C-TriMax : Formula Kurus Tanpa Perlu Berlapar

C-TriMax : Formula Kurus Tanpa Berlapar | Hai korang busy ke tu. Meh kejap singgah sini KakYa nak citer kat korang mengenai satu produk untuk kuruskan badan yang KakYa amalkan sekarang. Sebenarnya azam KakYa tahun ni kalau boleh nak kurus sikit sebab rasa cam makin gemoks je sekarang ni. KakYa ada la jugak cuba produk kurus sebelum ni tapi tak de nampak kesan. Al maklum la sambil layan produk sambil makan makan, mana nak menjadi. Tapi bila KakYa diperkenalkan dengan C-TriMax ni, KakYa rasa nak cuba. Sebab apa tau, sebab kalau KakYa minum supplement ni KakYa tak perlu nak acah acah diet tak makan itu tak makan ini. Semua benda tak boleh makan susah jugak. Nak nak KakYa ni memang hantu nasi. Tak boleh la wak kalau sehari tak layan nasi. Mahu perut KakYa berdondang sayang ala sayang kalau tak jumpa nasi. Tapi dengan C-TriMax tak perlu nak berlapar pon dah boleh kurus. Minum C-TriMax je lepas sarapan. 

Muka teruja jer masa mula mula dapat C-TriMax. Tak sabar nak cuba sebenarnya. Sedap ke idok ni. 

Apa Itu C-TriMax

Apa itu C-TriMax? C-TriMax adalah satu produk kurus yang bertindak membuang toksin di dalam badan secara natural disamping mencairkan lemak yang tertumpa pada anggota badan. Korang kalau badan dah banyak sangat toksin makan apa apa suplemen pon tak jadik punya. Sebab apa tau sebab toksin dah termendap kat dalam badan camne nak kurus kalau gitu. Dengan pengambilan C-TriMax secara konsisten, toksin kat dalam badan akan dapat dikeluarkan sedikit demi sedikit.


C-TriMax ni boleh dikatakan fungsi dia lebih kurang macam FAT BURNER la jugak sebab kalau korang amalkan minum C-TriMax dan mengamalkan senaman lagi ketara kesannya. Selesai minum korang rajin rajinkan diri pegi bersenam kejap. Ala takyah pegi gym, buat senaman kat dalam rumah pon okey. Yang penting kena rajinkan diri bersenam. Kata nak kurus. Kenala rajin takmo malas malas okey.

C-TriMax : Azam baru untuk kurus 

Bahan bahan yang terkandung kat dalam C-TriMax adalah buah buahan antaranya buah markisa dan guarana. Kalau korang nak tahu, buah markisa sangat sangat membantu dalam menurunkan berat badan kerana kerana ianya rendah kalori (97 kalori per 100gram), natrium dan lemak. Buah markisa juga kaya dengan karbohidrat dan gula semulajadi yang mampu mengurangkan kolesterol dan mempercepatkan penurunan berat badan. Wah! menarik juga buah markisa ni. Nanti KakYa kaji lagi mengenai buah markisa. Sekarang ni KakYa nak cakap pasal C-TriMax dulu.

Pengambilan C-TriMax akan menyebabkan korang mudah berasa dahaga. Tu antara kesan lepas korang minum C-TriMax. C-TriMax kan bertindak menyingkirkan toksin dalam badan jadi badan kita memang memerlukan air yang banyak untuk proses pembuangan toksin keluar dari badan. Jika kekurangan air, ianya boleh menyebabkan toksin tetap tersimpan dalam badan dan menyumbang kepada masalah krisis pemulihan (healing crisis). Opkos la kan bila kita ambil suplemen memang kena banyak minum air. Tapi korang tak perlu risau kerana korang boleh amalkan minum air putih. Pastikan melebihi 5 liter sehari. Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan suplemen yang korang ambil dapat dioptimumkan sebaiknya. Tak perlu risau okey, C-TriMax ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya selamat dan semulajadi.


Kebaikan C-TriMax 

• Menghalang pembentukan lemak
• Mengawal berat badan
• Mengawal dan mengurangkan selera makan
• Menambah tenaga
• Mengurangkan kolesterol
• Membuang toksin dalam badan
• Melancarkan dan membaik pulih peredaran darah

Perbezaan C-TriMax Dengan Produk Kurus Yang Lain

Sepertimana yang korang tahu la kan, kebanyakan produk kurus yang ada kat pasaran hari ini, mempunyai fungsi yang lebih kurang sama jer sesama produk. Orang cakap pusing konar pusing konar tang tu jugak. Tapi korang perlu tahu, C-TriMax mempunyai beberapa perbezaan ketara berbanding produk kurus yang lain. Antara perbezaan yang terdapat dalam C-TriMax adalah:

Mencairkan lemak tepu
Korang tau tak, lemak kalau dah tepu kat dalam badan memang susah nak cair. Tapi dengan mengamalkan C-TriMax secara konsisten, insyaallah lemak tepu yang degil kat dalam badan akan mudah menjadi cair.

Agen pembakaran lemak paling utama
Best gak ni. Boleh bakar lemak lemak degil secara semulajadi sebab C-TriMax bertindak sebagai agen pembakaran lemak.

Tiada cirit birit
Takyah risau sebab produk ni takkan buat korang cirit birit. Lepas minum perut pon takde la nak meragam. Okey jer takde masalah.

