Tonton Bleeding Steel Bersama Anak Anak

December 27, 2017

Tonton Bleeding Steel Bersama Anak Anak | Anak anak KakYa terutama Akif dan juga Iman sangat sangat suka filem aksi tambahan lagi kalau dilakonkan oleh Jackie Chan. Diaorang memang sukakan filem aksi lakonan Jackie Chan sejak dulu lagi. Gamaknya diaorang ni terpengaruh ngan KakYa la kot, sebab KakYa memang penggemar filem aksi. Sebelum ni diaorang memang selalu tonton filem lakonan Jackie Chan antaranya Rush Hour 1, 2, 3,  Kung Fu Yoga, The Foreigner, Who Am I dan paling diaorang suka New Police Story lakonan Jackie Chan, Daniel Wu dan jugak Nicholas Tse. Cerita ni memang diaorang boleh tengok ulangan tanpa jemu. Alamak panjang pulak intronya. Ok moh kita berbalik pada Bleeding Steel. 


Sebenarnya diaorang tahu mengenai tayangan Bleeding Steel masa duk cari filem baru untuk tengok wayang 23 Disember 2017. Abah diaorang nak belanja tengok wayang jadi diaorang cari la apa cerita baru yang diaorang nak tengok. Tup tup nampak gambar Jackie Chan terus la diaorang cop nak tengok Bleeding Steel. Malam malam buta sebelum tido duk ulang nak tengok Bleeding Steel nak tengok Bleeding Steel. Jadi kita tengok citer tu jer la. Kami tonton Bleeding Steel kat MBO Kuantan City Mall. Mula mula nak beli tiket secara online, tapi masa check kat web MBO masih banyak kekosongan kami pilih beli kat kaunter jer sebab tak tau lagi nak menonton jam berapa. 

Posing dulu la..

Ni dah tak sabar nak menonton ni. Kita beli tiket dulu okey.

Tu nak carik apa pulak tu. Ada ler tu benda yang dia carik. 

Bleeding Steel

"Bleeding Steel" adalah filem aksi fiksyen sains Cina.Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Leo Zhang. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Jackie Chan (Lin Dong), Show Luo (Leeson), Ouyang Nana (Nancy), Callan Mulvey (Andrew), dan Erica Xia-Hou (Susan).

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang menjadi agen veteren dari pasukan misi khas untuk melindungi seorang wanita muda dari penjenayah. Beliau berusaha untuk melepaskan wanita ini daripada menjadi mangsa. Dapatkah wanita ini diselamatkan? Makanya kalau nak tahu kena la tonton...

Sepanjang lebih kurang 2 jam menonton filem Bleeding Steel, KakYa takde nampak anak anak KakYa keboringan atau duk layan perasaan sendiri. Diaorang fokus pada cerita kat depan mata jer dan Akif dah boleh cerita balik apa yang dia tonton lepas habis filem tu. Bagi KakYa, Bleeding Steel satu cerita yang cukup menarik. Dari awal cerita dah pon bermula dengan aksi aksi hebat. Tambahan pula lakonan mantap penuh aksi yang ditonjolkan Jackie Chan sangat sangat berbaloi untuk KakYa sekeluarga menonton filem ini. 

Dari 10 bintang KakYa bagi 8 bintang untuk Bleeding Steel. Memang tak menghampakan. Korang yang belum tonton boleh pegi tonton. KakYa tanak citer banyak banyak nanti korang rasa tak best pulak. Jadi korang pegi sendiri dan rasai sendiri baru tahu best ke tak best. Sebenarnya bukan tanak citer banyak tapi KakYa fail la bab bab nak review filem hahaha. Nak citer tak berapa nak reti sangat. Sebab kalau suruh KakYa review nanti KakYa bercerita terus kat sini sampai habis citer hahaha. Kikikikiki melampau tak KakYa? 

Takde poster besar Bleeding Steel. Ada poster Jumanji jer. Hahaha tengok Bleeding Steel bergambar kat poster Jumanji. Dak kecik cakap sini pon boleh no hal la. Layan jer..

Layan jer laaa dah diaorang nak tangkap gambar kat situ.

Kat luar pon ada poster Jumanji dan Star Wars je. Emm posing jer la kat situ. Ambik syarat bergambar kata dak kecik hahaha.

Dak kecik sibuk tanya. Apasal takde poster besar Bleeding Steel kat sini..

Selesai tonton filem Bleeding Steel kami shopping kejap kat Kuantan City Mall. First time singgah kat mall baru ni sebenarnya. Sebelum ni biasa jalan jalan kat East Coast Mall, Berjaya Megamall je kalau pegi Kuantan tapi kali ni kita jalan jalan mall baru la pulak...


Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. tak sabar tunggu anak besar, nak buat cam kakya ni ha.. nampak seronok

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.