Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Salam Rejab Buat Sahabat
Alhamdulillah sahabat..Allah masih panjangkan lagi umur kita saat dan ketika ini.Bersua kembali kita di bulan Rejab.
Salam 1 Rejab dari Lya sekeluarga untuk sahabat.
Bulan Rejab,bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini adalah merupakan Syahrullah (Bulan Allah), bulan yang sangat dimuliakan dan amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan. Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Sesungguhnya dalam bulan ini Allah menganugerahkan rahmat dan keberkatan yang amat banyak kepada hamba-hambaNya. Sesiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya’aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.
Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.
Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang besar. Sesiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan.
9 Ulasan
Alhamdulillah kita berjumpa dengan 1 rejab lagi tahun ni..syukur sgt d panjangkan umurr..
BalasPadamSalam rejab :D Lagi dua bulan nak masuk Ramadhan.
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamselamat pagi
singgah pagi :)
sory hari ini anum bz skit..
tak lama dah nak masuk ramadhan :)
BalasPadamentri kita sama pulak hari ni hehe
BalasPadamselamat menyambut kehadiran Rejab ye Kak Lya..
BalasPadamkejap je dah nak tiba Ramadhan pula... :)
Semoga kita semua beroleh kebaikan dan dirahmati Allah sentiasa... aamiin. Tak lama dah nak menyambut Ramadhan.. :)
BalasPadamalhamdulillah :)
BalasPadamsalam rejab kak lya
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.