Ekspo Terengganu 2018

Ekspo Terengganu 2018 | Khas untuk rakyat negeri Terengganu, jom ramai ramai ke Ekspo Terengganu 2018 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 25 Februari dan akan berakhir pada 3 Mac 2018 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai pengisian menarik disediakan untuk pengunjung yang akan berkunjung ke Ekspo Terenganu 2018. Jom pakat mari ramai ramai. Masuk adalah percuma.

Ekspo Terengganu 2018

Berikut ini  pengisian menarik yang disediakan untuk pengunjung yang bakal berkunjung ke Ekspo Terengganu 2018. Antara pengisiannya:

● Pameran Pembangunan Negeri Terengganu
- Pameran Jabatan Kerajaan
- Pameran Anak Syarikat Kerajaan Negeri
- Pameran NGO
●  Majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri
● Majlis penutup oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
● Konsert Gala Rakyat Terengganu
● Persembahan daerah-daerah
● Pelancaran Tourism Friends
● Forum Perdana Hal Ehwal Islam (RTM)
“Jalan Terindah Menuju ke Syurga” membariskan panel utama Ustaz Kazim Elias
● Karnival Kerjaya
● Karnival Jualan IKS

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk pengunjung antaranya :

● T-Kitchen
● Sound of Terengganu
● Food Trucks
WOW ADA PERHIMPUNAN FOODTRUCK TERBESAR! . Hanya di EKSPO Terengganu 2018. Macam macam ada untuk dinikmati. Tunggu apa lagi pakat turun ramai ramai ke Ekspo Terengganu 2018. Orang Ganu kata "gomo sapa kenyang". Maksud makan hingga kenyang.

Ekspo Terengganu 2018

● Jualan Produk IKS dan Pertanian
● Talk Show dan Temuduga Terbuka
- ANDA MENCARI PERKERJAAN?
 Jom ke EKSPO Terengganu 2018. Temuduga terbuka dan pelbagai bidang peluang pekerjaan yang menarik menanti anda, mulakan kerjaya anda di sini.

Ekspo Terengganu 2018

● Program ramah mesra bersama artis, atlit dan juga Ikon Negara. Persembahan pentas artis-artis popular tanahair seperti:-

Ameng, Azian Mazwan Safuan, Mat Dan, Adik Hazury, Zalif Sidek, Koir kampung Cina, Anis Suraya, Adi, Syafiq Farhain, Kumpulan Daerah, Mat Over, Pok De, Emma Omar and Nana (Didie and Friends), Misa Shahirah, Harmira, Faed Izwan dan juga Padil Lawak Gegar.

Kemudahan Yang Disediakan Untuk Pengunjung Ekspo Terengganu 2018

Kemudahan yang akan disediakan untuk memudahlan pengunjung berkunjung ke Ekspo Terengganu 2018 adalah penyediaan Bas shuttle dari lokasi-lokasi pengangkutan awam yang strategik di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

● Bas shuttle dari semua daerah
● Pengangkutan beca, kereta kuda dan ATV di tapak ekspo.
●Kaunter-kaunter pertanyaan dan perkhidmatan masyarakat
● Surau dan tandas awam

Ekspo Terengganu 2018

Hadiah Menarik Untuk Pengunjung Bertuah Sempena Ekspo Terengganu 2018

Wah ada hadiah juga untuk pengunjung bertuah harian. Hadiah harian setiap hari selama 7 hari ekspo berlangsung. Antara hadiah yang bakal dimenangi ialah:

● Sebuah motosikal,
●Barangan elektrik seperti periuk  nasi, peti, televisyen dan lain-lain
●Barangan elektronik seperti telefon bimbit android terbaru.

Kelayakan Cabutan Bertuah Terbuka - Harian

- Pendaftaran terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad/MyKid
- Setiap pengunjung hanya layak mendaftar sekali sahaja setiap hari
- Passport yang diberikan perlu mendapatkan cop di 16 check point terpilih
- Masukkan passport ke dalam kotak cabutan bertuah di meja urusetia (pintu keluar)
- Maklumat yang didaftarkan adalah menjadi hak milik kerajaan negeri untuk digunakan

Hadiah UTAMA Pengunjung Bertuah Sempena Ekspo Terengganu 2018

Wowww ada hadiah lagi menarik menanti pengunjung bertuah di hari TERAKHIR ekspo. Antara hadiah hadiah yang bakal dimenangi ialah: 

● Sebuah rumah di Kuala Terengganu 
- Khusus untuk anak jati Terengganu
● 1 lot tanah perumahan 
- Khusus untuk anak jati Terengganu
● 1 lot tanah pertanian 
- Khusus untuk anak jati Terengganu
● Sebuah kereta myvi 1.3
- Terbuka kepada rakyat Malaysia
● Sebuah kenderaan pacuan 4 roda
-  Terbuka kepada rakyat Malaysia

Kelayakan Cabutan Grand Prize (Tanah/Rumah)
• Berumur 21 tahun ke atas
• Lahir di negeri terengganu
• Setiap pengunjung perlu mendapatkan cop di 16 kaunter terpilih pada passport yang diberikan di meja pendaftaran untuk layak mengisi barang cabutan GRAND PRIZE
• Masukkan borang cabutan Grand Prize ke dalam kotak cabutan GRAND di meja urusetia (pintu keluar).

Jom Pakat Mari Ramai Ramai Ke Ekspo Terengganu 2018

Jadi apa tunggu lagi. Jom pakat mari ramai ramai memeriahkan Ekspo Terengganu 2018. Bukan hanya untuk rakyat negeri Terengganu, orang negeri lain pon boleh datang ramai ramai. Mana tahu kot kot ada rezeki mari Teganu menang cabutan bertuah. Dok gitu. Jom mari belaka deh ! ...


Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.