Umi Tolong Google Jap Apa Itu Smiggle

Umi Tolong Google Jap Apa Itu Smiggle | Smiggle ! Apa benda tu? Bukan tak penah dengar sebelum ni ada jer dengar orang duk cakap mengenai Smiggle ni tapi bila anak KakYa sendiri duk tanya, baru rasa nak ambik cakna sikit. Baru rasa cam nak tahu lebih detail mengenai Smiggle ni. Al kisahnya gini, semalam dak Akif ni balik sekolah, mulut duk potpetpotpet bercerita hal kat sekolah. Tup tup dia tanya Umi.. " Umi, Smiggle tu apabenda Umi? .. Umi tolong google jap apa itu Smiggle". Amboi siap mintak suruh google gitu. 

Bila KakYa dengar dak Akif tanya pasal Smiggle, KakYa teringatla jugak sebelum ni memang KakYa ada jugak dengar macam macam versi citer pasal Smiggle ni tapi KakYa takde la nak layan sangat. Al maklum la benda takde kaitan ngan KakYa memang KakYa takde masa nak cakna. Tapi anak dah tanya KakYa pon terus la google untuk tahu detail mengenai Si Smiggle ni. Dak Akif ni dia tak bagitau pulak sebab musabab dia tanya pasal Smiggle. KakYa pon sampai lupa nak tanya dia semalam, apa ke hal penting sangat Smiggle sampaikan dia minta Umi google. 

Smiggle Tu Apabenda Sebenarnya? 


Ooo ni eaaa rupa barangan Smiggle tu eaa.. Cantik dan menarik juga sebab warna warna dia sangat sangat ceria.


Smiggle tu apabenda sebenarnya? Ok sebelum KakYa tulis panjang berjela jela. KakYa nak bagitau kat korang apa itu Smiggle. Smiggle merupakan satu jenama alatulis yang telah dikeluarkan di Melbourne, Australia pada tahun 2003. Ianya adalah jenama alatulis yang menarik dan terkenal di dunia. Pemilihan nama Smiggle terhasil daripada gabungan perkataan ‘smile’ dan ‘giggle’ bermaksud senyuman dan ketawa. Jenama Smiggle menarik minat anak anak dengan produknya yang berkonsepkan warna warna cerah dan ceria dengan rekaan yang  cukup menarik. Harganya lebih mahal berbanding alatulis jenama lain yang ada di pasaran. Antara barangan Smiggle adalah alat tulis, beg sekolah, botol air, keychain dan banyak lagi.

Fenomena Smiggle 

Bila KakYa google mengenai Smiggle ni kan, mata KakYa terarah pada satu coretan facebook milik En Hazrezal Ahmad yang menjadi tular baru baru ini ekoran status mengenai Smiggle yang telah di muat naik dihalaman facebook beliau pada 10 Januari 2018. Jom kita baca perkongsian beliau.

Sumber : Facebook En Hazrezal Ahmad


Pengaruh Smiggle Pada Anak Anak Sekolah

Fuh kuat jugak pengaruh Smiggle ni, hinggakan anak anak sekolah pon dah pandai menilai kawan yang takde barangan Smiggle di anggap orang miskin. Mak aii, parah jugak ni. Ingatkan biasa biasa jer pengaruh Si Smiggle tapi kalau dah sampai ke tahap MEMISKINKAN kawan yang takde barangan Smiggle itu tak bagus sebenarnya. Sangat sangat tak bagus untuk persekitaran anak anak yang sedang meningkat usia. KakYa sendiri pon tak paham kenapa. 

Tertanya tanya juga macam mana anak anak yang ada barangan Smiggle ni boleh cakap  kat kawan yang takde barangan Smiggle tu orang miskin. Siapa yang ajar diaorang (ADA BARANGAN SMIGGLE ORANG KAYA) pelik juga tu. Smiggle ni setakat mana level dia sampaikan pemikiran anak anak yang ada Smiggle boleh berfikir ke tahap seperti itu jadinya. Pelik benar sekarang ni ya. Kuat sangat pengaruh Smiggle kot sampaikan bila ada jer barangan ni anak anak ni bergelar ORANG KAYA. Bila di fikirkan balik benda ni tak logik dek akal pon sebenarnya. Setakat Smiggle je pon takyah la nak MEMISKINKAN kawan. Benda benda gini kekadang bakal merosakkan minda anak anak. Tak perlu kot nak ber Smiggle Smiggle sangat. Kalau ada pon yang mampu beli, beli jer la takyah nak menunjuk nunjuk atau mengata kat kawan kawan yang tiada. Lagipon benda ni bukan keperluan penting setakat kehendak sahaja. 

Kita Sebagai Ibubapa Contoh Terbaik Untuk Anak Anak

Ibubapa sendiri perlu tekankan pada anak anak mengenai hal ini. Kalau anak anak korang pengguna Smiggle pastikan diaorang faham sebab dan kenapa korang sebagai ibubapa belikan barangan Smiggle untuk mereka. Terangkan elok elok pada anak anak agar anak anak faham. Pakai atau guna barangan Smiggle takde salah dan cacat celanya tapi bila masuk bab memiskinkan kawan ianya perlu dikaji sebaik mungkin. Penerangan yang jelas perlu diterangkan pada anak anak ini agar mereka lebih faham. Semoga kita yang bergelar ibubapa lebih memberi perhatian untuk sama sama membentuk minda anak anak ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. pernah masuk kedai smiggle kt klcc, perghh..terbeliak tengok harga..

    BalasPadam
  2. haih..mentaliti budak2 ni kena di asah oleh ibu bapa..kalau dari kecik dah disogok macam ni, sampai ke besar la dorang dah set macam tu..salah kan mak bapak juga kalau beli anak2 brg branded mcm ni..nnti anak2 jadi manja..semua nak barang berjenama..haritu pi ke Mid valley, ada nmpk butik smiggle ni..kalau dh ada butik khas camni, confirm2 mahai..

    BalasPadam
  3. warna produk ni menarik.. tp mahal ya... hmm..

    BalasPadam
  4. Jenama dan harga menjadi ukuran di zaman ini...sebenarnya kalau di teliti budaya ini dimulakan golongan dewasa..dan sekarang tular kepada pelajar sekolah...bila sedar rebung begitu...harap segera dilentur sebelum menjadi buluh.

    BalasPadam
  5. maju anak anak sekolah dah pakai smiggle saya baru first time dengar ni.

    BalasPadam
  6. tak tau ape tu smiggle, bila viral baru tahu, memang tak patut...

    *tetiba nampak gambar sendiri dekat screen capture tu. heeeee

    BalasPadam
  7. pernah masuk sekali, masa tu juga pertma kali nampak kedai smiggle ni. Memang rambang mata, sebab comel2 barang dia, warna warni tapi harga dia..fuh..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.