah nak tegur orang ni. takt tersinggung pulak nanti
BalasPadamIslam itu indah, da caranya nak menegur dgn cara yg btl kan
BalasPadamsalam =)
BalasPadamislam tu sempurna sebenarnya, semuanya sudah digariskan degan terperinci
anyway saya membalas kunjungan n done follow sini juga #855
Diari Seorang Mama
bagus ni . nak tegur orang kena ada adab
BalasPadamNice sharing..
BalasPadamMenegur juga memerlukan seni, agar yang ditegur semakin dekat bukannya makin jauh..
BalasPadamini yang orang selalu lupa kan ? dia ingat nak tegur bebila masa boleh sound..
BalasPadambasic agama kena tahu juga.. tp CT malas nak tegur.. kalo skali cakap x dngr..
lepas tu biarkan saja..
betul tu kak lya...jangan main lepas cakap aje teguran tu depan org...niat nak menegur jadi memalukan org pulak kan
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.