❤ Renungkanlah !!!! ❤


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ..
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

RENUNGKANLAH

Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri
yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak,
mudahnya menjadi muslim...namun...


Anda perlukan cuma lima minit untuk solat
subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa
sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam
kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda
memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung
atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan
masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...

Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan
solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

 Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar
berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di
telefon selama 2 jam...

Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-
quran, tidak selama menonton tv,& cd...

 Solat maghrib 7 minit tetapi cerita melayu 1 jam...
Boleh jer anda mengadap tv tak hingga terlepas solat..

Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan
kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan
sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka
boleh melarat hingga 20 minit...

Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap
sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda
sanggup menatap majalah atau surat khabar
selama 60 minit...

Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak
sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap
tidur atau sanggup menonton wayang lewat
malam...

Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk
kalimah syukur....

Renungkanlahhh.....

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

8 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.