RM2 Juta Dana CSR Kemoterapi Untuk Pesakit Kanser Payudara Kurang Berkemampuan

January 11, 2018

RM2 Juta Dana CSR Kemoterapi Untuk Pesakit Kanser Payudara Kurang Berkemampuan | Tahukah anda, kanser payudara adalah penyebab utama kematian di kalangan wanita. 1 daripada 19 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara. Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap berlaku. Ia juga penyebab utama bagi semua kematian yang disebabkan oleh kanser di kalangan wanita di Malaysia. Kanser payu dara berpunca dari sel-sel dalam tisu payu dara berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat segera, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh LPPKN, kebanyakan wanita boleh disembuhkan daripada penyakit ini sekiranya ia melibatkan pengesanan awal dan rawatan kanser payudara selanjutnya.

Rebut Dana RM2 Juta! Kemoterapi Kanser Payudara 

Khabar baik buat anda yang menghidap penyakit kanser payudara dan tidak berkemampuan, pihak pengurusan Hospital Beacon telah menyediakan Dana Kemoterapi Beacon sebanyak RM2 juta yang memberi subsidi sehingga 90% untuk anda menjalani rawatan kemoterapi. Anda hanya perlu membayar RM 500 atau 10%  sahaja untuk rawatan kemoterapi. Ini akan membantu anda untuk mendapatkan kos rawatan yang tidak akan membebankan anda. 

Dana Untuk Pesakit Kanser Payudara , Kos Rawatan Penyakit Kanser Payudara , Kanser Payudara Pembunuh No 1 Wanita, Rawatan Kanser Payudara ,
REBUT PELUANG & RINGANKAN BEBAN !
Info lanjut rujuk poster di atas. 

Perkongsian ini mungkin tidak mengubah seluruh dunia, tetapi ia boleh mengubah dunia seorang pesakit kanser payudara.

* Tertakluk kepada terma & syarat

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. penyakit yang paling takut oleh kaum wanita.. doakan kita semua sihat yea kak

    ReplyDelete
  2. inshaAllah semoga dengan dana tu semua pihak mendapat manfaat. aamiin

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan utk dana kemotrapi ni.
    amin

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.