Mampu hilangkan selulit
Wowww cam tak caya jer mampu hilangkan selulit gituuu. Tak cuba tak tau kan? Kena cubala baru tahu. Part mampu hilangkan selulit ni KakYa pon suka.

Tak perlu kurangkan nasi
Haa ah!  yang ni KakYa suka, sebab apa tau KakYa ni jenis takle berenggang dengan nasi. Memang makanan KakYa la tu. Kalau tak makan nasi sehari perut dah mula berdongdang sayang. Tapi dengan C-TriMax, KakYa tak perlu risau bab bab nak kurangkan makan nasi. Makan jer takde masalah.

Membuang sisa lama dalam usus perut
Yang ni best. Sisa sisa lama yang duk menempel kat usus perut akan ditarik sekali lepas korang minum C-TriMax. Usus pon terjaga la pasni.

100% daripada buah buahan
Kalau dah 100% bahan bahannya daripada buah buahan opkos laa takde masalah untuk KakYa. KakYa kan hantu buah buahan, memang boleh layan la produk ni.

Selamat dan lulus KKM
Alhamdulillah selamat untuk diminum. Korang ingat KakYa nak cuba ke kalau produk takde kelulusan KKM. Takde nya nak cuba. Tapi C-TriMax ni lulus KKM dan diperakui selamat dan HALAL.  Jadi boleh la KakYa cuba.

Cara Minum C-TriMax

Ambil satu sachet C-TriMax, bancuh dengan 150ml air sejuk. Kacau hingga sebati dan terus minum. Jangan lupa minum air putih 6 liter sehari bagi memastikan proses pembakaran lemak berjalan lancarC-TriMax boleh di minum selepas sarapan. Memang elok sangat la kan, dah selesai sarapan kita minum C-TriMax. Untuk korang yang nak tahu berapa sachet C-TriMax yang perlu korang ambil mengikut berat badan korang, KakYa ada sediakan detail kat bawah ni untuk korang semak. KakYa ambil satu sachet jer dah cukup. 

• Untuk 49kg - 65kg : 1 sachet
• Untuk 65kg - 80kg : 2 sachet
• Untuk 90kg dan ke atas : 3 sachet

Ni rupa C-TriMax sebelum KakYa masukkan dalam air sejuk. KakYa guna shaker je, senang nak tahu sukatan air dan mudah kerja goncang goncang terus minum. Ni laa rupa C-TriMax bila dah bercampur dengan air sejuk. Rasa dia pior buah buahan. Opkos la kan sebab macam macam buah ada kat dalam tu. 

Serbuk dia yang halus tu senang dan mudah larut kat dalam air. 


Masukkan semua sekali 1 sachet dan goncang dulu sebelum di minum. Bagi sebati semua sekali.

Warna dia lebih kurang macam nescafe gitu.. Dah siap goncang, sedia untuk di minum.

Kita minum duluuuu ..

Review Lya Selepas 7 Hari Pengambilan C-TriMax


Apa yang KakYa boleh cakap lepas 7 hari pengambilan C-TriMax. Paling utama KakYa dah boleh kurangkan pengambilan nasi dalam menu harian KakYa. Tak sangka sangat sangat sebab selama ni KakYa dengan nasi memang kamceng giler hahaha. Bila dah dapat kurangkan nasi, cepat sikit KakYa jadi kurus kikikiki..  C-TriMax ni buat KakYa mudah kenyang dan kurang rasa nak makan. Sebab tu la kot KakYa boleh kurangkan pengambilan nasi. Takde rasa lapar sangat la lepas minum C-TriMax ni. Badan takde rasa letih. Alhamdulillah setakat ni masih lagi sihat bertenaga untuk melakukan kerja kerja rutin KakYa sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 cahayamata. Tq C-TriMax.

Mana Nak Dapatkan C-TriMax

Okey KakYa dah citer panjang lebar mengenai C-TriMax pasal C-TriMax ni untuk korang. Kalau korang minat nak dapatkan C-TriMax, korang boleh terus terjah link yang KakYa sertakan kat bawah ni. Sebarang maklumat lanjut boleh ler korang kemukakan kat sini:

Facebook : C-Trimax Malaysia
Instagram : C-Trimax Malaysia 

KakYa dah cuba C-TriMax, korang bila lagi. Kena cuba dulu baru tau kesannya. C-TriMax pilihan untuk KakYa jadi kurus tanpa perlu berlapar. Korang pon boleh la cuba. Kalau korang memang ada simpan azam nak kurus 2018 ni, elok sangat korang cuba C-TriMax. Kata nak kurus meh la cuba.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Juju pun pengamal Ctrimax ni kekya, sedap rasa dia macam jus epal, bila tengahari tak rasa lapar teruk sgt...dah berjaya skip 1 portion nasi belah tengahari yeyyy

    BalasPadam
  2. huishh, segan laa kite anak dara lg tak slim dah. kena amik C-Trimax nampaknya. hihihi

    BalasPadam
  3. Kena cuba ni..Salam singgah dan kenal awak. Jom la ke blog saya https://cararesepi.blogspot.com

    BalasPadam
  4. kurus tanpa berlapar ni bagus. Nak kurus kena jaga pemakanan je

    BalasPadam
  5. senang je nak kurus sekarang ni..nak dengan tak nak je..heheh

    BalasPadam
  6. wah..kak ya..amacam minum ni..mesti dapat bentuk badan ideal

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.