Mia Ahmad Dan Syarul Ridzwan Pelakon Utama Hati Perempuan

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

MIA AHMAD 


Mia Ahmad pelakon wanita utama Drama Hati Perempuan TV3 memegang watak sebagai Yuhanis.Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha binti Ahmad Baderi kini semakin melonjak naik sebaik sahaja membintangi drama terbaru di slot akasia TV3 berjudul Hati Perempuan.

BIODATA MIA AHMAD


Shamiha Binti Ahmad Baderi

Nama Penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun
Asal: Taiping,Perak
Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
Kerjaya : Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist,Taiping Perak
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia,Rindu Awak 200%, Atie Setan,Ku Tak Rela & Hati Perempuan.

SYARUL RIDZWAN


Syarul Ridzwan pelakon lelaki utama Drama Hati Perempuan TV3 memegang watak sebagai Tengku Zaril.Syarul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim kini semakin melonjak naik sebaik sahaja membintangi drama terbaru di slot akasia TV3 berjudul Hati Perempuan.

BIODATA SYARUL RIDZWAN


Mohd Saharul Ridzwan Hashim

Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan Hashim
Nama Popular: Syarul Ridzwan
Tarikh Lahir: 24 Januari 1989
Umur: 26 tahun 
Asal: Kuantan,Pahang
Pencapaian Dalam Industri Seni: Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012 di belakang Fattah Amin dan Syafiq Kyle
Twitter: https://twitter.com/syarulridzwan
Instagram: https://instagram.com/syarulridzwan
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Syarul-Ridzwan/453366944765246
Kerjaya : Model dan Pelakon
Pendidikan: Diploma in Aircraft Maintenance Technology
Drama & Telefilem: Hati Perempuan,Kabin Di Tepi Tasik,Laila Majnun,Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit,Sirna,Kata Samseng,Titisan Keinsafan, Yibbie,You Mr. Arrogant Raya,Raya,Opps Terlebih Pulak,Klon Ustaz,Hujan Azaril,Cinta,Maskara,Love You Mr. Arrogant,Sweetheart Fantasia,Tanah Kubur,Romi Cinta Julia,Kifarah,Cepat,Fajar Aiman,Berlima Ramadan.

SINOPSIS DRAMA HATI PEREMPUAN


“Memahami Hatimu Lebih Sukar Daripada Memilikimu”

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad),seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co.Manakala,Tengku Zaril (Syarul Ridzwan),jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding,mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani.Bagi Yuhanis,Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan.Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis.Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril.Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel,bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril,hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

SINOPSIS NOVEL HATI PEREMPUAN


Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup.Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.Kerana sikapnya itu,dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.Namun,pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. makin lama macam makin best pulak cerita ni...

    BalasPadam
  2. menarik.. tapi saya tak berapa minat drama melayu.

    BalasPadam
  3. Tak smpt nk menonton.. tp klu wife saya sure tengok ni.. :D

    BalasPadam
  4. kak lya siap letak biodata pelakon lagi hahahah confirm peminat setia ni

    BalasPadam
  5. dedua tak kenal hehehe tapi dok tngk ramai post pasal citer ni..
    kenal da la jadinyaaa hahaha.. tp citer ni x tngk.. rumah xde tivi..

    BalasPadam
  6. dah addict dgn cter ni >_< best sangatt

    BalasPadam
  7. tak sempat nak ikut sangat bab sampai umah lmbt..tengok mn yang sempat,tapi best jugak drama nie..

    BalasPadam
  8. Drama yang semakin menjadi sebutan ramai skang nie...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.