Banyaknya Khasiat Buah Bidara! | Sejak KakYa jumpa satu kedai yang jual buah bidara kat Kuantan ni kan, dah jadi tabiat KakYa lalu jer kot situ memang KakYa akan singgah beli. Kekadang beli sekilo kekadang beli dua kilo. KakYa suka sangat makan buah bidara ni masa kecik kecik dulu. Selalu la kalau balik sekolah nampak je ada pokok bidara kat tepi kawasan perkuburan yang tengah berbuah memang pantang la, terus jer petik bawak balik rumah. Korang pernah makan buah bidara? .. Kenal.ke idok rupa buah bidara? Kalau korang belum kenal ngan buah bidara, meh kita tengok dulu rupa buah bidara. Tudiaaa !! ni la rupa paras buah bidara. Kecik kecik comel jer. Macam epal hijau.
Ni ler dia rupa buah bidara yang comel tu. KakYa beli RM10 jer sekilo. Tapi ada juga yang jual mahal. Kena tanya dulu sebelum beli.
Sekarang ni En Hubby dan anak anak pon suka. Diaorang cakap sedap. Bila KakYa tanya kat diaorang buah bidara ni rasa camne eaa? Diaorang cakap rasa dia cam epal hijau tapi tak masam. Lagi sedap dari buah epal. Pastu bila makan bunyi krup krap krup krap sebab rangup. Kalau tanya KakYa apa rasa buah ni.. rasa dia sedap, ada manis manis buah gitu. KakYa pon tatau nak ulas rasa sedap dia tu lagu mana. Tapi kalau korang makan, korang akan tahu la camne sedap dia tu. Takle nak cerita sedap lagu mana. Korang kena try makan dulu sebijik dua. Tapi buah bidara ni memang sedap. Bila kau dah start makan, kau akan makan lagi makan lagi makan lagi dan lagi lagi lagi. Tahap kesedapan dia tu sampai camtu sekali. Nak lagi nak lagi nak lagi. Hehehe nampak tak tahap sedap dia kat situ. Bukan setakat sedap jer, buah bidara banyak khasiatnya.
KakYa makan dengan serbuk asam. Sesekali layan makan ngan asam sedap jugak. Makan sesaja camtu pon sedap.
Apakah Khasiat Dan Manfaat Buah Bidara?
Bila dah start makan dan rasa buah bidara ni sedap, mula la duk mencari apa khasiat buah bidara ni selain rasanya yang sedap. Opkos la KakYa nak tau jugak apa khasiat buah bidara. Terus la cari kat Mr Google khasiat dan manfaat buah bidara. Wowww banyak juga khasiat dan manfaat buah bidara yang KakYa sendiri tak tahu. Tahu makan je hehehe. Kat sini KakYa nak kongsikan beberapa khasiat dan juga manfaat buah bidara untuk kesihatan tubuh badan kita. Antaranya ;
- Bersifat anti-bakteria
- Mempercepat pengeringan dan penyembuhan luka pada kulit
- Mengatasi masalah perut dan usus
- Memperkuat tulang dan gigi
- Meningkatkan sistem pencernaan
- Mengawal kadar gula dalam darah
- Melancarkan sistem pernafasan
- Menjaga kesihatan jantung
- Kaya dengan anti-oksida
- Menghilangkan bau mulut dan gusi berdarah
- Mengatasi gejala keputihan dan melancarkan haid
- Mengembalikan stamina lelaki.
Fuh banyak juga khasiat dan manfaat buah bidara. Lepas dah cungkil kat Mr Google barula KakYa tahu. Kalau selama ni tau makan jer, sekarang ni KakYa dah tahu dah khasiat dan manfaat buah bidara. Pasni kalau orang tanya KakYa tentang buah bidara ni, mudah la sikit untuk KakYa terangkan.
16 Ulasan
jarang2 sgt dapat makan buah ni...
BalasPadamKena try makan..
PadamComel je buah bidara...setakat ni PC belum jumpa dan terpandang la kak...kalau ada nak beli juga..nak rasa...
BalasPadamInsyaallah nnt jumpa laa tu hehehe
PadamTak pernah makan dan tak pernah jumpa buah ni kat sini.. huhu.. kesian kite
BalasPadamAlahai kesian pulak dengar.. takpe lain kali mungkin jumpa tu Moha..
Padammolek2 buah nya.. dekat pasar tani pun ada jual
BalasPadamAda ada.. kena rajin mencari
PadamMemang tengah mencari benih pokok bidara juga ni untuk tanam dalam pasu. Katanya bagus untuk menghalang makhluk halus
BalasPadamTanam dalam pasu.. boleh ke .. kan pokok tu membesar dengan jayanya...
Padamwah memang macam buah epal
BalasPadamselalu dengar nama jer
nih baru tengok rupa buah
Ni laa rupa buahnya en hans
Padamsedap. ray baru first time rasa hari tu
BalasPadamMmg sedap
Padamdulu penah makan skali mase orf dok viral tu..
BalasPadamxde la sedap mane.. mahal plk ty
tibe2 ari tu ade sornag kawan ni bagi buah nie
eh sedap plak rasa dia.. xcukup plk mkan
Hahaha mula2 tak sedap pastu sedap.. ajaib ni hahhaa
PadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.