Blog Dah Berubah Wajah, Terima Kasih Maisarah Sidi | Yeayy tercapai jugak hajat hati KakYa nak ubah penampilan blog untuk tahun 2018. Sebenarnya KakYa dah lama dah berhajat nak tukar penampilan blog dari awal tahun 2018 lagi. Tapi bila KakYa mesej Maisarah Sidi (designer yang ubah penampilan blog KakYa), Mai cakap kena tunggu turn sebab Mai tengah banyak kerja edit blog yang nak kena siapkan.
KakYa mesej Mai 5 Januari 2018 lagi untuk buat tempahan. Mai ada cakap dalam 3 minggu lagi baru boleh mula kerja kerja untuk edit blog KakYa. Huhuhu lama jugak tu. Tapi KakYa tak kisah la janji Mai sanggup nak buat untuk KakYa. Lambat pon KakYa tunggu. 19 Januari 2018 Mai mesej bagitau nak start buat untuk blog KakYa. Alhamdulillah akhirnya.
KakYa terus hantar detail yang Mai perlukan dan apa yang KakYa nak ubah kat blog. Senang sikit bila dah bagi detail sesiap takde la Mai tertanya tanya lagi. Mudah sebenarnya bekerjasama dengan Mai sebab sebelum ni KakYa dah biasa guna khidmat Mai untuk ubah penampilan blog KakYa. Jadi sedikit sebanyak Mai dah tahu apa yang KakYa suka dan tak suka. Satu lagi harga yang Mai bagi memang awesome.. Orang cakap sesuai la dengan harga.
Untuk warna blog kali ni KakYa berkenan sangat dengan tone warna turquoise dan hijau. KakYa ada bagi gambar gabungan warna turqoise dan hijau untuk Mai dan KakYa minta Mai buat header dengan gabungan lima warna kat atas. Ada warna hijau, turquoise, putih dan juga coklat. Dan hasilnya terjadi la header cute kat bawah ni.
KakYa pilih yang ni setelah mengambil kira pendapat En Hubby dan jugak ulasan ulasan yang telah diberikan. Hahahaha masa nak pilih header mana satu ni kan, KakYa duk tekan tekan dia suruh pilih betul betul. Akhirnya ini pilihan KakYa. Tak nampak semak sangat bila www.akifimtiyaz.com duk kat belakang dan garisan tu duk kat tengah tengah.
Sebelum Mai letak kat blog, Mai ada bagi pilihan header untuk KakYa pilih. Korang nak tengok tak header yang Mai buatkan sebelum KakYa buat pilihan muktamad pilih header kat atas ni. Mai bagi 3 pilihan header untuk KakYa pilih.
KakYa berkenan gak yang ni sebenarnya, nampak menyerlah sebab kena dengan kombinasi pakaian kami anak beranak.. tapi bila tanya En Hubby.. dia cakap www.akifimtiyaz.com tu nampak semak sangat duk kat depan gitu. Satu lagi En Hubby cakap garisan kat belakang tu cam nak isi tempat kosong. Amboi pendapat dia macam dia designer hahahahaha..
Yang ni KakYa suka jugak tapi En Hubby cakap warna dah ok dah tapi dia cakap sama cam kat atas jugak. Nampak semak bila www.akifimtiyaz.com duk kat depan lagu tu. Ok laa awak kita terima pendapat awak tu. Pandai jugak eaaa bab bab buat pilihan header untuk blog isteri dia. Tq tau sudi bagi cadangan membina.
Ok settle bab header.. untuk warna kotak widget, Mai banyak menggunakan warna turqoise dan sedikit selitan warna hijau. Kombinasi warna yang betul betul menarik minat KakYa. Alhamdulillah KakYa memang puashati dengan hasil kerja Mai.
Terima kasih Mai kerana sudi jugak layan kerenah KakYa tukar itu tukar ini saat akhir. Kalau orang lain gamaknya melenting dah tetiba nak tukar itu ini saat akhir. Tapi Mai relaks jer. Dia layan jer kehendak KakYa. Sebab tu la KakYa suka berurusan dengan Mai. Senang dan tak menyusahkan. Harap harap Mai tak serik laa ya nak berurusan ngan KakYa lagi.Hehehe ..
Korang kalau rasa nak buat tempahan design seperti design/edit blog, digital/vector portrait, kad nama, banner, stiker dan lain-lain yang berkaitan, korang boleh hubungi Mai di:
Facebook MaisarahSidi.com
atau email jer maigraphicdesign@gmail.com
Akhir kata, terima kasih sekali lagi untuk Mai kerana sudi siapkan blog KakYa cecantik camni. Insyaallah kalau lain kali KakYa nak ubah design lagi KakYa cari Mai okey.
27 Ulasan
Lawalaa... sedap mata memandang rupa baru blog Lya ni
BalasPadamTq Moha..
PadamYa ampun, cantik banget warna ni!!!
BalasPadamAlahmdulillah.. tq tq tq
Padamcantik n kemas. abe kie bagi 5 bintang!
BalasPadamAlhamdulillah..tq abe kie
PadamOk...nampak lembih kemas blog ni
BalasPadamTq leya
PadamMemang cantik..kombinasi warna yang ngam...
BalasPadamTq pc
Padamcantiknya kekya punya header...turqoise warna yg sgt lembut...sesuai dgn personaliti kekya yang baik hati...bagus la suami pun bg komen, terbaik!
BalasPadamHehehe sesekali kena jugak bagi pendapat utk blog bini dia ni Juju.. tq juju..
Padamwah
BalasPadamcantik2
selamat berblog dengan wajah baru :)
Tq Hans..
Padamwelcome
Padamwahh biru hijau. lawaaa hehhee
BalasPadamTq kc..
PadamTq rabia..
BalasPadamColour cun sangaaaaaat ni. Mak jatuh hati aih...
BalasPadamhttps://byshaz.blogspot.my/2018/03/tips-mudah-bersihkan-rambut-di-lantai.html
Tq dear sudi singgah
Padamwah...cantik blog akak...smooth jer...huhuhu
BalasPadamTq Sha..
Padamlawa la... hehee blog lisa je tak bertukar2 haaha
BalasPadamHehehe tq lisa.. pasni blh la tukar hehe..
BalasPadameksaited tengok rupa baru blog ni sebab blog saya sekarang sedang dalam construction by maisarah sidi jugak.. x sabar nk tngok hasil.. hehehe.. nnti2 mai la singgah blog saya plak tengok.. hehehe
BalasPadamSejuk mata memandang bila masuk sini...tahniah kekya !!
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih kakya :)
BalasPadamsemoga lebih semangat menulis di blog
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.